Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Saturday, December 5, 2015

Physiotherapy untuk Cara atasi jerawat


Bismillahirahmanirahim,
untuk ulasan hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang cara cara yang boleh dikatakan agak neutral atau tanpa penggunaan ubat ubatan didalam mengatasi masalah jerawat ini,
saya kongsikan pengalaman ini hasil dari uji kaji keatas diri saya dan adik adik saya , he he alhamdulillah ianya menunjukkan hasil

Cara 1
Penggunaan Minyak tea tree oil , sepanjang saya mengalami masalah jerawat ini , saya banyak membaca tentang kelebihan minyak ini , apa yang saya tahu ianya mempunyai kesan sebagai anti radang dan juga sebagai pembunuh kuman, kita sedia maklum jerawat boleh berjangkit ke bahagian yang lain ,cara penggunaan tea ree oil ini ialah celupkan putik kapas yang bersih dan sapukan satu lapisan ke atas kulit yang terkena jerawat itu, kesanya jerawat akan menjadi kering .pastikan dilakukan sebelum tidur serta jangan gunakan lebih celupan kerana ianya boleh mengakibatkan kulit kering.

Cara 2
Minum teh hijau. saya tidak nafikan meminum teh hijau amat membantu di dalam mengatasi maslah jerawat saya , ia berfungsi sebagai anti bakteria serta anti oxidant yang banyak membantu bagi mengatasi masalah jerawat ini.Satu lagi teknik rahsia ialah saya gunakan air teh hijau ini sebagai pencuci muka dan alhamdulillah terbukti berkesan.

Cara 3
Madu merupakan salah satu yang dinyatakan di dalam alquran , ianya memang penawar yang menakjubkan , apa cara yang saya lakukan dan cuba kepada adik saya ialah satu sudu madu saya campurkan dengan satu sudu oats dan saya gaulkan serta tempelkan pada permukaan muka yang berjerawat itu, saya biarkan selama 30 min , dan hasilnya boleh dilihat di dalam masa 4 hari.

Cara 4
Daun lidah buaya, apa bila bangun pagi masa sebelum mandi saya ambil lidah buaya ini dan saya sapukan ke muka , biarkan dalam 15 min baru saya cucikan , hasilnya amat memberangsangkan jerawat saya yang bernanah semakin hilang diatas faktor daun lidah buaya berfungsi sebagai penyembuh luka dan anti kuman.

Cara yang 5
Bunga cengkeh , siapa tahu bunga cengkeh mempunyai kuasa di dalam merawat jearawat , saya ingat lagi ,apabila sakit gigi ayah akan gigit bunga cengkeh ini untuk merawat giginya, disini saya melihat ianya merupakan sebagai fungsi anti radang , apa yang saya lakukan , saya blend bunga cengkeh ini dan menjadikan ianya serbuk saya campurkan dengan air dan tempelkan ke bahagian kulit muka yang ada jerawat , menakjubkan dalam 3 hari jerawat mengecut dan kurang merah.

Cara yang saya gunakan disini adalah lebih kepada pengalaman saya , setiap orang kesanya berbeza beza , insha allah saya yakin dengan cara ini kerana ianya tidak menggunakan bahan bahan kimia yang kita tidak tahu di dalam produk produk kecantikan , bahan bahan ini mudah dicari dan boleh dijumpa di sekitar persekitaran kita ,semoga ianya boleh membantu remaja remaja yang mengalami masalah jerawat ini

wallahuaklam

Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy dan Bioflavonoid

Bioflavonoid vs Radang (Inflamasi) Bioflavonoid boleh dijumpai di dalam Black Ginger Bismillahirahmanirahim , agak lama juga saya t...