Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Tuesday, January 19, 2016

Rawatan Migrain di rumah


Bismillahirahmanirahim , untuk sharing bagi entry kali ini saya nak kongsikan sedikit tentang tips dan juga info apa yang boleh kita lakukan apabila migrain menyerang pada bahagian kepala kita 

Migraine 
Migrain adalah rasa nyeri pada bahagian kepala, rasa berdenyut yang kerapkali disertai mual serta muntah dan  ada ketika individu tersebut biasanya sensitif terhadap cahaya, suara, bahkan bau-bauan. Migrain selalunya menyerang pada sisi kepala saja, kadang-kadang berpindah ke sisi sebelahnya, tetapi ada waktu dan ketika ia menyerangi kedua sisi kepala sekaligus.

Sakit kepala disebabkan Migrain kadang kala agak sulit untuk dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat daripada gangguan pada sinus atau akibat ketegangan bahagian otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan migrain.


Ada berapa jenis migrain?

Migrain terbahagi dalam dua bahagian yang biasa berlaku iaitu :

1.      Migrain Biasa (migrain tanpa aura) :


Kebanyakan pesakit migrain yang tergolong dalam masalah jenis ini biasanya akan mengalami rasa
·         nyeri di bahagian kepala,
·         berdenyut di salah satu sisi dengan kekerapan  yang mengakibatkan kepala rasa berat dan semakin teruk waktu ketika melakukan pergerakan yang aktif seperti menggelengkan kepala.
·         Migrain jenis  ini juga disertai mual, muntah, sensitif terhadap cahaya, suara, dan bau.
·         Selalunya migraine jenis ini akan sembuh dalam 4 sampai 72 jam, walaupun tidak diberikan apa apa ubat.

2.      Migrain Klasik (migrain dengan aura ) :
Contoh Gambaran Aura yang terjadi pada permulaan migraine

Pada jenis  migraine ini  biasanya didahului oleh suatu gejala yang dinamakan aura, yang terjadi dalam 30 menit sebelum timbul migrain sebenar , kebanyakan Migrain klasik merupakan 30% dari semua punca  migrain.

Apakah punca terjadinya migrain?
Masalah dan juga punca penyebab migrain masih belum begitu jelas dan nyata . Dalam kajian ianya menyatakann, adanya berlaku pencetusan hyperaktif pada bahagian impuls iaitu caj elektrik di bahagian  otak yang akan  meningkatkan aliran darah di otak, kesan daripada peningkatan aktiviti di bahagian otak ini menyebabkan  terjadi pelebaran pembuluh darah dan mengakibatkan Proses inflamasi. Pelebaran pembuluh darah ini dan inflamasi akan menyebabkan timbulnya nyeri dan gejala yang lain, seperti rasa mual. Semakin kuat dan besar  inflamasi yang terjadi, semakin teruk dan kuat migrain yang dihadapi. Kajian juga diketahui bahwa faktor genetik memainkan peranan terhadap timbulnya masalah migraine  ini.




Tanda dan gejala migrain?

Gejala Awal
Ianya berbeza kepad setiap individu selalunya Satu atau dua hari sebelum timbul masalah migrain, pesakit  biasanya mengalami gejala awal seperti rasa lemah, mengantuk dan kuat menguap, emosi mudah berubah seperti cepat sedih dan tersinggung serta gelisah.


Aura
Kesan Aura hanya didapati pada migrain klasik. Biasanya ianya terjadi dalam 30Min sebelum timbulnya migrain. Selalunya pesakit melihat Aura dalam berbentuk gangguan penglihatan seperti melihat garis yang bergelombang, cahaya terang, bintik gelap, atau tidak dapat melihat benda dengan jelas. Antara gejala aura yang lain iaitu rasa geli atau rasa kesemutan dan kebas kebas di tangan. Ada yang teruk sehingga pesakit tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan baik, kerana merasa kebas di wajah atau merasa lemah pada satu sisi tubuhnya, atau merasa bingung serta blank.

Sakit kepala dan gejala yang hadir
Pesakit kerap merasakan nyeri berdenyut pada satu sisi kepala, sering terasa seperti ada tekanan dibelakang mata. Nyeri dapat berpindah pada sisi sebelahnya pada serangan berikutnya, atau mengenai kedua belah sisi. Rasa nyeri selalunya berselang rasa berat pada bahagian kepala.

Gejala permulaan yang sering berlaku antara lainya :
·         Sensitive berlebihan terhadap Cahaya, suara, dan bau
·         Mual dan muntah
·         Kepala terasa semakin berat
·         Sakit kepala biasanya hilang dengan sendiri dalam 4jam sehingga 72 jam.

Gejala Akhir
Setelah nyeri kepala sembuh, Pesakit akan merasa nyeri pada otot dibahagian muka , leher dan kepala.

Punca tercetusnya migrain?
Migrain dapat terjadi daripada jenis Bau, Cahaya , makanan, stress, dan perubahan aktiviti rutin harian, walaupun tidak jelas bagaimana dan mengapa hal tersebut dapat menyebabkan migrain.tetapi kajian menunujukkan ada nya ransangan datang daripada

·         Pengambilan makanan tertentu seperti coklat, MSG, dan kopi
·         Tidur berlebihan atau kurang tidur
·         Tidak makan
·         Perubahan cuaca atau tekanan udara
·         Stres atau tekanan emosi
·         Bau yang sangat menyengat atau asap rokok ,bau petrol , bau asap kenderaan , bau Gas Memasak dan Bau wangian yang kuat
·         Sinar yang sangat terang atau pantulan sinar matahari.

Migrain Mudah menyerang lelaki atau perempuan?
Kajian menunjukkan Wanita dua  tiga kali lebih mudah mendapat migrain berbanding lelaki. Migrain paling kerap menyerang kepada orang dewasa (umur antara 20 sampai 50 tahun), tetapi seiring bertambahnya umur, tingkat keparahan dan keseriusan semakin menurun. Migrain biasanya kerap berlaku di usia awal remaja. Ada ketika  Kanak kanak kecil juga boleh  mendapat migraine.

  

Apa  cara rawatan yang boleh anda lakukan di rumah?

Ada beberapa tips dan  cara yang dapat anda lakukan di rumah untuk mengurangi frekuensi serangan dan mengurangi gejala migraine antaranya kurangkan dan atasi masalah stres dan mengenali pencetus migrain, kemudian cuba untuk menghindarinya.

Atasi  masalah Migrain yang anda alami dengan cara iaitu :
1.      Lakukan senaman relaxation seperti senaman rengangan dan  juga senaman pernafasan
2.      Buatlah catatan harian mengenai sakit kepala anda dengan merekod didalam buku , kaji kekerapan yang berlaku.
3.      Jika anda melihat bahawa migrain yang anda alami mempunyai hubungan dengan depresi  atau stress atasinya dengan mendapatkan rawatan


Bagaimana caranya untuk merawat dan mencegah migrain?

Cara terbaik untuk mengatasi migrain adalah dengan menghindarinya atau dalam erti kata lain menjahuinya. Dengan mengenali dan memahami apakah punca bermulanya masalah migraine ini maka jumlah serangan dan keparahan migrain dapat dikurangkan.
Memang di akui , beberapa pencetus atau punca ini di luar kemampuan kita untuk mengawalnya, tetapi ada beberapa cara dan tips diantaranya yang dapat kita hindari seperti berikut:

·         Mengenali dan mencatat punca tercetusnya migrain dengan membuat buku harian
Seperti migraine kerap menyerang apabila melakukan riadah yang berat seperti selepas bersukan.
·         Tidur yang optimum dan cukup secara teratur
·         Makan  diet yang seimbang dan elakkan makanan yang dapat mencetuskan migraine
·         Mengatasi stress  dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti mengisi masa lapang dengan hobi.
·         Menghindari asap rokok, baik sebagai perokok aktif maupun pasif
·         Apabila Migrain terjadi balutkan kepala dengan tuala basah yang direndam dengan air sejuk dan baring di bilik yang gelap.
·         Satu kajian dilakukan warna hijau seperti warna pokok dan juga hutan (wall paper atau lihat pokok hijau) mampu mengurangkan sakit migraine terutama ketika aura itu berlaku.
·         Gunakan Triger point untuk mengatasi masalah
·         Pengambilan ubat yang disarankan oleh pakar

Secara amnya Migrain merupakan masalah misteri yang sukar untuk diterjemahkan kerana ianya boleh terjadi pada bila masa apabila ianya diransangkan oleh pekara yang saya sebutkan di atas tadi , oleh itu memahami dan mengkaji punca ini lebih mudah ,kerana selalunya apa bila kita Berjaya mengenal pasti punca pemangkin migraine maka untuk atasinya akan jadi lebih effectif. Wallahuaklam..


0 Comments:

Another Blogers