Bismillahirahmanirahim , hari ini
saya nak share kan tentang info proses penyembuhan tulang patah berlaku. Ini
kerana adakalanya pesakit tidak memahami secara betul tentang tempoh pembaikkan
tulang ini , ini yang berlaku ada sesetengah pesakit mengalami kepatahan semula
disebabkan tidak memahami tempoh proses pencantuman tulang ini.
Untuk pengetahuan anda proses penyembuhan tulang mengalami 3
peringkat iaitu
(Rujuk Gambar Xray di bawah)
A Proses tulang sembuh dari keradangan
B Proses penghasilan tulang baru
C Proses pembentukan tulang semula.
Saya ingin menyatakan bahawa semua
keadaan patah tulang akan melalui proses penyembuhan yang sama. Ini adalah
benar dari segi sains dan rawatan dimana ianya akan dilihat dari aspek sama ada
penyembuhan tulang yang telah dipotong sebagai sebahagian daripada prosedur
pembedahan atau patah melalui kecederaan.
Proses Tulang sembuh dari Keradangan bermula serta-merta selepas
tulang itu patah dan berlangsung selama beberapa hari. Apabila tulang yang
patah dan terdapat berlakunya pendarahan ke kawasan itu, inilah yang membawa maksud
kepada keradangan dan pembekuan darah di tapak bahagian yang patah itu.Dalam
proses ini bahagian sum sum tulan akan mula melakukan tugas dengan memberi kestabilan struktur awal dan rangka
kerja bagi menghasilkan tulang baru.
Proses Penghasilan Tulang Baru bermula apabila darah beku terbentuk oleh
keradangan digantikan dengan tisu berserat dan rawan (dikenali sebagai
"callus lembut"). Sebagai penyembuhan berlangsung, kalus lembut
digantikan dengan tulang keras (dikenali sebagai "callus keras"),
yang boleh dilihat pada x-ray beberapa minggu selepas patah.
Mekanisma Penyembuhan Tulang mengikut waktu sembuh. |
Proses pemmbentukan semula tulang, fasa terakhir penyembuhan
tulang, akan mula selama beberapa bulan. Dalam pembentukan semula, tulang terus
membentuk dan menjadi padat, kembali kepada bentuk asalnya. Di samping itu,
peredaran darah di kawasan akan menjadi semakin bertambah baik. Setelah
penyembuhan tulang yang mencukupi telah berlaku, weightbearing (seperti berdiri
atau berjalan) adalah digalakan bagi pembentukan semula tulang.
Apakah Tempoh sesuatu bahagian tulang itu akan bercantum dan sembuh ?
Pesakit yang menjalani rawatan
fisioterapi selalu bertanya kepada saya bila boleh pijak atau bila boleh
kembali melakukan tugas harian , di sini saya tekankan bahawa penyembuhan
tulang satu proses yang kompleks. Kelajuan dan kejayaan berbeza antara
individu. Masa yang diperlukan untuk penyembuhan tulang boleh dipengaruhi oleh
banyak faktor, termasuk jenis patah dan umur pesakit, keadaan status perubatan dilakukan,
dan status pemakanan yang diambil.
Tulang biasanya mengambil masa
6-8 minggu untuk sembuh ke tahap yang ketara. Secara umumnya, tulang
kanak-kanak cepat sembuh berbanding dengan orang dewasa. Pada bahagian Kaki dan
buku lali selalunya pakar bedah akan
menentukan Bila pesakit sudah bersedia untuk menanggung berat badan di kawasan
yang patah itu. Ini akan bergantung
kepada lokasi dan keterukan patah, jenis prosedur pembedahan yang dilakukan,
dan pertimbangan lain.
Apakah faktor yang menentukan penyembuhan tulang?
Untuk pengetahuan anda Jika
tulang akan dipotong semasa prosedur pembedahan yang dirancang oleh pakar bedah
tulang , beberapa langkah boleh diambil sebelum dan selepas pembedahan untuk
membantu mengoptimumkan penyembuhan. Pakar bedah boleh menawarkan nasihat mengenai
diet dan pemakanan tambahan yang penting untuk pertumbuhan tulang.Cuba berhenti
merokok, dan mempelajari cara pengawalan pengambilan tahap gula dalam darah
bagi pesakit kencing manis,ini kerana Merokok dan kandungan gula yang tinggi akan
mengganggu proses penyembuhan tulang.
Untuk semua pesakit yang patah
tulang, tidak boleh bergerak pada bahagian tulang yang patah adalah satu bahagian penting dalam rawatan,
kerana untuk pemahaman semua , mana-mana pergerakan pada serpihan tulang akan
melambatkan proses penyembuhan awal tetapi ianya juga Bergantung kepada jenis
patah atau prosedur pembedahan, dan pakar bedah boleh menggunakan beberapa
bentuk penetapan (seperti skru, plat, atau wayar) pada tulang patah atau
dibuang untuk menjaga tulang dari bergerak. Dalam tempoh tidak bergerak itu,
weightbearing adalah terhad seperti yang diarahkan oleh pakar bedah.
Oleh itu saya ingin
menjelaskan Apabila tulang sembuh
secukupnya, terapi fizikal atau sesi
fisioterapi sering memainkan peranan penting dalam pemulihan. Program senaman
direka untuk pesakit bagi membantu dalam mendapatkan semula kekuatan dan
keseimbangan untuk kembali ke aktiviti biasa.
Apakah penyebab tulang tidak sembuh dan proses menjadi lambat ?
Secara amnya dalam bahagian
peubatan pelbagai faktor boleh melambatkan proses penyembuhan. Ini termasuk:
·
Berlakunya Pergerakan serpihan tulang;
weightbearing terlalu awal
·
Tabiat Merokok, yang menyempitkan saluran darah dan mengurangkan peredaran
·
keadaan masalah perubatan, seperti kencing manis,
masalah hormon yang berkaitan atau penyakit vascular
·
Pesakit yang mengambil Sesetengah ubat-ubatan,
seperti kortikosteroid dan immunosuppressants
·
Keretakan yang teruk, rumit, atau dijangkiti
·
Peringkat usia pesakit lanjut atau Tua
·
Diet pemakanan yang tidak seimbang
·
Masalah metabolisme badan yang perlahan
Apakah rawatan yang dilakukan jika proses penyembuhan tulang menjadi
lambat?
Selalunya Jika tulang tidak
sembuh seperti yang diharapkan atau tidak sembuh,sebagai contoh pada bahagian
kaki dan buku lali pakar bedah akan memilih dari pelbagai pilihan rawatan untuk
meningkatkan pertumbuhan tulang, seperti immobilization berterusan untuk tempoh
yang lebih lama, rangsangan tulang, atau pembedahan dengan cantuman tulang atau
penggunaan protein pertumbuhan tulang .
Oleh itu pemahaman tentang
penyembuhan tulang ini haruslah dirujuk kepada pakar tulang dan bukan dengan
cara sambil lewa , ini kerana bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang akan
memberi kesan yang negative kepada pesakit
,dapatkan rawatan yang berterusan dan rujuk kepada pakar bagi
mendapatkan rawatan yang baik dan juga berkesan .Wallahuaklam..
23 Comments:
Dr sy patah tulang fibula dari 2hb 4 dan pasang pop
Awak da sembuh ke ?? Sya pun patah tulang fibula 25.07 tu
Doctor tangan anak saya patah di bahagian siku dan sudah bukak wayar...tp tangan anak saya tidak boleh lurus ..dan jari nya tidak boleh gerak...dari tarikh operation hingga sekarang sudah 6 minggu.usia anak saya 3tahun11bulan
Jangan Risau proses penyembuhan tetap akan berlaku , bagi tulang fibula ianya memerlukan masa sehingga 6 bulan bagi betul betul pulih dan untuk kanak kanak pemulihan mereka lebih pantas antara 1 ke 3 bulan , apa yang penting anda semua perlu mengikuti latihan fisioterapi bagi menguatkan otot otot yang terlibat dan juga bagi mengelakkan sendi menjadi kaku dan keras
Doktor, sy retak tulang yg disebut phalanges ibu jari kaki... Menurut xray retak sy seperti sehelai rambut... Adakah saya bole membuat weight bearing setelah 3 mggu retak?
paling baik adalah tempoh 6 minggu ,baru anda boleh meletakkan weight bearing , ini kerana tulang itu lebih kuat dan stabil untuk dipijak .
Doktor sye dah 9 minggu tadi kaki sye jadi makin sakit dan susah untuk bergerak adakah rase sakit tu proses membaik pada bahagian yang patah
Doktor Saya nak Tanya Saya patah tangan tulang humerus..Saya pakai simen dua bulan 8 Hari mcm tu..
Normal ker lepas buka simen tangan Saya bengkak di tempat yang patah tu..Dan siku Saya rasa cramp tangan Tak bole lurus habis...jadi doktor suggest Saya buat fisioterapi.. doktor ckp tulang Saya Ada tumbuh baru tp belum kuat lagi..Saya risau tangan bengkak sikit Dan Tak boleh lurus habis..
Doktor Saya nak Tanya Saya patah tangan tulang humerus..Saya pakai simen dua bulan 8 Hari mcm tu..
Normal ker lepas buka simen tangan Saya bengkak di tempat yang patah tu..Dan siku Saya rasa cramp tangan Tak bole lurus habis...jadi doktor suggest Saya buat fisioterapi.. doktor ckp tulang Saya Ada tumbuh baru tp belum kuat lagi..Saya risau tangan bengkak sikit Dan Tak boleh lurus habis..
Masalah bengkak pada tangan selalunya masih berlanjutan walaupun simen atau cast telah dibuka ini kerana tulang yang patah itu masih ada berlaku proses penyembuhan , satu perkara lagi bengkak selepas patah adalah normal dan ianya akan pulih selepas proses penyembuhan berhenti ianya sekitar 3 ke 6 bulan , rasa cramp merupakan tanda tangan anda tidak kuat dan ianya memerlukan latihan intensif fisio supaya tangan anda mampu lurus kembali dan dapat berfungsi seperti sediakala.
Doktor, adakah selepas buku lali tu patah ia akn mudah terseliuh dgn sndri atau adaa faktor lain ?
Doktor, adakah bila buku lali itu sudah patah dan ia akan mudah trseliuh dgn sndri atau ada faktor lain ?
Doc klu tulang humerus patah sllu mbik brp lama klu nk sembuh dlm usia 18 thn? Klu operate pula kekal ke nnti dibuang?
Untuk Anggota atas , tempoh penyembuhan tulang akan mengambil masa 3 bulan , kalau usia muda penyembuhan selalunya berlaku lebih pantas , andai kata sambungan tulang itu dimasukkan besi selalunya jika ianya tidak memberikan masalah kepada pesakit ianya boleh dibiarkan kekal , tetapi jika ianya memberikan ketidak selesaan selalunya ianya akan dikeluarkan apabila ianya benar benar telah sembuh dan bercantum.
Doktor saya mengalami patah tulang kaki di tepi tapak kaki pada 25/6/2020 dan da pasang pop, arini 26/7/2020 saya buat xray saya dapat tulang masih belum bercantum seperti asal, adakah normal doktor?
Ia masih dikira normal kerana masa proses penyembuhan bagi tulang anggota bawah badan mengambil masa 3 bulan ke atas sehingga ke 6 bulan bergantung kepada tahap kesihatan fizikal seseorang tersebut.
Salam sejahtera doktor. Saya mengalami proximal humerus fracture di bahu kanan saya pada 29/9 dan kena pakai simen selama 6 minggu. Selepas 2 minggu saya pakai simen, saya mengalami sakit menyucuk dibahagian tepi betul2 bawah kawasan patah, tetapi sakit itu hilang bila saya baring dikatil. Bila saya datang untuk check up selepas 6 minggu, pada mulanya bila pakar ortho tengok xray saya, dia kata tulang saya sudah bercantum dan tak perlu pakai simen serta boleh memulakan sesi fisioterapi.Tetapi setelah saya pergi kepada pakar fisio dan tunjukkan gambar xray serta menceritakan tentang sakit menyucuk itu, pakar fisio itu cakap kemungkinan ada masalah pada tulang saya sebab dalam gambar xray itu masih ada kawasan yang belum ditumbuhi tulang yang mungkin menyebabkan sakit menyucuk itu. Pakar fisio tidak membenarkan saya untuk melakukan weightbearing, hanya lakukan senaman angkat tangan sahaja. soalan saya, adakah sakit menyucuk itu akibat tulang saya yg belum tumbuh sepenuhnya? Atau kecederaan otot? Bolehkah saya melakukan aktiviti harian seperti biasa, kecuali mengangkat benda berat?
Doktor, kalau selepas simen dibuka masih lagi sakit menyucuk di kawasan yang patah itu maksudnya apa? Sebab saya sekarang menjalani fisioterapi dan pakar fisio tak menggalakan saya melakukan weightbearing, hanya perlu angkat dan tegakkan tangan sahaja.
Doktor, saya berumur 23 tahun patah tulang tibia segmented fracture distal end dan buat ORIF dengan pasang locking plate. Pembedahan lebih kurang sebulan lepas. Ada kalanya kaki saya rasa tegang. Tidak sakit, cuma rasa discomfort. Kadangkala ada juga rasa seperti renjatan di bahagian patah. Adakah ini ada kena mengena dengan saraf? X-ray dan appointment seterusnya dalam 2 minggu lagi. Ada apa-apa cadangan saya soalan saya perlu tanya kepada doktor nanti?
Rasa discomfort pada bahagian yang patah dan bahagian yang telah dibedah adalah sensasi yang
normal , ini kerana bahagian yang patah itu masih dalam proses pemulihan , rasa renjatan pula menunjukkan kaki saudara tidak kuat ini kerana tiada apa apa senaman kaki yang saudara lakukan . Untuk proses pemulihan kaki ini ianya mengambil masa sekurang kurangnya 6 bulan untuk sembuh spenuhnya , cadangan saya jika saudara berjumpa dengan Dr , saudara boleh minta beliau rujukkan ke jabatan fisioterapi untuk pemulihan.
Hai Maisarah , selepas simen dibuka dan masih merasa sakit atau mencucuk ini , menunjukkan bahagian itu mengalami stifness , ini kerana bahagian itu telah lama tidak digerakkan , dan latihan pemulihan fisioterapi akan membantu saudari , bahagian itu tidak digalakkan weight bearing ini kerana otot otot dibahagian patah itu belum cukup kuat , dan jika tidak dilatih ianya akan mendatangkan kecederaan kembali.
Doktor sy nk tny, pergelangan tgn adik sy patah..dan dh msuk plate. Slps sebulan operation pakar kata tulng msh blum cntum. Bgaimna tu ye doktor? Bgaiman nk cptkn proses tulang bercntum? Pakar kata dlm sblum lg klu x cntum juga kena simen 3mggu... sebolehnya xnk smpai bersimen
Hi Halimah , untuk tempoh penyembuhan total pada bahagian tangan , ianya akan memakan masa sehingga ke 3 bulan , tujuan pakar untuk simen kan tangan adik puan adlah kerana untuk menstabilkan tulang tangan pesakit , ini juga bagi mengelakkan apa apa pergerakan yang akan mengakibatkan proses percantuman menjadi lagi lambat , untuk mempercepatkan proses percantuman tulang elakkan pergerakkan yang agresive di bahagian yang patah , makan makanan yang berkasiat seperti tinggi protein dan kalsium serta lakukan senaman ringan bagi melancarkan pengaliran darah , untuk senaman puan boleh minta Dr rujukkan ke bahagian fisioterapi & Occupational therapy.
Post a Comment