Bimillahirahmanirahim
, sukar betul malam nie saya nak lelapkan mata sedangkan esok nak bangun pagi insha
allah, disebabkan mata nie degil tak nak tidur maka datanglah idea saya nak
menaip tentang antara topic yang paling
hangat dibincangkan di media kesihatan ialah tentang penularan wabak virus zika
ini , sudah bersediakah kita sebagai rakyat Malaysia menerima dan juga
memerangi wabak bencana ini.
Sebelum
itu saya nak Tanya diri saya sendiri kenapa pekara ini berlaku dan mengapa
ianya terjadi , pucuk pangkalnya ianya merupakan mesej daripada Allah swt ,ianya memberikan kita peringatan
bahawa kebersihan mencerminkan keperibadian , sebelum ini kita tahu nyamuk
Aedes akan menyebabkan denggi dan juga boleh membawa maut , tetapi kali ini
nyamuk aedes mengupgradekan virus bawaan di dalam badanya dan ianya boleh
menular keseluruh ummat manusia sekarang nyamuk aedes bukan sahaja membawa denggi
tetapi juga membawa Zika.
Sebagai
Negara yang mempunyai nyamuk yang sama jenis dengan amerika latin
kebarangkalian ianya juga mampu menyebarkan virus ini , ini kerana Malaysia mrupakan
Negara yang terletak sebaris dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya menjadi
tempat kegemaran pembiakkan nyamuk ini.
Apakah
yang kita ketahui tentang Virus Zika Ini ?
Untuk
pengetahuan umum virus zika mula ditemui pada darah seekor monyet di Uganda pada tahun
1947. Nama virus ini diambil sempena nama dari hutan Zika iaitu diaman tempat
pertama kalinya virus jenis ini ditemui. Adalah diketahui bahawa virus zika ini
tidak mematikan penghidapnya tetapi akan mengakibatkan kecacat ginetik kepada bayi yang dikandung,
antara lainya virus ini sama muncul seperti gejala demam denggi dan juga demam
kuning atau demam berdarah. Pada tahun 1968 virus ini dicatatkan pertama kali
menyerang manusia dan Negara yang terlibat pada waktu itu ialah Nigeria.
Bagaimanakah
Virus zika ini tersebar ?
Kajian
terbaru dan membuktikan bahawa penyakit Zika ini boleh disebarkan dengan gigitan nyamuk ,
dan nyamuk pembawa virus ini dikenali Nyamuk Aedes Aegypti ,yang kita kenali di
Malaysia sebagai punca terjadinya demam denggi dan juga denggi berdarah . Dunia
kajian perubatan pernah mencatatkan bahawa penularan virus ini juga boleh
terjadi melalui dengan hubungan intim oleh pasangan yang dijangkiti (Negara yang dicatatkan ialah Tahiti) tetapi ianya tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Apakah
Gejala Jangkitan virus Zika ini ?
Para
pengkaji sains menyatakan , pesakit yang dijangkiti virus zika ini tidaklah
terus jatuh sakit , ada ketiak pesakit yang menghadapi penyakit zika ini Cuma mengalami
gejala gejala ringan seperti Demam dan ruam , mata menjadi merah dan mengalami kelesuan
otot. Ada waktunya gejala penyakit ini
akan hilang dengan sendiri tanpa diketahui bahawa virus itu berada di dalam
pembawanya.Untuk pengetahuan masih tiada lagi vaksin untuk melawan virus ini
yang pernah dihasilkan.
Apakah
kecacatan ginetik yang dihasilkan oleh virus zika?
Saya
tahu ini yang paling merunsingkan para ibu bapa terutama bagi ibu yang
mengandung. Jangkitan virus zika boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang
mengandung ini kerana kajian terbaru menunjukkan virus zika yang dihidapi oleh
para ibu yang hamil akan menyebabkan berlakunya kematian kepada janin dan juga
akan mengakibatkan kecacatan genetic pada bayi yang dikandungkan . Laporan WHO
menyatakan ribuan bayi yang dilahirkan di bahagian amerika selatan seperti
brazil dan Colombia mencatatkan kelahiran
kecacatan genetic yang tinggi .Selalunya bayi ini dilahirkan dengan
ukuran saiz kepala yang lebih kecil dari normal.
Adakah
Malaysia berisiko mengalami virus ini?
Dari
bahan bacaan dan juga mengikut perkembangan semasa , Negara kita juga berisiko
untuk menghadapi bawaan virus ini , ini kerana sepsis nyamuk aedes ini
merupakan sepsis yang sama membawa virus ini kepada manusia , Di Negara Jiran
kita iaitu Indonesia Dr Ari F Syam menyatakan bahawa virus zika ini pernah
dicatatkan muncul di negaraitu , dan beliau menyatakan sejumlah warga Australia
yang pernah dijangkiti virus tersebut didapati pernah melawat Negara itupada
tahun 1981 dan 2013 ,tetapi apa yang membimbangkan kita penularan wabak ini
sedang hebat berlaku di Negara amerika selatan.
Apakah
pencegahan yang perlu diambil ?
Seperti
yang disarankan oleh kementerian kesihatan Malaysia , mencegah virus zika ini
merupakan tanggung jawab bersama yang ianya memerlukan kerjasama erat antara
semua lapisan masyarakat.Ini kerana penyebaran virus zika ini boleh kita
lakukan dengan membasmi tempat pembiakkan nyamuk Aedes yang juga kita ketahui
merupakan salah satu punca terjadinya demam denggi berdarah , lakuakan saranan
dan garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan.
Ketahuilah
bahawa mencegah itu lebih baik dari menyembuh , kerana apabila menularnya wabak
ini ianya merupakan satu pekara yang perlu dipandang serius dari semua pihak
Wallahuaklam..
0 Comments:
Post a Comment