Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Thursday, December 10, 2015

Physiotherapy untuk Sakit Leher


Bismillahirahmanirahim..
Pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit info tentang masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat Malaysia ini iaitu masalah sakit leher yang kronik.
  
Apa yang perlu kita ketahui ?
Adalah amat penting bagi umum melihat kepada beberapa factor iaitu kesakitan leher yang  berlarutan lebih dari 6 bulan adalah tanda bahawa kita mengalami sakit leher yang kronik. Oleh itu amatlah penting untuk kita mengetahui tempoh  jangakamasa yang panjang ini memberi tanda bahawa  individu tersebut  sedang mengalami masalah yang yang menggangu. aktiviti  kehidupan anda. Kesakitan yang  kronik ini  boleh menggangu produktiviti dan fungsi harian kita.

 Masalah sakit leher yang kronik boleh berpunca dari beberapa fungsi struktur pada leher anda seperti;
·         Atritis dari sendi facet
·         Cakera yang tergelincir
·         Sakit otot dan fasia yang kronik (syndrom myofascia)
·         Tulang belakang(vertebra) rapat antara satu sama lain
·         Urat/Ligament cedera
·         Saraf leher yang tersepit
·         Saraf tunjang yang tersumbat (Spinal stenosis)

Bagaimanakah  berlakunya penyebab kesakitan leher yang kronik?
·         Proses penuaan seperti spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis.
·         Penyakit arthritis atau Sindrom sendi facet 
·         Kecederaan Sukan
·         Postur yang salah ketika bekerja
·         Kecederaan pada masa lampau seperti kemalangan jalanraya (post whip splash injury)
·         Osteoporosis
·         Penyakit kanser pada tulang belakang
·         Struktur tulang belakang yang abnormal(scoliosis)
·         Stress

Sakit Leher Akut ( 1 minggu- 2minggu)
Untuk pengetahuan semua , melalui pengalaman saya antara punca sebab sakit leher yang kronik dan antara yang paling kerap berlaku ialah Muscle strain atau kecederaan otot yang berlaku disebabkan oleh penggunaan postur yang salah . Selalunya kita akan mengalami rasa lenguh –lenguh dan  selalunya ubat penahan sakit seperti panadol dan sakit urat seperti celebrex biasanya akan dibekalkan kepada pesakit oleh Dr dan ianya memberi kesan yang baik
Teknik berehat dengan cukup dan melakukan urutan atau sapuan yang lembut pada bahagian otot ini juga mampu memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.

 Sakit Leher Kronik ( 3minggu -6 bulan)
Apa yang kita ketahui masalah sakit leher yang lebih serius biasanya melibatkan PID atau  cakera tergelincir, spinal stenosis dan sindrom sendi facet. Walaupun masalah ini dikatakan berpunca daripada  sebab penuaan, tapi perkembangan semasa sekarang menunjukkan masalah ini sudah mula dihidapi oleh orang yang lebih muda. Biasanya kesakitan leher yang serius akan disusuli dengan sakit otot atau dipanggil sindrom myofascia @ myalgia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit pada leher


Bahagian sakit yang terlibat berpunca dari tulang leher ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah ini



Apakah symptom yang mungkin anda hadapi?
·                 Melalui pengalaman saya jenis kesakitan pada leher berbeza-beza bergantung pada penyebab/diagnosis kesakitan. Ianya boleh bermula dengan  rasa tidak selesa sehinggalah kepada kejang, mencucuk, berdenyut atau panas yang menjejaskan pergerakan ketika memusing,mendongak atau menunduk pada sendi leher.
·                 Selain pesakit mengalami masalah sakit leher, gejala sampingan lain yang biasa dihadapi pesakit  ialah mengalami rasa pening yang bepunca dari belakang kepala yang naik keubun ubun, keadaan ini biasanya berlaku dalam penyakit sindrom Facet Joint.
·                 Ramai pesakit yang menerima rawatan  migrain disebabkan oleh diagnosis yang kurang tepat kerana symptom ini juga boleh melibatkan rasa seperti migraine
·                 Antara Gejala sampingan lain seperti rasa melayang serta  hanyut, Telinga rasa berdengung  dan  mata menjadi kabur serta penat , keadaan ini biasanya  disebabkan oleh sindrom myofascia (Myalgia)  yang serius. Sakit otot myofascia biasanya akan melibatkan  otot tengkok, bahu dan belikat yang amat sakit bila Ditekan.Gejala sindrom Myalgia ini sukar dikenalpasti dan dirawat oleh kebanyak doktor biasa.
·                 Ada sesetengah pesakit  mengalami gejala sakit mencucuk atau kebas yang turun bahu, lengan atau tangan. Rasa sakit yang mencucuk, seperti terkena renjatan elektrik, kebas atau panas pada leher yang turun ketangan adalah  sakit yang berpunca dari saraf yang tercedera atau tersepit. Ini selalu berlaku dalam cakera tergelincir, spinal stenosis atau sindrom thorasik outlet
·                 Dalam keadaan yang lain penyakit sindrom Myalgia pada otot leher juga  kerap memberikan gejala sakit yang menjalar turun ke tangan.menyerupai seperti sakit cekera tergelincir.

Anda juga mungkin akan mengalami gejala kelumpuhan atau lemah pada otot tangan atau bahu anda jika penyakit ini sudah mencapai tahap yang serius.Sudah pastinya keadaan ini akan menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.

Apakah yang perlu anda tahu jika ia  berkait dengan sakit leher yang serius?
 Saya selalu berpesan kepada pesakit saya agar melihat dan mengetahui punca ini jika keadaan yang semakin serius. Ini bermakna anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan  doktor pakar dengan segera.
1.      Tangan dan jari yang tiba-tiba jadi lemah. Contohnya tidak mampu mengangkat serta menyidai kain diampaian.
2.      Tangan dan jari yang mulai  rasa sejuk dan kebiruan seperti darah tidak berjalan dengan lancar.
3.      Keadaan dimana rasa sakit yang bertambah kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit atau ubat saraf.
4.      Pening yang serius atau selalu pitam, Kabur mata, telinga berdengung, loya dan muntah
5.      Hilang keseimbangan badan ketika berdiri dan berjalan.


   Apa yang anda dapat lakukan?
Sebagai Fisioterapi saya menekankan beberapa aspek dan tips untuk kita lakukan antaranya ialah
1.      Sentiasa aktif dan bergerak sekadar yang boleh, tapi jangan paksa pergerakan jika telalu sakit.
2.      Jangan berurut yang melibatkan manipulasi tulang/sendi tengkok (Kedai gunting rambut selalu buat )
3.      Pakai kolar leher jika diberikan oleh doktor.Tapi jangan pakai semasa memandu kereta kerana ianya menghadkan pergerakan kepala.
4.      Berjumpa doktor pakar seperti pakar kesakitan kronik, ortopedik atau pakar saraf.Ini penting untuk memastikan punca kesakitan anda. Saya nasihatkan anda  dapatkan pendapat kedua jika mahukan kepastian diagnosis dan plan rawatan.
5.      Rawatan Fisioterapi dan Jurupulih Cara kerja  memainkan berperanan dalam mengawal rasa sakit dan mengelak kecederaan berterusan pada leher anda.Anda juga akan diberitahu tentang aktiviti yang patut dibuat dan dielak bergantung pada jenis penyakit anda.
6.      Melakukan Senaman dan Ini boleh dipelajari jika anda berjumpa dengan Fisioterapi
7.      Patuhi tatacara memakan ubat penahan sakit,ubat saraf , ubat pelembut otot atau ubat penenang seperti yang diarahkan oleh doktor.
8.      Mendapatkan Rawatan suntikan oleh pakar kesakitan kronik.ada pelbagai kaedah suntikan boleh diberikan bergantung jenis Maslah anda.Contohnya suntikan epidural steroid, suntikan epiduroplasti, suntikan radiofrekuensi, suntikan  triggerpoint pada otot yang sakit.Sebahagian rawatan suntikan ini merupakan pilihan kepada rawatan  alternative selain daripada pembedahan tulang tengkok.  

Insha allah ini serba sedikit info yang boleh saya kongsikan dengan tuan tuan semua , dan diwaktu lain saya akan kongsikan teknik senaman untuk masalah sakit leher ini
Wallahuaklam..



Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...