Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Friday, January 8, 2016

Physiotherapy dan Accupressure untuk Sakit belakang/ sciatica


Bismillahirahmanirahim pada entry kali ini saya ingin kongsikan satu lagi alternative rawatan sciatica yang biasa digunakan oleh saya di dalam merawat keadaan pesakit saya .
Rawatan acupressure banyak di praktiskan di Negara barat tetapi adalah merasakan rugi jika teknik DIY ini tidak dapat saya kongsikan pada pembaca sekalian.
Disini saya sertakan gambarajah agar ianya mudah difahami , dan tak salah untuk kita mencuba kerana ianya tidaklah membahayakan kesihatan dan ia boleh membantu anda mengurangkan sakit sciatica ini.
Bagi pembaca yang baru banyak pekara tentang sciatica ini saya jelaskan di dalam awal blog saya dan anda boleh membaca dan juga memahami apakah punca masalah ini dan alternative rawatan tanpa mengambil ubat.

 Teruskan membaca dan saya akan berkongsi bagaimana saya telah menggunakan  cara ini di dalam membantu pesakit mengurangkan kesakitan dan membantu mereka beransur ansur pulih.
Perhatikan Titik di dalam gambarajah ini , Gunakan siku atau ibu jari dan tekan kearah bahagian yang ditandai seperti di dalam gambar ini ,Untuk hasil yang terbaik tekan ke bawah dan masuk secara beransur-ansur, ke arah pusat pelvis anda, dan berpegang teguh selama beberapa minit, kemudian lepaskan secara beransur-ansur. Kebanyakanya  ramai pesakit  mengalami sakit yang mendalam dalam bahagian pelvis dan belakang ini apabila ditekan.
Lokasi titik Acupressure ini  untuk B 48 dan GB 30  adalah satu hingga dua lebar jari di luar kawasan bertulang besar di pangkal tulang belakang (sakrum) dan pertengahan antara bahagian atas tulang pinggul (iliac crest) dan pangkal punggung.



Saya tidak dapat melupakan seorang pesakit saya  yang datang ke department physio mengalami kesakitan sciatica melebihi 2 minggu dan hampir berputus asa dengan ubat ubatan . Dia memberitahu saya bahawa dia mempunyai sakit belakang sehingga melarat ke kaki , dan dia memberitahu  bahawa dia tidak boleh duduk di kerusi; dia terpaksa berbaring. Pada waktu rawatan, apabila dia menerima rawatan ini Tekanan di bahagian yang sakit ini saya lakuakan dan dengan izin Allah di bahagian belakang,dan kaki pesakit dapat merasa lega dalam hanya 10 minit dan mampu meluruskan kaki .

Bagi mereka yang ingin lakukan di rumah anda hanya perlu mencari bola tennis atau sesuatu object yang agak padat letakkan di bahagian titik acupressure itu dan secara perlahan lahan tekan atau baringkan badan anda sehingga terasa sakit apabila ditekan dan biarkan kesakitan itu secara perlahan lahan hilang.

Insha Allah ianya merupakan satu teknik rawatan yang boleh dicuba ,dan selalunya kesabaran adalah memainkan peranan yang penting didalam merawat masalah ini , selain titik Acupressure ini , lakukan juga senaman sciatica ,dan hasilnya ia mampu membantu anda di dalam mengatasi masalah ini.


Wallahuaklam..

Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...