Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Sunday, January 31, 2016

Phsyiotherapy dan Virus Zika



Bimillahirahmanirahim , sukar betul malam nie saya nak lelapkan mata sedangkan esok nak bangun pagi insha allah, disebabkan mata nie degil tak nak tidur maka datanglah idea saya nak menaip tentang  antara topic yang paling hangat dibincangkan di media kesihatan ialah tentang penularan wabak virus zika ini , sudah bersediakah kita sebagai rakyat Malaysia menerima dan juga memerangi wabak bencana ini.
Sebelum itu saya nak Tanya diri saya sendiri kenapa pekara ini berlaku dan mengapa ianya terjadi , pucuk pangkalnya ianya merupakan mesej daripada  Allah swt ,ianya memberikan kita peringatan bahawa kebersihan mencerminkan keperibadian , sebelum ini kita tahu nyamuk Aedes akan menyebabkan denggi dan juga boleh membawa maut , tetapi kali ini nyamuk aedes mengupgradekan virus bawaan di dalam badanya dan ianya boleh menular keseluruh ummat manusia sekarang nyamuk aedes bukan sahaja membawa denggi tetapi juga membawa Zika.
Sebagai Negara yang mempunyai nyamuk yang sama jenis dengan amerika latin kebarangkalian ianya juga mampu menyebarkan virus ini , ini kerana Malaysia mrupakan Negara yang terletak sebaris dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya menjadi tempat kegemaran pembiakkan nyamuk ini.


Apakah yang kita ketahui tentang Virus Zika Ini ?
Untuk pengetahuan umum virus zika  mula ditemui  pada darah seekor monyet di Uganda pada tahun 1947. Nama virus ini diambil sempena nama dari hutan Zika iaitu diaman tempat pertama kalinya virus jenis ini ditemui. Adalah diketahui bahawa virus zika ini tidak mematikan penghidapnya tetapi akan mengakibatkan  kecacat ginetik kepada bayi yang dikandung, antara lainya virus ini sama muncul seperti gejala demam denggi dan juga demam kuning atau demam berdarah. Pada tahun 1968 virus ini dicatatkan pertama kali menyerang manusia dan Negara yang terlibat pada waktu itu ialah Nigeria.


Bagaimanakah Virus zika ini tersebar ?
Kajian terbaru dan membuktikan bahawa penyakit Zika ini boleh disebarkan dengan gigitan nyamuk , dan nyamuk pembawa virus ini dikenali Nyamuk Aedes Aegypti ,yang kita kenali di Malaysia sebagai punca terjadinya demam denggi dan juga denggi berdarah . Dunia kajian perubatan pernah mencatatkan bahawa penularan virus ini juga boleh terjadi melalui dengan hubungan intim oleh pasangan yang dijangkiti  (Negara yang dicatatkan ialah Tahiti) tetapi ianya tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Apakah Gejala Jangkitan virus Zika ini ?
Para pengkaji sains menyatakan , pesakit yang dijangkiti virus zika ini tidaklah terus jatuh sakit , ada ketiak pesakit yang menghadapi penyakit zika ini Cuma mengalami gejala gejala ringan seperti Demam dan ruam , mata menjadi merah dan mengalami kelesuan otot. Ada waktunya gejala penyakit  ini akan hilang dengan sendiri tanpa diketahui bahawa virus itu berada di dalam pembawanya.Untuk pengetahuan masih tiada lagi vaksin untuk melawan virus ini yang pernah dihasilkan.
  

Apakah kecacatan ginetik yang dihasilkan oleh virus zika?
Saya tahu ini yang paling merunsingkan para ibu bapa terutama bagi ibu yang mengandung. Jangkitan virus zika boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandung ini kerana kajian terbaru menunjukkan virus zika yang dihidapi oleh para ibu yang hamil akan menyebabkan berlakunya kematian kepada janin dan juga akan mengakibatkan kecacatan genetic pada bayi yang dikandungkan . Laporan WHO menyatakan ribuan bayi yang dilahirkan di bahagian amerika selatan seperti brazil dan Colombia mencatatkan kelahiran  kecacatan genetic yang tinggi .Selalunya bayi ini dilahirkan dengan ukuran saiz kepala yang lebih kecil dari normal.

Adakah Malaysia berisiko mengalami virus ini?
Dari bahan bacaan dan juga mengikut perkembangan semasa , Negara kita juga berisiko untuk menghadapi bawaan virus ini , ini kerana sepsis nyamuk aedes ini merupakan sepsis yang sama membawa virus ini kepada manusia , Di Negara Jiran kita iaitu Indonesia Dr Ari F Syam menyatakan bahawa virus zika ini pernah dicatatkan muncul di negaraitu , dan beliau menyatakan sejumlah warga Australia yang pernah dijangkiti virus tersebut didapati pernah melawat Negara itupada tahun 1981 dan 2013 ,tetapi apa yang membimbangkan kita penularan wabak ini sedang hebat berlaku di Negara amerika selatan.


Apakah pencegahan yang perlu diambil ?
Seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan Malaysia , mencegah virus zika ini merupakan tanggung jawab bersama yang ianya memerlukan kerjasama erat antara semua lapisan masyarakat.Ini kerana penyebaran virus zika ini boleh kita lakukan dengan membasmi tempat pembiakkan nyamuk Aedes yang juga kita ketahui merupakan salah satu punca terjadinya demam denggi berdarah , lakuakan saranan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan.
Ketahuilah bahawa mencegah itu lebih baik dari menyembuh , kerana apabila menularnya wabak ini ianya merupakan satu pekara yang perlu dipandang serius dari semua pihak
Wallahuaklam..






Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...