Bismillahirahmanirahim,
untuk ulasan hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang
cara cara yang boleh dikatakan agak neutral atau tanpa penggunaan ubat ubatan
didalam mengatasi masalah jerawat ini,
saya kongsikan pengalaman ini hasil dari uji kaji keatas
diri saya dan adik adik saya , he he alhamdulillah ianya menunjukkan hasil
Cara 1
Penggunaan Minyak tea tree oil , sepanjang saya mengalami
masalah jerawat ini , saya banyak membaca tentang kelebihan minyak ini , apa
yang saya tahu ianya mempunyai kesan sebagai anti radang dan juga sebagai
pembunuh kuman, kita sedia maklum jerawat boleh berjangkit ke bahagian yang
lain ,cara penggunaan tea ree oil ini ialah celupkan putik kapas yang bersih dan
sapukan satu lapisan ke atas kulit yang terkena jerawat itu, kesanya jerawat
akan menjadi kering .pastikan dilakukan sebelum tidur serta jangan gunakan
lebih celupan kerana ianya boleh mengakibatkan kulit kering.
Cara 2
Minum teh hijau. saya tidak nafikan meminum teh hijau amat
membantu di dalam mengatasi maslah jerawat saya , ia berfungsi sebagai anti
bakteria serta anti oxidant yang banyak membantu bagi mengatasi masalah jerawat
ini.Satu lagi teknik rahsia ialah saya gunakan air teh hijau ini sebagai
pencuci muka dan alhamdulillah terbukti berkesan.
Cara 3
Madu merupakan salah satu yang dinyatakan di dalam alquran ,
ianya memang penawar yang menakjubkan , apa cara yang saya lakukan dan cuba
kepada adik saya ialah satu sudu madu saya campurkan dengan satu sudu oats dan
saya gaulkan serta tempelkan pada permukaan muka yang berjerawat itu, saya
biarkan selama 30 min , dan hasilnya boleh dilihat di dalam masa 4 hari.
Cara 4
Daun lidah buaya, apa bila bangun pagi masa sebelum mandi
saya ambil lidah buaya ini dan saya sapukan ke muka , biarkan dalam 15 min baru
saya cucikan , hasilnya amat memberangsangkan jerawat saya yang bernanah
semakin hilang diatas faktor daun lidah buaya berfungsi sebagai penyembuh luka
dan anti kuman.
Cara yang 5
Bunga cengkeh , siapa tahu bunga cengkeh mempunyai kuasa di
dalam merawat jearawat , saya ingat lagi ,apabila sakit gigi ayah akan gigit
bunga cengkeh ini untuk merawat giginya, disini saya melihat ianya merupakan
sebagai fungsi anti radang , apa yang saya lakukan , saya blend bunga cengkeh
ini dan menjadikan ianya serbuk saya campurkan dengan air dan tempelkan ke
bahagian kulit muka yang ada jerawat , menakjubkan dalam 3 hari jerawat
mengecut dan kurang merah.
Cara yang saya gunakan disini adalah lebih kepada pengalaman
saya , setiap orang kesanya berbeza beza , insha allah saya yakin dengan cara
ini kerana ianya tidak menggunakan bahan bahan kimia yang kita tidak tahu di
dalam produk produk kecantikan , bahan bahan ini mudah dicari dan boleh dijumpa
di sekitar persekitaran kita ,semoga ianya boleh membantu remaja remaja yang
mengalami masalah jerawat ini
wallahuaklam
0 Comments:
Post a Comment