Tips atasi mata Sembab / Eye Bag
Siapa sangka kentang
boleh kita gunakan dalam merawat masalah eyebag ini , cadangan saya ialah Potong kentang mentah yang telah kita sejukkan di dalam peti sejuk kepada dua bahagian dengan nipis dalam bentuk
bulatan kemudian di letakkan di atas mata anda supaya ia juga meliputi bahagian
bawah mata anda dan biarkan ia seperti itu selama 15-20 minit. Anda akan
melihat perubahan besar dalam beberapa minit
dimana eyebag mereka akan berkurangan
dalam saiz dan juga mengecil.
4.
Penggunaan Timun:
Bismillahirahmanirahim , Pagi tadi
di hospital berborak dengan satu staff di lift , saya tegur kenapa mata Nampak bengkak atau dalam erti kata lain Eyebag , dia
ceritakan kepada saya tak cukup tidur becozz banyak sangat main handphone
sebelum tidur , dia Tanya kepada saya ada tak cara cara nak kurangkan mata
sembab ni , saya kata kalau dia nak tahu dia boleh baca di blog saya.
Sebelum saya kongsikan cara
mengatasi masalah eye bag nie , mari kita faham apakah punca terjadinya eyebag
atau mata sembab ini
1. Antara satu faktor yang terjadi adalah belakunya
perubahan cecair di dalam tubuh badan
dimana badan kita kehilangan air disebabkan oleh perubahan cuaca (contohnya,
panas, hari lembap), perubahan tahap
hormon atau makan makanan yang masin serta pengambilan Kafein yang tinggi juga
boleh menjadi punca masalah ini.
2.
Ini merupakan habit orang sekarang iaitu tidak
mendapat tidur yang cukup serta penggunaan telefon pintar dan mengadap computer
dalam masa yang terlalu lama.
3.
Terjadinya Alahan atau dermatitis, terutamanya
jika keadaan bengkak disertai dengan kemerahan dan gatal-gatal boleh berlaku
sekitar badan dan juga bahagian mata
4.
Perkara yang tak dapat dielakkan iaitu Keturunan
, jika keluarga mempunyai masalah ini , tiada apa yang boleh kita lakukan Cuma mencegah
supaya ianya tidak Nampak terlalu
ketara.
Disini saya kongsikan cara cara
mengatasi masalah eyebag ini dengan cara yang semula jadi , atau dalam bahasa
mudah ialah menggunakan petua moden dan juga lama.
1.Penggunaan kentang:
2. Penggunaan Susu:
Tahukah anda susu segar sejuk juga
amat berkesan didalam membantu mengurangkan masalah eyebag ini , caranya ialah
rendamkan pad kapas dalam susu sejuk dan letakkan di atas kelopak mata anda dan
berehat selama 20-30 minit. Kelebihan penggunaan
susu segar ini uga membantu mata anda dalam menganjalkan kulit serta berfungsi
sebagai agen penyejukkan pada bahagian mata.
3. Penggunaan Minyak Vitamin E:
Cara ini sedikit rumit tetapi
ianya juga amat membantu didalam mengurangkan mata bengkak , caranya Ambil air
sejuk dan diletakkan di dalam mangkuk
dan titiskan beberapa titik minyak vitamin E .Rendamkan pad kapas dalam campuran ini satu malam di
peti sejuk dan kapas itu di letakkan di atas mata selama 20 minit, ini juga
membantu dalam mengurangkan bengkak di sekeliling mata.
Ini merupakan cara lama dan masih
lagi relevan untuk digunakan ,Timun adalah ubat semulajadi yang hebat untuk
menghapuskan keadaan bengkak mata di bawah. Ambil 2 keping timun sejuk segar dan diletakkan di atas mata
anda selama 25 minit. Bersantailah dengan hirisan yang segar dan sejuk ini ke atas mata, ia akan membantu menyegarkan
fikiran anda dan juga mata, dan sifat-sifat semula jadi anti-radang dari pada timun secara semula jadi akan membantu
mengurangkan tisu bengkak.
5.
Penggunaan Uncang teh Sejuk:
Jika anda penggemar teh Uncang
minuman teh yang digunakan jangan dibuang
, ini kerana ianya amat bermanfaat dalam mengatasi mata bengkak ini. Caranya
ialah Lembapkan dua beg teh dalam air sejuk. Kemudian meletakkan mereka ke atas
mata anda selama 25-30 minit. Bersantailah dan berehat dengan uncang teh sejuk
di atas mata anda. Selesai itu cuci mata dan muka dengan air sejuk, dan
mengeringkan kulit anda dengan sempurna. Anda akan merasa tenang rileks dan
eyebag anda akan hilang.
6.
Penggunaan sudu dan air ais:
keadaan bengkak mata boleh
dikurangkan dengan bantuan segelas air ais dan 4 sudu besi. Caranya sudu di
dalam air dan kemudian letakkan satu dari setiap mata. Lakukan berulang kali
sehingga bengkak di bahagian mata itu surut.
7.
Penggunaan Putih telur:
Menggunakan putih telur juga membantu Cuma bau hanyir yang kurang
menyenangkan , cara untuk membantu mengurangkan bengkak dan juga menganjalkan
kulit ialah sapukan putih telur itu dibahagian eyebag dan biarkan ia selama 20
minit , hasil nya ia menjadikan kawasan
di sekitar dan di bawah mata berasa lebih ketat dan kelihatan kurang bengkak
ianya dipanggil natural stretching.Kemudian muka anda dengan dibasuh dengan air
sejuk anda akan merasa kawasan itu menjadi ringan dan tegang.
8. Hidrasi kan badan anda:
Minum air sebanyak mungkin. Nampak
mudah tetapi sukar diamalkan. Jadi minum segelas air setiap kali anda melihat
mata anda mula droopy atau jatuh dalam bentuk kantung . Ini kerana kajian menunjukkan mata eyebag
juga berpunca dari kekurangan air dalam badan.
Jika di lihat banyak lagi cara
yang boleh diamalkan dan diguna pakai, tetapi apa yang saya ingin kongsikan
ialah cara yang amat mudah, murah serta menjimatkan untuk kita lakukan dimana semua benda yang saya
nyatakan itu amat mudah dijumpai dan diguna pakai dalam kehidupan seharian
kita. Wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment