Senaman DIY
Bismillahirahmanirahim , alhamdulillah hari nie rasa lapang sikit kepala kerana banyak bahagian dan tugasan yang telah diizinkan Allah untuk disiapkan , boleh katakan bulan 3 hari tue adalah bulan yang paling mencabar saya , kerana banyak tugasan tugasan luar seperti memberi ceramah di bahagian sektor sektor kilang , melakukan seminar workshop dan juga penyediaan dokumentasi bagi akreditasi hospital berjaya saya habiskan dengan sehabis baik.Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit info secara ringkas kenapa senaman ini merupakan salah satu pekara yang sangat baik untuk badan kita.
Tahukah anda tubuh badan manusia ini Allah ciptakan untuk ianya bergerak dan juga untuk digerakkan , cuba kita baring dan tidur sahaja dalam lebih dari satu hari apakah tubuh badan kita akan rasa , yang pertama sekali ialah kita akan rasa lesu , kepala rasa bengang dan juga semakin malas.
senaman terbahagi banyak cara dan juga banyak kaedah apa yang paling penting untuk kita faham ialah bagaimanakah melakukanya tanpa mencederakan tubuh badan kita.
Musim sekarang semuanya berada di hujung jari , jika kita tanya pada cikgu google pelbagai jawapan dan juga pandangan akan diberikan , tetapi sebagai physiotherapist saya akan terangkan dari sudut fisiologi atau dalam erti kata lain sudut dalaman. Banyak pendapat mengatakan jika kita buat kerja di pejabat pun ianya merupakan satu senaman , dan ini akan menyebabkan mereka meletakan itu sebagai satu alasan .faktor penat dan juga ketiadaan masa mengakibatkan kita semakin jauh dengan fitrah manusia , banyak pesakit saya membandingkan kenapa datuk nenek moyang kita dulu kuat dan sihat jarang sangat dapat sakit , jika kita lihat pada zaman dahulu semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat bagi mencari rezeki , mereka tidur di awal waktu , makan mengikut ala kadar , bangun di awal pagi ,berjalan kaki untuk sampai ke suatu destinasi , makan makanan yang ditanam dan diternak sendiri , adakah kita lihat dari segi sudut kesihatan , kehidupan mereka pada waktu itu amat optimum dari segi penggunaan fizikal .
pada masa kini kehidupan kita semakin maju dan menuju ke arah pemodenan yang mana membuatkan segalanya menjadi mudah , dari segi cara kehidupan kita semakin kurang menggunakan kekuatan semula jadi tubuh badan kita , kerap tidur lewat disebabkan penggunaan smartphone , melakukan tugasan di komputer dengan masa yang agak panjang , malas untuk berjalan kaki menuju ke arah yang tidak sampai 50 meter kadang kadang ,kerap menggunakan motor atau kereta , makan makanan fast food dan juga bahan makanan kita sekarang terlalu banyak bahan bahan kimia digunakan .Tidak hairanlah kalau badan manusia sekarang semakin lemah dan mudah terdedah kepada penyakit penyakit .
Senaman adalah merupakan salah satu cara dimana kita menyeimbangkan keperluan tubuh badan kita ini , selalunya saya kerap menasihati pesakit pesakit saya bahawa senaman adalah pekara yang amat mudah dan boeh dilakukan pada bila bila masa tanpa perlu ke gym dan juga ke padang , apa yang perlu ialah kita memahami konsep senaman itu .
Contoh contoh senaman DIY yang boleh kita buat .
1. Bagi mereka yang bekerja di pejabat , biasakan diri anda melakukan senaman yang paling ringkas iaitu menggunakan tangga , sebagai contoh jika kita hendak ke tingkat 3 atau 4 kita naiki tangga ke tingkat satu dan baru menggunakan lift , jika stamina semakin bertambah dan ianya menjadi semakin mudah lakukan ia kerap dan tingkatkan aras dakian tangga itu ke tingkat yang di tuju.
2. Bagi mereka yang menggunakan komputer , semua aktiviti kerja dilakukan dengan 8 jam , bayangkan tubuh badan anda terpaksa mengulangi posisi yang sama setiap hari , mesti ianya akan mula menimbulkan masalah , oleh itu saya galakkan setiap 2 jam , berhenti dan lakukan senaman renggangan dan bangun dari kerusi anda pergi berjalan ke tandas atau ke mana destinasi yang dekat supaya ianya membantu melancarkan perjalanan darah.
3.Bagi mereka yang beragama islam , sebab itu solat merupakan salah satu senaman yang kita tidak ketahui kelebihanya , jika para pengkaji barat melakukan kajian tentang gerakan di dalam solat , saya akan terangkan secara kefahaman saya dalam bahagian fisioterapi , tubuh badan kita Allah ciptakan banyak dan pelbagai sendi , tetapi dengan melakukan solat 5x sehari sendi sendi kita dari leher, belakang , peha, pergelangan tangan dan kaki , jari jemari ianya semua digerak dan direnggangkan di dalam solat.secara tidak lansung kartilage atau pelincir bahagian sendi kita akan mendapat nutrisi secara semula jadi , sebab itu jarang bagi orang yang solat mendapat masalah radang sendi ini.
4.banyakkan berjalan , tahukah anda dengan banyakkan berjalan secara tidak lansung anda memberikan jantung anda melakukan aktiviti kekuatan yang tersendiri , sebab itu kajian perubatan menunjukkan berjalan dengan 1000 langkah mampu mengurangkan risiko mendapat serangan jantung , bagi mereka yang mempunyai masalah lutut untuk berjoging , jalan merupakan alternatif yang paling effisien .
5.Hujung minggu lakukan riadah yang ringan , seperti membasuh kereta , melakukan aktiviti luar seperti membersihkan halaman rumah dan juga membersihkan rumah secara tidak lansung kita memberikan sedikit kelebihan tubuh badan kita berpeluh yang secara baiknya ianya mampu menyingkirkan toksin di dalam badan kita.
Itu adalah serba sedikit info berkaitan bagaimana kita boleh melakukan perubahan kepada tubuh badan kita sendiri , jika kita tidak mulakan sekarang kerugian yang akan menantikan kita , dengan senaman yang dilakukan secara semula jadi kita membantu sel sel tisu di badan kita menjadi muda dan kembali kuat , banyak kelebihan dari keburukan yang boleh kita dapat hasil dari melakukan senaman DIY ini. wallahuaklam..

0 Comments:
Post a Comment