Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Wednesday, December 30, 2015

Cara mengurut wajah supaya nampak awet muda


Asalamualaikum , hari ini saya nak kongsikan tentang satu teknik rawatan yang biasa digunapakai bagi membantu pesakit yang mengalami masalah bell palsy dan juga stroke , tetapi secara tidak sengaja rawatan ini juga mampu digunakan untuk melambatkan proses kedutan di bahagian muka dan juga membantu menaikkan seri di bahagian wajah .
Ramai pesakit saya yang merasakan bahawa teknik urutan dimuka amat membantu mereka mendapatkan kembali keanjalan wajah mereka , tujuan rawatan adalah untuk pemulihan tetapi secara tidak dijangka pesakit mendapat 2 kebaikan sekali iaitu awet muda dan juga kurangkan kedutan.
Secara tidak lansung apabila urutan muka ini dilakukan dengan konsistant terutama diwaktu pagi dan juga malam sebelum tidur hasilnya amat meberansangkan.
Oleh itu disini saya ingin berkongsi teknik urutan yang simple dan memberikan kesan yang amat positif bagi wajah kita ianya boleh dilakukan oleh lelaki dan juga wanita.


Teknik 1.
Mulakan di bahagian bawah bibir , gunakan 2 jari anda dan secara perlahan dan dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah , tarik ke arah atas dalam ulangan 15 kali ,ini membantu otot otot wajah seperti yang saya tandakan dalam gambar disebelah untuk mendapatkan pengaliran darah yang lancar.

Teknik 2.

 Kemudian gunakan ibu jari tangan anda dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah ,dan urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas , ini tujuan bagi mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah.

Teknik 3.
                         
Diteruskan dengan urutan dibahagian kening dan kelopak mata , ianya bertujuan membantu otot otot atas muka mendapatkan aliran darah yang baik , cara nya ialah gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C kebawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.

Teknik 4.
                          
Dan Cara yang terakhir adalah lakukan urutan kearah dagu dan keatas , ianya bertujuan membuang lemak dan juga mengurangkan double chin , lakukan proses urutan sebanyak 15 kali dan tarik serta berikan sedikit tekanan keatas wajah ,dimana cara ini juga membantu pelancaran darah pada wajah.


Teknik yang saya tunjukkan ini merupakan salah satu alternatif untuk membantu mnegurangkan proses penuaan dan juga ianya membantu menaikkan seri wajah , urutan pada wajah amat baik dari segi melancarkan perjalanan darah dan juga mengurangkan tekanan,membantu mengurangkan kedutan di muka, dan membantu wajah kelihatan muda . wallahuaklam




0 Comments:

Another Blogers