Asalamualaikum , untuk hari ini saya ingin
kongsikan satu masalah yang agak kerap juga berlaku kepada anak anak kecil atau
bayi yang tanpa kita sedari tetapi ianya akan memberikan impak yang amat besar
ini kerana masalah sakit ini yang tidak menimbulkan sebarang rasa sakit
kepada penghidapnya menyebabkan kepala teleng
sering diabaikan oleh masyarakat kita kerana ramai beranggapan ia bukanlah sesuatu
yang perlu dirawat.
Tetapi sebagai ahli physioterapi masalah kepala teleng ini tetap dianggap sebagai salah satu masalah
kesihatan kerana ia boleh meninggalkan kesan psikologi seperti perasaan rendah
diri apabila anak anak ini mula meningkat dewasa kelak.
Untuk pengetahuan
pembaca semua maslah kepala teleng ini tidak dikategorikan sebagai
sejenis penyakit tetapi ianya boleh ia
dianggap sebagai salah satu kecacatan
awal pada otot kerana kelainan pada otot
sternocleidomastoid. Masalahnya ialah ia sering diabaikan kerana ramai beranggapan
bahawa ia adalah sesuatu yang semula jadi dan tidak perlu dirawat,
Masalah kepala Teleng ini juga dikenali sebagai
torticollis dalam bahasa perubatan dimana ianya berlaku apabila sebahagian otot
leher yang mengawal pergerakan kepala mengalami ketegangan serta memendek dan
mengakibatkan leher menjadi senget.
Untuk makluman semua nama Torticollis ini berasal
dari perkataan Latin, torti bermaksud berbelit dan collis bermaksud keadaan
leher yang senget. Torticollis bermaksud kekejangan otot leher di luar kawalan
yang mengakibatkan kelainan pada postur dan pergerakan kepala.Ianya boleh
berlaku ketika anak anak itu berada diposisi yang salah ketika masa kandungan
lagi
Kepala teleng ini dalam erti kata sebenarnya
sesuatu yang boleh dirawat sekiranya ibu bapa dapat mengesan masalah ini pada
peringkat awal terutama apabila umur bayi mencapai 6 bulan ,Ibu bapa seharusnya
memainkan peranan yang cukup penting dalam mengamati setiap perkembangan dan
pertumbuhan muka anak mereka terutama sebelum mereka mencecah usia satu tahun.
Kajian menyatakan jika rawatan conservative tidak
dapat mengatasi masalah ini dan ianya akan dirujuk kepada pakar ortopedik bagi
mendapatkan pandangan kedua dan untuk
melakukan rawatan pembedahan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini ialah
dalam tempoh usia antara satu hingga enam tahun. Selalunya Sebaik-baiknya,
rawatan tersebut dilakukan sebelum kanak-kanak ini masuk ke alam persekolahan,
Sahabat saya
seorang pakar pembedahan ortopedik menyatakan sekiranya kanak-kanak tersebut telah berusia
lebih 10 tahun, peluang untuk merawat masalah kepala teleng ini masih belum
lagi terlambat ini kerana selagi pertumbuhan
tulang muka belum bersifat kekal dalam keadaan normal akibat teleng maka pesakit masih boleh menjalani pembedahan.
Beliau juga memaklumkan kepada saya Sekiranya
pertumbuhan muka telah bersifat kekal maka pembedahan ini hanya mampu
meluruskan bahagian otot leher dan kepala, tetapi kedudukan muka tetap tidak
seimbang atau tidak simetri tidak mampu dilakukan apa apa.
Ingin saya
nyatakan bahawa masalah kepala teleng tiada kaitan dengan faktor keturunan. Dan
juga sebab makan leher ayam (Lagu Jalil Hamid)
Apakah Punca teleng (Torticollis)
Dalam kajian perubatan bahawa 90 peratus masalah kepala teleng ini berpunca
daripada masalah konginetal di mana mereka menghadapi masalah ini sejak didalam
kandungan lagi .
Right Torticollis |
ingin saya tekankan bahawa kebanyakan mereka,
terutama yang baru pertama kali menjadi ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka
menghadapi masalah torticolis ini dan.Sering kali, ibu bapa beranggapan bahawa
leher yang senget di kalangan bayi ditafsirkan sebagai sesuatu yang normal. Namun,
apabila bayi semakin membesar, kedudukan kepala yang senget ini semakin ketara.
Perawatan Fisioterapi
Selalunya Ahli fisioterapi akan menggunakan
beberapa teknik yang boleh membantu kanak-kanak terbabit untuk memalingkan
kepala mereka dalam semua arah terutama pada arah yang berlawanan dengan
keadaan kepala yang teleng.
Klik Pada Gambar untuk pembesaran cara stretching.
Rawtan stretching memalingkan kepala ini akan dilakukan secara progresif dan berulang kali sehinggalah kanak-kanak terbabit dapat memalingkan kepalanya pada arah yang menyebabkan kepalanya senget dan mendapat sudut bahagian yang normal
Klik Pada Gambar untuk pembesaran cara stretching.
Rawtan stretching memalingkan kepala ini akan dilakukan secara progresif dan berulang kali sehinggalah kanak-kanak terbabit dapat memalingkan kepalanya pada arah yang menyebabkan kepalanya senget dan mendapat sudut bahagian yang normal
Pada masa yang sama latiahn kedua-dua ibu bapa akan diajar supaya
melakukan latihan ini sebanyak 3 kali sehari
setiap hari.
Saya
selalunya menggalakkan ibu bapa ini berlajar dan meneruskan Latihan ini sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia satu
tahun.
Teknik posisi tidur dan cara menyusukan bayi juga
selalunya akan diajar bagi membantu ibu bapa ini memahami teknik yang membantu
anak mereka mendapatkan senaman renggangan yang optimum antara salah satu teknik
yang biasa saya gunakan teknik Tummy Play
Tetapi jika, sekiranya selepas setahun, keadaan torticolis
ini tidak menampakkan perubahan yang baik selalunya saya akan meminta ibu bapa
ini merujuk kembali masalh mereka kepada pakar bedah orthopedik dimana
kanak-kanak tersebut mungkin perlu menjalani pembedahan kecil.
Teknik Pembedahan
Makluman dari
sahabat saya bahawa teknik Pembedahan yang melibatkan pemotongan otot
sterno mastoid ini dilakukan untuk mengurangkan kadar kekejangan otot-otot
tersebut dan selalunya teknik Pembedahan ini tidak berbahaya kerana ia hanya
membabitkan luka yang terlalu kecil dan sedikit pada leher. Malah, kesan parut
yang kecil ini tidak begitu ketara apabila pesakit meningkat dewasa. Selalunya
teknik pembedahan Dengan memotong otot sterno mastoid ini, leher akan bebas
bergerak ke semua arah. Kajian juga menunjukan Pembedahan ini tidak mempunyai
komplikasi atau sebarang kesan sampingan kerana otot lain akan mengambil alih
pergerakan kepala sehinggalah otot yang dibedah ini sembuh.
Kesan sampingan masalah teleng
Boleh saya katakana bahawa Kanak-kanak yang
menghadapi masalah teleng dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan akan mengakibatkan mereka mengalami kecacatan
ini sehingga dewasa ianya sedikit
sebanyak akan membuatkan keadaan ini, kanak-kanak mungkin terpaksa berdepan
dengan ejekan, cemuhan daripada orang lain kerana keadaan mereka yang tidak
normal. Percayalah ianya akan memberikan tekanan perasaan buat anak anak ini.
Pertumbuhan muka menjadi tidak semetri
Semakin meningkat dewasa kedudukan tulang muka akan
turut senget kerana ia ditarik oleh otot-otot leher yang tegang serta kejang
dan lama-kelamaan keadaan ini menyebabkan tumbesaran tulang muka turut terjejas
dan menjadi herot serta akan menyebabkan masalah lain yang timbul sepertiosteoarthritis di sendi leher, sakit leher dan juga postur yang teruk.
Wajah Tak semetri |
Apakah Cara yang mudah untuk mengesan masalah teleng
ini
·
Selalunya Bayi sering berpaling pada
satu arah dan tidak berpaling pada arah yang lain walaupun umur mereka melebihi
6 bulan dan sudah mempunyai kekuatan didalam mengawal leher.
·
Adanya muncul Benjolan yang keras pada
leher terutama di otot tepi leher
·
Ianya kerap dikesan Apabila kepala bayi
hanya boleh dipusingkan pada satu arah saja dan sukar untuk memalingkan kepala
pada satu arah yang lain
·
Jika kita melakukan sudut Pengamatan
yang teliti, kita boleh melihat di mana muka dan kepala kelihatan tidak simetri
·
Ketegangan otot sterno mastoid pada leher
tetap berlaku walaupun pesakit memalingkan muka mereka dalam apa juga arah.
·
Bayi gemar menyusu di satu arah sahaja
dan meragam serta kelihatan sakit ketika memusingkan kepala
·
Bayi tidak dapat mengikut arah bunyi
yang dimainkan walaupun cuba untuk memalingkan muka kearah sumber bunyi
·
Paling mudah dikesan kepala bayi dan
leher senget ke satu arah sahaja.
Oleh itu nasihat saya kepada ibu
bapa yang mempunyai anak kecil perhatikan dan lihat perkembangan mereka kerana
selagi umur mereka bawah sepuluh tahun peluang untuk kembali normal amatlah
cerah dan jika kita tidak berkeyakinan dengan apa yang kita lihat , bawa anak
anak ini berjumpa dengan pakar kanak kanak
, kerana mereka boleh membantu menentukan adakah masalah ini ialah toticolis
atau bukan …
wallahuaklam
0 Comments:
Post a Comment