Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Saturday, February 20, 2016

Bahaya Sawan Demam

Bismillahirahmanirahim , pada malam ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang perbezaan antara sawan demam dan epilepsy atau masyarakat kita mengenali sawan khinzir, secara perubatan istilah sawan iaitu (seizure/fit/ convulsion) adalah satu keadaan fenomena akibat perubahan yang berlaku kepada gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba tanpa kawalan.


Untuk pengetahuan anda Sawan demam merujuk kepada sawan yang boleh berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur dari enam bulan hingga enam tahun yang berpunca daripada demam akibat berlaku akan jangkitan atau radang selain jangkitan pada baghagian otak dan saraf , selalunya ia berlaku kepada kanak-kanak yang demam dengan suhu badan mencecah 38 darjah Celsius keatas atau (100.4 darjah Farenheit). Kajian perubatan menunjukkan secara amnya sawan demam tidak lah menyebabkan berlakunya kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual atau perkembangan minda kanak-kanak itu.
Apabila saya berjumpa dengan pakar perubatan Kanak-kanak, sahabat saya ini mengatakan bahawa anak anak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnos epilepsi. Ini kerana menurut penerangan Dr itu  diagnosis Epilepsi bermaksud kejadian sawan  yang berlaku sekitar sekerap dua episod atau lebih tanpa demam.
Masalah Sawan demam selalunya boleh berlaku apabila kanak-kanak demam panas  yang secara amnya akibat jangkitan virus atau bakteria selain radang pada otak dan saraf di mana sawan merupakan salah satu petanda klinikal yang harus diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Berapa Jeniskah sawan demam yang boleh berlaku ?
·         Dalam perubatan terdapat dua jenis sawan demam yang biasa berlaku  iaitu ringkas (simple) atau kompleks . Sawan demam yang berlaku secara ringkas merupakan majoriti kes yang berlaku pada kanak-kanak dengan melibatkan seluruh anggota badan anak anak itu. Ia juga berlaku sekali dalam episod demam ketika waktu demam panas iaitu lebih dari 38-39 degree Celcius dan selalunya tidak berulang.
·         Manakala Sawan kompleks pula jarang-jarang berlaku tetapi  Apabila ianya  berlaku selalu sawan ini mengambil tempoh lebih 15 minit yang adakalanya hanya satu anggota badan kaki atau tangan yang terlibat. Sawan ini berlaku lebih dari sekali dalam episod demam dan juga boleh berulang kali menyerang anak anak diwaktu demam.
Apa yang sentiasa Dr itu menasihatkan dan memberikan pandangan kepada saya sebagai  penjaga, ibu bapa kita hendaklah perlu peka kepada perubahan suhu pada badan kanak-kanak supaya ubat demam dapat diberi mengikut dos dan tempoh masa yang sesuai. Pada kebanyakan waktu selalunya sawan demam banyak berlaku serentak dengan demam yang suhunya panas. Penting bagi ibu bapa supaya tidak panik apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Tips Menghadapi Sawan Demam
Antara Beberapa langkah boleh diamalkan oleh ibu bapa apabila anak mereka diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri. Tips ini di kongsikan oleh Pakar perubatan kanak kanak Itu (Namanya dia minta saya rahsiakan ,tetapi ilmu dia suruh kita kongsi)

1.      Apa bentuk tindakan yang pelu diambil ialah ibu bapa itu tidak cuba memberhentikan sawan tersebut dengan memegang badan mereka secara kuat atau memasukkan sebarang objek dalam mulut.
2.      Sebaik baiknya letakan kedudukan anak dalam posisi mengiring untuk mengelak anak dari tersedak semasa hilang kesedaran sewaktu sawan itu berlaku
3.      Kelazimanya  tempoh serangan sawan demam ini amat pendek dan Ibu bapa harus membawa anak mereka berjumpa doktor walaupun sawan tersebut berhenti secara sendiri.
4.      Jika ibu bapa melihat sekiranya sawan itu berlarutan melebihi lima minit, hubungi pihak ambulan atau pergi ke unit kecemasan terdekat untuk bantuan serta merta.

Rawatan yang diberikan pada anak anak yang mengalami sawan Demam ini.
·         Selalunya anak –anak  yang dibawa berjumpa doktor akan diperiksa secara teliti untuk mengenal pasti punca jangkitan yang mengakibatkan demam itu berlaku.
·         Dr selalunya akan melakukan pemeriksaan dan melakukan Rawatan demam dengan melibatkan pemberian ubatan seperti paracetamol dan antibiotik sekiranya petanda klinikal menunjukkan ia jika jangkitan daripada bakteria.
·         Jika atau Sekiranya sawan demam itu berlaku dengan keadaan berlarutan atau berulang-kali, selalunya ianya akan dirujuk kepada pakar dan ubatan spesifik akan diberikan untuk memberhentikan sawan. Ubatan biasanya diberikan secara suppository atau melalui dubur pesakit melainkan terdapat akses salur darah.
·         Untuk kanak-kanak yang berumur bawah setahun, doktor mungkin mengesyaki jangkitan pada selaput otak (bergantung kepada petanda klinikal) dan ujian air tulang belakang selalunya disarankan kepada ibu bapa.

Dr Pakar itu memberitahu kepada saya bahawa sawan demam mungkin berulang dalam tempoh hayat kanak-kanak di bawah enam tahun ,dimana lebih kurang 30 peratus kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalami sawan demam berulang-kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam. Dia menyatakan juga bahawa untuk anak-anak yang masih muda iaitu berumur bawah 18 bulan selalunya sawan berlaku pada suhu bawah 40 darjah celcius semasa sawan julung kali.Apabila sawan demam berlaku selalunya ia di dalam tempoh sejam demam atau ia juga berkait rapat dengan sejarah sawan demam didalam kalangan ahli keluarga tersebut.

Tetapi kajian menunjukkan jika langkah pencegahan menurunan suhu badan anak anak ini diambil berat ,selalunya ianya boleh dielakkan , seperti di bahagian blog saya yang lepas saya ada ceritakan tips untuk menghadapi anak anak yang demam , Insha Allah penerangan pakar kanak kanak tersebut kepada saya ,ia memberitahu selalunya sawan demam tidaklah mendatangkan kemudaratan kepada otak anak anak kecil itu tetapi jika sawan itu berlaku kerap tanpa demam maka merujuk kepada pakar adalah wajib dan perlu bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kepada perkembangan anak anak tersebut ,wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers