Bismillahirahmanirahim pada entry kali ini saya ingin kongsikan
satu lagi alternative rawatan sciatica yang biasa digunakan oleh saya di dalam
merawat keadaan pesakit saya .
Rawatan acupressure banyak di praktiskan di
Negara barat tetapi adalah merasakan rugi jika teknik DIY ini tidak dapat saya
kongsikan pada pembaca sekalian.
Disini saya sertakan gambarajah agar ianya
mudah difahami , dan tak salah untuk kita mencuba kerana ianya tidaklah
membahayakan kesihatan dan ia boleh membantu anda mengurangkan sakit sciatica
ini.
Bagi pembaca yang baru banyak pekara
tentang sciatica ini saya jelaskan di dalam awal blog saya dan anda boleh membaca
dan juga memahami apakah punca masalah ini dan alternative rawatan tanpa
mengambil ubat.
Teruskan
membaca dan saya akan berkongsi bagaimana saya telah menggunakan cara ini di dalam membantu pesakit
mengurangkan kesakitan dan membantu mereka beransur ansur pulih.
Perhatikan Titik di dalam gambarajah ini ,
Gunakan siku atau ibu jari dan tekan kearah bahagian yang ditandai seperti di
dalam gambar ini ,Untuk hasil yang terbaik tekan ke bawah dan masuk secara
beransur-ansur, ke arah pusat pelvis anda, dan berpegang teguh selama beberapa
minit, kemudian lepaskan secara beransur-ansur. Kebanyakanya ramai pesakit mengalami sakit yang mendalam dalam bahagian
pelvis dan belakang ini apabila ditekan.
Lokasi titik Acupressure ini untuk B 48 dan GB 30 adalah satu hingga dua lebar jari
di luar kawasan bertulang besar di pangkal tulang belakang (sakrum) dan
pertengahan antara bahagian atas tulang pinggul (iliac crest) dan pangkal
punggung.
Saya tidak dapat melupakan seorang pesakit
saya yang datang ke department physio
mengalami kesakitan sciatica melebihi 2 minggu dan hampir berputus asa dengan
ubat ubatan . Dia memberitahu saya bahawa dia mempunyai sakit belakang sehingga
melarat ke kaki , dan dia memberitahu bahawa dia tidak boleh duduk di kerusi; dia
terpaksa berbaring. Pada waktu rawatan, apabila dia menerima rawatan ini Tekanan di bahagian yang sakit ini saya
lakuakan dan dengan izin Allah di bahagian belakang,dan kaki pesakit dapat
merasa lega dalam hanya 10 minit dan mampu meluruskan kaki .
Bagi mereka yang ingin lakukan di rumah
anda hanya perlu mencari bola tennis atau sesuatu object yang agak padat
letakkan di bahagian titik acupressure itu dan secara perlahan lahan tekan atau
baringkan badan anda sehingga terasa sakit apabila ditekan dan biarkan
kesakitan itu secara perlahan lahan hilang.
Insha Allah ianya merupakan satu teknik
rawatan yang boleh dicuba ,dan selalunya kesabaran adalah memainkan peranan
yang penting didalam merawat masalah ini , selain titik Acupressure ini ,
lakukan juga senaman sciatica ,dan hasilnya ia mampu membantu anda di dalam
mengatasi masalah ini.
Wallahuaklam..
0 Comments:
Post a Comment