Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Friday, February 5, 2016

Punca Kecederaan Lutut

Kecederaan Pada Bahagian lutut .

Bismillahirahmanirahim ,  Semakin dekat tahun baru cina nie , tempat kerja saya agak kurang la pesakit , maklumlah cuti panjang , bagi kawan kawan saya yang berbangsa cina kata kalau masuk hospital tak ada ONG terutama kalau nak dekat tahun baru .
Tetapi hari ini saya nak menceritakan sedikit tentang mekanisma kecederaan lutut yang secara kita tidak sengaja melakukanya dan ianya mungkin akan mendatangkan kesan kesan yang buruk dan juga boleh mengakibatkan kecederaan yang berulang.

Masalah sakit lutut ini berlaku berbeza beza dengan setiap individu , tetapi ingin saya nyatakan kebanyakan kecederaan lutut ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Kecederaan lutut akan terjadi apabila

Bebanan pada bahagian lutut.

Tahukah anda bahawa masalah sakit lutut ini kerap berlaku kepada individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan iaitu obesiti, ini kerana jika kita lihat secara semula jadi pada tubuh badan kita bahagian yang paling banyak menerima beban ketika kita bergerak ialah pada anggota lutut , oleh itu peningkatan berat badan yang tidak normal boleh mengakibatkan sendi lutut mudah cedera dan juga menjadi haus.


Twisting atau Terpusing .

Mekanisma kecederaan ini paling mudah berlaku terutamanya dalam bersukan dan juga boleh berlaku dalam keadaan sedar dan juga tidak sedar , kerana pada waktu ini kedudukan sudut lutut berada pada keadaan yang lemah dan juga menyebabkan apa apa daya daripada bahagian atas badan akan mengakibatkan tujahan beban yang kuat pada bahagian lutut , selalunya keadaan ini diikuti dengan bunyi POP dan juga kebas.

Jatuh pada permukaan Lutut.

Kecederaan ini kerap terjadi apabila kita terjatuh dengan beban berat badan kita akan terus ke bahagian tempurung lutut kita , kesan dari tujahan ini mengakibatkan bahagian lutut akan mengalami kecederaan dan juga kesakitan.

Impact dari pelbagai Arah 

selalunya mekanisma kecederaan ini terjadi apabila kita bersukan dengan contact sport seperti ragbi , bola sepak dan juga futsal , dari pemerhatian saya kebanyakan kecederaan lutut kerap terjadi apabila kita secara tiba tiba menukar arah larian dengan cepat dan juga kedudukan lutut di waktu itu dalam posisi mengiring atau hyper extend. Tackle yang keras dari semua arah juga boleh menyumbang kepada masalah kecederaan lutut ini , selalunya ianya merupakan punca kecederaan itu berlaku.

Perubahan Struktur tulang

Semakin peningkatan usia maka bahagian anggota badan kita juga akan mengalami perubahan , oleh itu lutut merupakan bahagian yang paling cepat haus dan juga cedera , ianya selalu dikaitkan dengan Osteoarthritis dan juga Osteoporosis, ini kerana keadaan permukaan tulang pada bahagian lutut akan mula mengalami perubahan seperti kekurangan kartilage dan kelemahan pada ligament dan juga otot.

Mengangkat Barang atau beban yang berat

Kekerapan mengangkat beban atau barang barang yang berat juga boleh menjadi penumbang utama kepada berlakunya kecederaan lutut ini , bayangkan jika anda mengangkat beban yang berat tanpa teknik yang betul berat beban itu bukan hanya memberikan kemudaratan kepada lutut tetapi juga pada bahagian tulang belakang.

Genetik dan keturunan

Saya melihat faktor keturunan dan juga genetik memainkan peranan kepada penyumbang masalah lutut ini , jika dilihat seseorang yang mempunyai masalah hyper extend  pada bahagian lutut , selalunya anak anak mereka juga mempunyai ciri ciri genetik yang sama, hyper extend merupakan penyumbang kepada masalah abnormality pada bahagian lutut ,valgus dan varus terjadi disebabkan masalah ini juga.

Jangkitan 

Bagi sesetengah individu , mereka tidak perasan tentang masalah sakit lutut ini juga boleh berpunca dari masalaha jangkitan kuman , kerana ada sesetengah kuman seperti kuman TB boleh menjangkiti pada bahagian bahagian tulang tanpa kita sedari yang boleh membawa kepada masalah kecederaan kepada lutut.

Apa yang saya kongsikan ini adalah antara punca boleh terjadinya kesakitan lutut ini , diharapkan ianya memberikan serba sedikit info tentang bagaimana terjadinya sesuatu kecederaan itu wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers