Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Thursday, February 18, 2016

Masalah Demam pada anak Kecil


Adakah waktu ketika ini anak Anda sedang mengalami demam atau peningkatan suhu tubuh badan yang menjadi tinggi sehingga terasa bahang panas pada kulitnya? Jangan panic dan takut kerana insha allah saya akan bantu memberi tips ini bagi memudahkan para ibu bapa memahami tentang cara mengatasi demam pada anak dengan cara mudah.



Apakah Cara yang Mudah bagi  Mengatasi Demam Pada Anak anda ?
Berikut adalah Cara Mudah dan praktikal bagi kita untuk Mengatasi Demam Pada Anak. Demam adalah respon tubuh terhadap infeksi, ianya menunjukkan system pertahanan badan kita sedang melawan jangkitan di dalam badan , pada waktu ketika suhu tubuh badan menjadi tinggi,pada waktu itulah tubuh sedang berusaha  berperang melawan virus, bakteri dan microorganisme lainnya yang menyebabkan terjadinya infeksi.

Secara umumnya ini bererti demam itu baik dan bagus kan , tetapi  kenapa kita perlu mengatasi demam pada anak anak ini? Secara  amnya  demam memang tidak perlu diturunkan, apalagi jika anak tetap aktif bermain, tidak resah dan  mampu tidur dengan nyenyak. Namun  harus kita perhatikan jika anak ini mula menunjukkan simptom ketidaknyamanan seperti resah,tidak mampu tidur dengan baik, dan sebagainya, atau ada sejarah mengenai sawan tarik ketika demam sebelumnya, maka  kita harus bertindak  segera menurunkan suhu tubuhnya.

Bagi pengetahuan semua mengatasi demam pada anak adalah tidak semata-mata menurunkan suhu tubuh badanya sahaja tetapi apa yang lebih ditekankan untuk mencegah kesan buruk dari suhu tubuh yang tinggi tersebut  adalah seperti dehidrasi  harus diambil kira.

Antara Tips yang saya ingin kongsikan bagi mengatasi  demam anak anak ini ialah

1.       Pastikan kita memastikan ruangan anak anak ini agar tetap sejuk dan nyaman ,Jika ruangan panas dan bahang pastikan penggunaan kipas angin dan penyaman udara digunakan agar pengaliran udara menjadi lancar , namun kita harus memastikan suhu pada bilik satu suhu yang selesa yang tidak akan membuat anak kedinginan dan menggigil.
2.       Beri anak memakai pakaian  yang ringan atau nipis, jangan memakaikan pakaian mempunyai kain yang rapat dan tebal.  Ini kerana pakaian tebal akan membuat suhu tubuh terperangkap yang akan membuat kulit menjadi semakin panas dan ini akan meningkatkan hilangnya cairan pada tubuh badan.
3.       Memastikan anak- anak ini banyak minum dengan pengambilan cairan tambahan berupa air putih, jus buah , susu atau cairan elektrolit yang banyak boleh didapati di kedai. Pastikan Jangan berikan anak minuman yang mengandung kafein seperti teh, cola, kopi, dan sebagainya ini kerana kandungan  kefein akan meningkatkan tubuh badan untuk kencing lebih kerap  yang secara tidak lansung akan membuang cairan tubuh.
4.       Pastikan mendapat rehat yang cukup. Rehat bukanlah bermakna Anak anak  harus tidur sahaja di dalam bilik,tetapi biarkan dia berjalan disekitar rumah namun tidaklah sampai perlu berlari atau  melibatkan aktiviti yang aktif
5.       Basahkan tuala sejuk dan sapukan sekitar bahagian badan , dalam teknik jururawat ianya dipanggil sponging  ,ianya juga mampu menurunkan suhu badan anak anak ini , boleh tuamkan tuala sejuk di bahagian kepala , celah peha  dan ketiak bagi menyejukkan badan anak anak ini.
6.       Elakkan penularan  jangkitan  ,Apabila kita sebagai ibu bapa sudah mengetahui demam yang muncul adalah gejala dari penyakit yang sangat menular (seperti campak , miesel , selsema dan batuk ), maka hendaklah kita pastikan  agar anak –anak kita dijauhkan atau dielakkan bergaul dengan anak anak yang lain bgi mengelakkan jangkitan .
7.       Jika suhu badan anak anak ini  masih panas maka dibolehkan dengan pemberian ubat demam seperti sirap panadol mengikut dos yang berkesesuaian.


Bilakah anak anak ini perlu dibawa berjumpa dengan Dr?

1.       Apa yang wajib kita perhatikan pada anak anak ini ,Jika demam berlanjutan sampai tiga hari maka bawa anak anak anda berjumpa dengan Dr .
2.       Berlakunya timbul gejala lain selain demam, contohnya ruam pada kulit,berlakunya muntah-muntah, anak anak mengadu sakit ketika buang air kecil, dan lain-lain
3.       Umur Bayi di bawah 3 bulan dengan suhu rektal  38°C atau lebih
4.       Umur  Bayi di atas 3 bulan dengan suhu lebih tinggi dari 39°C



Apa yang ingin saya kongsikan ialah tips tips mengatasi  gejala demam yang ringan dan Itu adalah merupakan cara mudah yang dapat dilakukan di rumah untuk mengatasi demam pada anak, jika berlanjutan bawa pergi ke klinik dan juga hospital yang berdekatan  , wallahuaklam..


0 Comments:

Another Blogers