Bismillahirahmanirahim ,Sibuk sungguh saya pada bulan 4 ini
, manakan tidak terlalu padat jadual kerja saya sehingga nak update kan blog
pun rasa terlalu cetek waktunya , Alhamdulillah hari nie saya nak share kan sedikit tentang
masalah yang biasa berlaku kepada kita semua dan adakalanya ianya menimbulkan
rasa kebimbangan , Entry saya hari ini nak ceritakan serba sedikit tentang
masalah kejang pada kaki (atau simpul Biawak) dalam kata orang tua kita la.
Apakah itu kekejangan Otot ?
Untuk pengetahuan umum masalah Kekejangan otot boleh berlaku kerana akibat pengecutan otot yang
tidak terkawal dan teratur yang secara seterusnya menyebabkan ia tidak dapat
berehat secara normal. Selalunya Dalam keadaan normal tanpa ada apa apa
aktiviti ,keadaan otot akan mengecut dan berehat secara sekata dan juga
konsistant tetapi apabila
berlakunya indakan otot yang mengecut
secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan pada otot yang terlibat.
Berapakah Tempoh kejang otot ini terjadi ?
Ianya berlaku pada perbezaan masa bergantung kepada keadaan
otot individu itu sendiri, selalunya
Sesetengah orang
akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit
tetapi ada juga individu yang
mengalaminya dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih dari 5 ke 7 minit.
Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan
yang perlu diperhalusi dengan mendapatkan pandangan daripada DR.
Apakah Faktor faktor tentang kekejangan otot ini ?
Secara umumnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya kekejangan otot. Antaranya yang biasa berlaku adalah disebabkan oleh
·
komplikasi kecederaan lama akibat tidak melakukan warm up atau pemanasan badan
sebelum bersukan juga cool down selepas bersukan,
·
melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang
lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau
elektrolit pada tubuh badan manusia.
·
Kehamilan dan juga berlakunya perubahan hormone bagi
tubuh badan
·
Tekanan perasaan dan juga stress
·
Pemakanan yang tidak seimbang dengan pengambilan
gula dan juga lemak yang tinggi seperti pengambilan air bikarbonat dan makanan
segera.
Apakah tanda kejang Otot ?
Selalunya kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda
mula berasa sakit di kawasan otot terlibat dan apabila ia menegang, mengeras
seterusnya akan mula berasa sakit apabila disentuh serta pergerakan menjadi
terbatas selalunya individu yang mengalami masalah ini disarankan agar berehat
daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut
reda.
Apakah Cara yang mudah untuk mengatasi masalah kekejangan
otot ini ?
Kebiasaanya apabila pesakit datang berjumpa dengan saya dan
menceritakan masalah ini saya akan menyarankan mereka melakukan diet makanan
yang seimbang dengan digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti
nasi dan roti bagi membekalkan tenaga pada tubuh badan kita. Manakala
pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan
zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot sebagai contoh
yang mudah buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta meminum
air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot jika
anda mula melakukan apa apa jua aktiviti
sukan.jika
kita lihat Roger federar dan juga Andy Murray pernah makan
pisang ketika bertanding didalam perlawanan tenis , ini kerana Potasium yang
ada dalam pisang amat cepat diserap dalam badan dan risiko untuk atlet ini
mendapat kekejangan otot amat minimal.
Selain menitikberatkan pemakanan, saya juga menyarankan agar pesakit untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan
pada otot yang bermasalah. Apa yang paling penting untuk pembaca semua tahu
ialah pentingnya Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini kerana
ianya dapat membantu mengatasi kekejangan otot dan juga mengelakkan kecederaan
yang lain kerana Ia penting dalam memberitahu kepada otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima
tindak balas berkenaan kesan dari impact aktiviti sukan yang kita lakukan.
Oleh itu secara mudah dan juga berkesan bagi mereka yang
kerap kena kejang kaki ketika tidur ini ,Lakukan petua yang amat mudah ini iaitu sapukan minyak
panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Selain
daripada itu jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu
dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan.
Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan
urutan secara perlahan di bahagian calf
atau betis kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah. Wallahuaklam.
Jika berlaku waktu malam , cari kain selimut luruskan kaki dan letakkan kain dihujung kaki dengan menarik kearah anda inshallah kejang itu akan berhenti. |
0 Comments:
Post a Comment