Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Monday, January 25, 2016

Physioterapy dan Senaman Perut

Senaman Sit up yang berkesan

Bismillahirahmanirahim, syukur alhamdulillah hari nie sejuk disebabkan hujan dipagi hari , semoga hidup kita dilimpahi dengan rezeki serta rahmat dari allah swt . Untuk post kali ini saya ingin kongsikan senaman situp yang boleh dikatakan berkesan bagi lelaki mahupun wanita yang ingin kan perut yang leper dan juga berketul (Bagi Lelaki), saya kerap kali diajukan oleh pesakit mcm mana nak buat perut jadi berketul  dan kenapa susah sangat nak hilangkan spare tayar dekat perut ni ..
Untuk permulaan adalah perlu kita fahami pertama sekali kita cuba kurangkan pengumpulan lemak di perut kita dengan pengawalan makanan yang baik dan seimbang dan selebihnya senaman sit up ini akan nampak lebih berkesan


Tips yang ingin saya kongsikan 
1. Cuba pastikan setiap kali bangun pagi sebelum mandi mulakan senaman sit up sekurang kurangya 30 kali ,pada permulaan selalunya kesakitan di bahagian abdominal menunjukkan adanya kontraksi otot pada bahagian ini ,dan anda telah melakukan senaman yang betul .

2. Senaman ini amat berkesan jika dilakukan secara rutin harian bermakna cuba dalam setiap hari anda dapat melakukan sekurang kurangya satu set , itu bermakna 30x dalam satu set, apabila anda menjadikan ia sebagai satu rutin , anda akan mendapati rasa ralat jika meninggalkan senaman ini.

3.Senaman ini elok dilakukan ketika perut kosong , sebab itu waktu bangun pagi merupakan waktu yang paling ideal untuk melaksanakan senaman sit up ini.

4. Jika anda merasa sakit pada bahagian perut anda , cuba bahagikan kepada 2 set iaitu 15x di waktu pagi dan 15x di waktu malam.

5. Pertama sekali kesan dari senaman sit up ini secara automatik anda akan nampak postur tulang belakang anda menjadi tegak dan rasa bekeyakinan dalam keterampilan.

6.Jika anda mengambil fat burner kesan dari senaman ini lebih lagi ketara dan dalam 3 bulan dari bentuk tayar kereta perut anda akan mula menjadi tayar motosikal.(Just Joking), perut anda akan mula menunjukan perubahan dengan beberapa kesan lipatan lemak akan mula berkurangan.

7.Disiplin merupakan menu yang paling penting dalam mendapatkan otot perut yang maskulin dan diidamkan , elakkan makan malam yang mengandungi unsur karbohidrat seperti nasi dan juga tepung , saya galakkan pengambilan buah buahan dan juga sup sayuran bagi menggantikan makanan berat di waktu malam.

Disini antara 5 senaman sit up  pilihan yang boleh dipilih dan dilakukan secara setiap minggu
Senaman 1.
Senaman ini merupakan salah satu senaman yang merangkumi segala bahagian otot perut cara nya ialah dengan baring dan letakkan tangan di bahagian belakang , naikkan bahagian atas badan seperti memandang bahagian ibu jari kaki .
silangkan kaki anda ke kiri dan ke kanan dengan pergerakkan yang perlahan dan teratur lakukan di dalam kiraan 10.

Senaman 2.

Senaman ini dipanggil Flutter kick , teknik permulaan yang hampir sama dengan teknik pertama cuma perbezaan senaman ini kaki di hayunkan ke atas dan ke bawah seperti berenang , lakukan senaman secara teratur dan perlahan dalam kiraan 10.

Senaman 3.
Merupakan salah satu senaman CORE atau menguatkan bahagian atas perut , senaman ini amat berkesan untuk mendapatkan postur yang baik dan juga menguatkan bahagian teras abdomen dan tulang belakang , cara melakukanya adalah bengkokkan kedua bahagian lutut dan cuba mengangkat bahagian atas badan sambil cuba untuk memandang kebahagian lutut.lakukan dalam kiraan 10

Senaman 4.
Senaman ini pula dilakukan bagi mengatasi lemak yang degil dibahagian pinggang terutama di sisi , selalunya ianya di lakukan dengan silangkan bahagian kaki kiri atau kanan dan kemudian ulangi cara sit up / crunch seperti gambar diatas , lakukan senaman ini dalam kiraan 10.

Senaman 5.
Senaman ini digunakan untuk menguatkan bahagian otot atas perut dan juga sisi , cara nya adalah kombinasi crunch cuma perbezaan ,anda perlu cuba menyentuh hujung tumit kaki anda , dan senaman ini amat berkesan bagi beginner , lakukan dalam kiraan 10.

Senaman ini merupakan salah satu senaman yang biasa dilakukan bagi mendapatkan bahagian perut yang ideal dan juga ianya amat membantu didalam memberikan kekuatan semula jadi pada bahagian otot perut , cuma apa yang perlu kita pastikan senaman ini perlu dilakukan dengan teknik yang betul bagi mengelakkan masalah lain seperti sakit leher dan juga belakang..wallahuaklam.

Jangan Buat cara macam nie sudahlah ...



Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...