Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Saturday, February 27, 2016

Physiotherapy dan Asthma Vs Rokok

Asthma dan Rokok



Bismillahirahmanirahim , Tak dapat pula nak melelapkan mata pada malam malam ni, anak dah tidur Tetapi yang no 2 memang peneman saya ,siap minta buatkan susu milo lagi , Apa yang ingin saya masukkan dalam blog saya ialah mengenai kisah pagi tadi , saya berjumpa dengan sahabat sekolah saya , dahulu masa di sekolah sahabat saya ini merupakan atlet long distant runner , mewakili sekolah sehingga peringkat daerah , bagi saya memang hebat dia waktu itu. Tetapi nak dijadikan cerita bila berjumpa di hospital baru lah saya faham apakah punca masalah sahabat saya ini.

Sahabat saya ini dimasukkan wad atas disebabkan masalah saluran penafasan yang dikenali sebagai Asthma dan dia akui bahawa dia adalah seorang perokok yang tegar atau heavy smoker.

Untuk pemahaman am masalah Asthma adalah satu penyakit alahan yang berulang boleh berlaku yang menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan oleh salur penafasan yang menjadi sempit dan kecil. Antara punca yang biasa dikenal pasti ialah sebab utama saluran nafas ini menjadi sempit ialah yang pertama tindakan otot saluran pernafasan kecil yang mengecut dan menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan kedua ialah pengeluaran mukus atau lendir yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kecil dan sempit

seperti dalam pos saya yang terdahulu antara kebiasannya kejadian asthma berlaku adalah kerana pesakit terdedah kepada beberapa perkara yang menyebabkan alahan atau allergy . Perkara yang menyebabkan alahan ini dipanggil ALLERGEN. 

Masalah Allergen boleh terjadi hasil daripada makanan seperti makanan laut, ubat-ubatan, gigitan serangga, debunga, habuk, kutu halus (dust mites), bulu kucing dan asap.

Tetapi melalui pengalaman saya merawat pesakit melalui senaman pernafasan saya dimaklumkan oleh pakar perubatan dan individu tersendiri bahawa Serangan asthma juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca, samada terlalu sejuk atau terlalu panas, jangkitan virus atau bakteria pada saluran penafasan dan stress keterlaluan seperti kerja berlebihan atau menghadapi peperiksaan  juga boleh mengakibatkan berlakunya asthma.

waktu terjadinya masalah lelah ini , cara pernafasan akan menjadi sukar. Ini disebabkan oleh pengecutan saluran pernafasan sehinggakan ada ketikanya ia tertutup terus dan menyebabkan kematian. Ya, asthma yang teruk boleh menyebabkan kematian (Untuk memahami lebih lanjut baca entry saya Serangan Asmathicus)

Udara yang memasuki saluran pernafasan yang sempit ini akan menyebabkan bunyi seperti seruling atau wisel yang diistilahkan sebagai WHEEZING. Mereka juga akan kerap batuk-batuk yang menghasilkan kahak yang banyak pada hujung diwaktu serangan .

Saya mampu katakan bahawa pernafasan yang sukar ini menyebabkan otot-otot pada leher dan dada terpaksa digunakan secara berlebihan daripada biasa untuk "memaksa" pernafasan. Ini menyebabkan otot leher dan dada kelihatan ketara, manakala dada pula menjadi berombak-ombakseperti tidak dapat bernafas dalam keadaan yang cukup , atau dalam erti kata lain pesakit rasa semakin lemas.

apabila berlakunya Kekurangan oksigen di dalam badan dan peningkatan karbon dioksida berlebihan  ini akan menyebabkan mulut penghidap asthma yang teruk boleh bertukar menjadi biru. Badan yang kekurangan oksigen menyebabkan jantung terpaksa berdegup lebih laju. Ini adalah senario yang sungguh menakutkan ada ketika pesakit boleh mendapat serangan jantung atau cardiac arrest.

kesimpulanya dan juga apa yang boleh kita ambil iktibar dari kisah ini apabila pesakit yang  diperlukan dalam rawatan fisioterapi (biasanya lelaki dewasa) yang menghadapi masalah asthma dan memberitahu bahawa mereka adalah perokok tegar, saya boleh simpulkan bahawa rawatan menjadi sukar. Ini adalah kerana salah satu penyebab asthma adalah asap. Oleh itu  Sekiranya mereka merokok berkotak kotak dalam  sehari, bagaimana pula asthma dapat dielakan , walaupun diusia muda atau sekolah dulu kita adalah atlet , itu bukan alas an bahawa paru paru kita akan kekal kuat maka saya ingin tekankan lagi bahawa masalah penyakot asthma ini dan asap rokok tidak boleh duduk bersama..wallahuaklam

Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...