Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Saturday, February 20, 2016

Manfaat dan khasiat buah peria

Bismillahirahmanirahim, Pada topic yang lepas saya dah menceritakan serba sedikit berkaitan usia muda tapi kelihatan tua , so hari ini saya terfikir nak kongsikan satu khasiat sayur ini yang ramai tidak ambil kisah tentang kesihatanya.
Apabila kita Sebut sahaja buah peria atau sayur peria  , maka pastinya ramai yang membayangkan kepahitan dan kekelatan sayur ini. Seperti kata orang orang tua  zaman dulu bahawa yang pahit itulah ubat. Secara ilmiahnya Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Bagi sayur peria ini terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria Katak (My Favourite)yang bersaiz lebih kecil dari peria biasa
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, dan asia tenggara
Apa yang saya tahu Sayur peria ini amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat kata kawan baik saya Mr Lim (Physiotherapist), dia member tahu saya orang cina untuk mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak. Tetapi kita orang melayu selalunya terus masak begitu sahaja .
Secara Habitatnya  pokok peria ini akan  memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. Kebiasaany Bunganya buah peria ini  berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut dan menggurutu.
Para saintis telah mengkaji dimana bedasarkan  kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein dimana diketahui dapat membantu di dalam membina tisu badan baik bagi mereka yang nak buat badan sado makan peria selain pengambilan protein shake, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber yang semestinya amat baik untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.Siapa sangka ulam yang kurang digemari kerana pahit dan kelat ini mempunyai khasiat yang amat baik bagi proses pemulihan kecederaan.Selain itu kajian juga menunjukkan bahawaLain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral yang membantu proses keseimbangan zat di dalam badan.
Apakah khasiat peria yang tidak kita ketahui?
Secara amnya kajian dilakukan para saintis menunjukkan Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan terjadinya masalah kulit seperti bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama 1 bulan .
Selain itu ianya juga  boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis.
dalam kajian di thailand  ,bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, pengamal perubatan disana melakukan kajian dengan meminum air  perahan daunnya dan terbukti mampu menolong pesakit mereka yang ketagih alkohol.
selain itu dipercayai  air Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan bagi melihat kesanya, manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Kita tahu buah ini pahit,tetapi ianya mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan jika dicicah dengan sambal . Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan serta mempercepatkab penyembuhan luka dalaman.

Bagi pendapat saya sendiri buah ini  Allah ciptakan sebagai penawar kencing manis , ini dibuktikan dalam kajian Asian pacific journal of tropical disease (APJTD) ,iaitu berbunyi Antidiabetic effects of Momordica charantia (bitter melon) and its medicinal potency. Jika ianya dikaji dan berpotensi di dalam merawat masalah diabetic adalah kerana setiap penyakit yang Allah datangkan ada penawarnya ,sini saya letakkan keseragaman buah peria ini dengan pancreas manusia yang berfungsi untuk penghasilan insulin bagi mengawal gula di dalam badan , adakah ini salah satu rahsia perubatan yang perlu dikaji oleh manusia ,wallahuaklam..


buah peria @ sayur peria

hebatnya ciptaan Allah jika dilihat buah peria dan pankreas manusia
saling tak tumpah , banyak lagi rahsia yang perlu dikaji.

1 Comments:

suka kongsi said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Another Blogers