Bismillahirahmanirahim ,
Asalamualaikum , untuk hari ni saya nak
share kan suatu teknik atau method yang akan membantu pembesaran anak anak
kecil dengan baik ,iaitu kaedah ransangan yang dikenali Tummy Play Time.
Sepanjang menjadi fisioterapi saya banyak
belajar dari kawan kawan fisio yang mempunyai kemahiran didalam melakukan
rawatan kepada anak anak yang istimewa , tetapi tak sangka pula bahawa teknik
ini amat membantu kepada anak anak yang normal juga , selalu ibu bapa pesakit
bertanya apa itu tummy Play-time ...
Tummy Play-time – adalah satu teknik
ransangan bayi dimana kita meletakan bayi di atas perutnya sewaktu bayi tidak tidur
sambil diawasi. Tujuan latihan ini yang tidak diketahui umum adalah amat
berguna bagi bayi kerana Tummy play-time membantu membina otot-otot kepala,
bahu dan leher yang kuat.
Antara kelebihan Tummy play Time adalah
·
membantu mengelak kepala bayi
menjadi leper.
·
Tummy play-time menggalakkan
bayi merangkak.
·
Membantu bayi mengurangkan
reflex terkejut
·
Melatih bayi yang mempunyai
masalah teleng (Torticolis) mendapatkan renggangan secara semula jadi
Berikut adalah teknik dan cadangan aktiviti
tummy play-time untuk bayi 3 bulan keatas.
1. Baring bayi di atas perutnya. Berbual
mengadap muka bayi atau bunyikan permainan yang menghasilkan bunyi seperti kerincing
agar ia lebih menyeronokkan ,teknik ini membantu perkembangan bayi dengan
meransang deria bunyi dan juga reflex yang baik.
2. Baringkan bayi di atas paha / dada /
perut ibu bapa bermain dan bercakap dengan bayi anda secara tidak lansung ia
akan menambahkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak .bayi amat suka keadaan
begitu kerana haba dari tubuh badan ibu bapa membantu bayi merasa tenang dan
nyaman.
3.Dengan teknik tummy Play time ianya
memudahkan ibu bapa melakukan renggangan kepada leher bayi secara natural tanpa
mencederakan bayi , terutama bagi bayi yang mengalami masalah torticollis.
Teknik ini saya guna pakai kepada anak
bongsu saya yang mengalami masalah leher sedikit ketat dan Alhamdulillah dengan
cara yang konsistant masalah ini Berjaya saya atasi tanpa perlu melakukan
renggangan yang aggressive buat bayi saya ..wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment