Bismillahirahmanirahim..
Pada hari ini
saya ingin kongsikan sedikit info tentang masalah yang biasa dihadapi oleh
masyarakat Malaysia ini iaitu masalah sakit leher yang kronik.
Apa
yang perlu kita ketahui ?
Adalah amat
penting bagi umum melihat kepada beberapa factor iaitu kesakitan leher yang berlarutan lebih dari 6 bulan adalah tanda
bahawa kita mengalami sakit leher yang kronik. Oleh itu amatlah penting untuk
kita mengetahui tempoh jangakamasa yang
panjang ini memberi tanda bahawa
individu tersebut sedang
mengalami masalah yang yang menggangu. aktiviti kehidupan anda. Kesakitan yang kronik ini boleh menggangu produktiviti dan fungsi harian
kita.
Masalah sakit leher yang kronik boleh berpunca
dari beberapa fungsi struktur pada leher anda seperti;
·
Atritis dari sendi facet
·
Cakera yang tergelincir
·
Sakit otot dan fasia yang
kronik (syndrom myofascia)
·
Tulang belakang(vertebra) rapat
antara satu sama lain
·
Urat/Ligament cedera
·
Saraf leher yang tersepit
·
Saraf tunjang yang tersumbat
(Spinal stenosis)
Bagaimanakah berlakunya penyebab kesakitan leher yang
kronik?
·
Proses penuaan seperti
spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis.
·
Penyakit arthritis atau Sindrom
sendi facet
·
Kecederaan Sukan
·
Postur yang salah ketika
bekerja
·
Kecederaan pada masa lampau
seperti kemalangan jalanraya (post whip splash injury)
·
Osteoporosis
·
Penyakit kanser pada tulang
belakang
·
Struktur tulang belakang yang
abnormal(scoliosis)
·
Stress
Sakit
Leher Akut ( 1 minggu- 2minggu)
Untuk
pengetahuan semua , melalui pengalaman saya antara punca sebab sakit leher yang
kronik dan antara yang paling kerap berlaku ialah Muscle strain atau kecederaan
otot yang berlaku disebabkan oleh penggunaan postur yang salah . Selalunya kita
akan mengalami rasa lenguh –lenguh dan selalunya ubat penahan sakit seperti panadol
dan sakit urat seperti celebrex biasanya akan dibekalkan kepada pesakit oleh Dr
dan ianya memberi kesan yang baik
Teknik berehat dengan
cukup dan melakukan urutan atau sapuan yang lembut pada bahagian otot ini juga mampu
memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam
masa satu hingga dua minggu.
Sakit
Leher Kronik ( 3minggu -6 bulan)
Apa yang kita
ketahui masalah sakit leher yang lebih serius biasanya melibatkan PID atau cakera tergelincir, spinal stenosis dan
sindrom sendi facet. Walaupun masalah ini dikatakan berpunca daripada sebab penuaan, tapi perkembangan semasa
sekarang menunjukkan masalah ini sudah mula dihidapi oleh orang yang lebih
muda. Biasanya kesakitan leher yang serius akan disusuli dengan sakit otot atau
dipanggil sindrom myofascia @ myalgia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit
pada leher
Bahagian sakit yang terlibat berpunca dari tulang leher ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah ini
Apakah
symptom yang mungkin anda hadapi?
·
Melalui pengalaman saya jenis
kesakitan pada leher berbeza-beza bergantung pada penyebab/diagnosis kesakitan.
Ianya boleh bermula dengan rasa tidak
selesa sehinggalah kepada kejang, mencucuk, berdenyut atau panas yang
menjejaskan pergerakan ketika memusing,mendongak atau menunduk pada sendi
leher.
·
Selain pesakit mengalami
masalah sakit leher, gejala sampingan lain yang biasa dihadapi pesakit ialah mengalami rasa pening yang bepunca dari
belakang kepala yang naik keubun ubun, keadaan ini biasanya berlaku dalam
penyakit sindrom Facet Joint.
·
Ramai pesakit yang menerima
rawatan migrain disebabkan oleh
diagnosis yang kurang tepat kerana symptom ini juga boleh melibatkan rasa
seperti migraine
·
Antara Gejala sampingan lain
seperti rasa melayang serta hanyut, Telinga
rasa berdengung dan mata menjadi kabur serta penat , keadaan ini biasanya disebabkan oleh sindrom myofascia (Myalgia) yang serius. Sakit otot myofascia biasanya
akan melibatkan otot tengkok, bahu dan
belikat yang amat sakit bila Ditekan.Gejala sindrom Myalgia ini sukar
dikenalpasti dan dirawat oleh kebanyak doktor biasa.
·
Ada sesetengah pesakit mengalami gejala sakit mencucuk atau kebas
yang turun bahu, lengan atau tangan. Rasa sakit yang mencucuk, seperti terkena renjatan
elektrik, kebas atau panas pada leher yang turun ketangan adalah sakit yang berpunca dari saraf yang tercedera
atau tersepit. Ini selalu berlaku dalam cakera tergelincir, spinal stenosis
atau sindrom thorasik outlet
·
Dalam keadaan yang lain
penyakit sindrom Myalgia pada otot leher juga
kerap memberikan gejala sakit yang menjalar turun ke tangan.menyerupai seperti
sakit cekera tergelincir.
Anda juga
mungkin akan mengalami gejala kelumpuhan atau lemah pada otot tangan atau bahu
anda jika penyakit ini sudah mencapai tahap yang serius.Sudah pastinya keadaan
ini akan menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.
Apakah
yang perlu anda tahu jika ia berkait
dengan sakit leher yang serius?
Saya selalu berpesan kepada pesakit saya agar
melihat dan mengetahui punca ini jika keadaan yang semakin serius. Ini bermakna
anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
doktor pakar dengan segera.
1.
Tangan dan jari yang tiba-tiba
jadi lemah. Contohnya tidak mampu mengangkat serta menyidai kain diampaian.
2.
Tangan dan jari yang mulai rasa sejuk dan kebiruan seperti darah tidak
berjalan dengan lancar.
3.
Keadaan dimana rasa sakit yang bertambah
kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit atau ubat saraf.
4.
Pening yang serius atau selalu
pitam, Kabur mata, telinga berdengung, loya dan muntah
5.
Hilang keseimbangan badan
ketika berdiri dan berjalan.
Apa yang anda
dapat lakukan?
Sebagai
Fisioterapi saya menekankan beberapa aspek dan tips untuk kita lakukan
antaranya ialah
1.
Sentiasa aktif dan bergerak
sekadar yang boleh, tapi jangan paksa pergerakan jika telalu sakit.
2.
Jangan berurut yang melibatkan
manipulasi tulang/sendi tengkok (Kedai gunting rambut selalu buat )
3.
Pakai kolar leher jika
diberikan oleh doktor.Tapi jangan pakai semasa memandu kereta kerana ianya
menghadkan pergerakan kepala.
4.
Berjumpa doktor pakar seperti
pakar kesakitan kronik, ortopedik atau pakar saraf.Ini penting untuk memastikan
punca kesakitan anda. Saya nasihatkan anda
dapatkan pendapat kedua jika mahukan kepastian diagnosis dan plan
rawatan.
5.
Rawatan Fisioterapi dan Jurupulih
Cara kerja memainkan berperanan dalam
mengawal rasa sakit dan mengelak kecederaan berterusan pada leher anda.Anda
juga akan diberitahu tentang aktiviti yang patut dibuat dan dielak bergantung
pada jenis penyakit anda.
6.
Melakukan Senaman dan Ini boleh
dipelajari jika anda berjumpa dengan Fisioterapi
7.
Patuhi tatacara memakan ubat
penahan sakit,ubat saraf , ubat pelembut otot atau ubat penenang seperti yang
diarahkan oleh doktor.
8.
Mendapatkan Rawatan suntikan
oleh pakar kesakitan kronik.ada pelbagai kaedah suntikan boleh diberikan
bergantung jenis Maslah anda.Contohnya suntikan epidural steroid, suntikan
epiduroplasti, suntikan radiofrekuensi, suntikan triggerpoint pada otot yang sakit.Sebahagian
rawatan suntikan ini merupakan pilihan kepada rawatan alternative selain daripada pembedahan tulang
tengkok.
Insha allah ini
serba sedikit info yang boleh saya kongsikan dengan tuan tuan semua , dan
diwaktu lain saya akan kongsikan teknik senaman untuk masalah sakit leher ini
Wallahuaklam..
0 Comments:
Post a Comment