Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Sunday, April 17, 2016

Bahaya Rintangan Antibiotik



Bismillahirahmanirahim , Dugaan sungguh di bulan April ini dengan cuaca Malaysia yang panas dan Allah SWT duga dengan  saya pula kena keracunan makanan, apa pun mindset saya ialah itu semua merupakan cabaran yang boleh kita hadapi , semalam saya ke klinik dan sempat la juga berborak dengan Dr yang bertugas , semakin lama semakin panjang pulak borak saya dengan Dr terutama apabila dia tahu saya juga merupakan orang yang bertugas di hospital , Dr tue pun menceritakan lah tentang terlalu banyak info yang boleh merbahayakan pesakit apabila pesakit cuba mendiagnosiskan sendiri penyakit mereka dan juga mengambil antibiotic tanpa saranan dr yang bertauliah , mereka lebih percaya kepada Dr GOOOOOOOGLE , apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang info yang saya dapat dari Dr itu.
Sejarah perubatan lalu membuktikan bahawa kesihatan penduduk dunia sangat terancam sebelum penemuan penicillin ( Sejenis Antibiotik) .Jika kita hidup di zaman dahulu luka hirisan pisau jika dijangkiti  walau hanya sedikit jangkitan bakteria ianya boleh menyebabkan kematian. Perubatan dan sains membuktikan dengan adanya antibiotik banyak nyawa dapat diselamatkan dan keburukanya pula penjagaan kesihatan kelihatan begitu mudah sehingga ianya digunakan dengan berlebihan tanpa kawalan sampai menyebabkan rintangan antibiotic berlaku pada tubuh badan manusia itu sendiri.

Apa yang ingin  saya nyatakan di sini apabila rintangan antibiotik berlaku terhadap tubuh badan manusia, antibiotic itu akan gagal untuk bekerja, kesan buruk yang terjadi akan mengakibatkan penyakit akan bertahan lama dan tidak mudah sembuh, lebih banyak lawatan ke hospital atau tempoh tinggal di hospital dilanjutkan dan keperluan untuk ubat-ubatan yang lebih mahal dan menjadi semakin toksik kepada badan .Apa yang semakin teruk  sesetengah jangkitan yang mempunyai rintangan antibiotik boleh menyebabkan kematian kepada pesakit..

Apakah Itu Rintangan Antibiotic ?
Untuk pengetahuan Umum  Rintangan antibiotik (Antibiotic resistance)  terjadi apabila  keupayaan sesuatu mikroorganisma atau bakteria untuk menahan kesan antibiotic , bacteria atau kuman ini bermutasi dalam tempoh yang singkat bagi meningkaktkan keupayaan pertahanan mereka terhadap jenis dadah tertentu atau ubat tertentu yang mengakibatkan kuman ini semakin kebal dan sukar dihapuskan.

Untuk pengetahuan semua tahukah anda  selesema (cold & flu) atau nama mudah dikenali sekarang influenza disebabkan oleh virus?
·                     Antibiotik hanya mampu membunuh/melawan bakteria sahaja,bukan virus.
·                     Mengambil antibiotik apabila anda mempunyai virus lebih berbahaya pada kesihatan daripada baik kerana mengambil antibiotik bila tidak diperlukan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan kemudian yang menentang rawatan antibiotik ( Antibiotic resistance).

Apa yang diberitahu oleh Dr itu Jika Anda Mengidap Selsema (cold & flu) Antibiotik Tidak Berfungsi Untuk Anda!  Ini kerana  Antibiotik hanya membunuh bakteria, bukan penyakit yang disebabkan oleh virus seperti Selesema (cold & flu) dan influenza  

Dia memberitahu kepada saya bahawa mengambil antibiotik untuk jangkitan virus, seperti batuk, selesema atau bronkitis, tidak akan: mampu untuk menyembuhkan jangkitan
Memastikan individu lain dari menjangkiti penyakit anda dan Membantu anda berasa lebih sihat, ini kerana telah saya terangkan di bahagian atas tadi.


Kenapa Mengambil Antibiotik Boleh Membawa Kemudaratan jika tanpa kawalan?


Saya difahamkan ada Sesetengah individu, mungkin mengalami masalah kesan sampingan seperti  cirit-birit daripada penggunaan antibiotik, sakit di bahagian yang berlainan badan dan pada wanita ia boleh meningkatkan risiko jangkitan yis pada bahagian sulit. Jika ini berlaku sudah tentu terdapat kebimbangan tentang kesan berbahaya dari pengambilan berlebihan antibiotik dan rintangan antibiotik (Antibiotic resistance) terhadap kesihatan tubuh badan manusia itu.

Makna Rintangan Antibiotik kepada Anda yang perlu anda faham.

1) Membunuh bakteria yang salah. 
Allah menciptakan pelbagai jenis bakteria di dalam tubuh badan manusia yang mempunyai tugas tugas tertentu ,banyak jenis bakteria hidup di atas & dalam badan yang tidak menjejaskan kesihatan anda malah berfungsi baik seperti membantu proses penghadaman.sebagai contoh yang mudah  Apabila antibiotik diberikan untuk selesema, virus tidak akan dibunuh - tetapi sebahagian dari bakteria ini akan terbunuh & sebahagian lagi akan belajar bagaimana untuk memerangi dan membuat antibiotic menjadi tidak berkesan apabila berkali-kali terdedah kepada antibiotic, terutama jika ianya melibatkan bakteria jahat seperti bakteria Strepthococus yang akan kebal pada antibiotic ini

2) Berjangkit Kepada individu yang lain
Bagi individu yang bertugas di hospital  sebagai contoh Jika anda mendapat jangkitan bakteria yang telah mempunyai rintangan antibiotik (antibiotic-resistant strain) dari individu lain, anda juga akan mempunyai jangkitan yang tidak boleh bertindak balas kepada antibiotik. Tanpa antibiotik yang kuat untuk memusnahkan bakteria ini, kesihatan anda mempunyai risiko yang serius - dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.(peringatan buat individu yang mempunyai anak anak kecil )

3) Peningkatan kos perubatan yang ditanggung.
Ini dinyatakan sendiri oleh pakar perubatan di tempat saya bekerja ,apabila individu itu sakit kerana jangkitan bakteria dan antibiotik standard pertama (standard first line of defense antibiotics) yang biasanya murah tidak berkesan,  maka doktor anda akan beralih kepada antibiotik line kedua dan seterusnya ketiga. Ini lebih mahal, ada yang sehingga 100 kali lebih mahal berbanding antibiotik standard pertama, terutama pesakit yang mempunyai masalah jangkitan yang tinggi seperti di ICU dan juga pesakit yang terlalu kerap diberi antibiotic.

4) Kekurangan antibiotik yang Dihasilkan.
Apa yang paling ditakuti di dunia perubatan ialah .Walaupun kita mempunyai pelbagai jenis antibiotik berbanding dengan 50 tahun yang lalu, kita tidak membangunkan antibiotik pada kadar yang sama kita memerlukannya. Hari ini, terdapat situasi di mana orang mempunyai jangkitan bakteria yang kita tidak mempunyai antibiotik yang berkesan untuk mengembalikan kesihatan padanya.

 5) Salah preskripsi dari Dr.
 Ini merupakan kesilapan yang boleh berlaku di dalam dunia perubatan dimana kajian menunjukkan ,Kira-kira separuh daripada semua preskripsi antibiotik, digunakan untuk jangkitan virus, menjadikannya tidak berguna untuk kesihatan anda.

6) Salah pengambilan dan penggunaan antibiotik.
Ianya merupakan peringatan kepada semua kerana rintangan antibiotik juga boleh terjadi daripada cara pengambilan antibiotik yang salah oleh pesakit (walaupun antibiotik yang betul diberikan untuk jangkitan bakteria) dengan tidak mengambil preskripsi sehingga habis kerana menjangka kesihatan beliau sudah pulih , bermaksud tidak menghabiskan antibiotic yang telah diberikan dengan betul Dalam kes itu, bakteria yang paling lemah telah terbunuh akan tetapi bakteria terkuat masih ada dalam badannya ketika ia memutuskan untuk berhenti mengambil dos antibiotik anda yang belum habis. Kesan dari berhenti menghabiskan antibiotic ini akan mengakibatkan bakteria selebihnya akan berada dalam badan dan menghasilkan bakteria yang tahan antibiotic pada masa akan datang.

Oleh itu apa yang perlu kita fahami ialah  belajar mendidik diri kita dimana bila antibiotik perlu dan tidak perlu digunakan akan membantu anda melindungi diri anda, keluarga anda, rakan sekolah, rakan sekerja dan orang-orang di seluruh dunia dari ancaman rintangan antibiotik dari berlebihan antibiotik demi kesihatan. Apa yang paling penting kesedaran para pengamal perubatan agar tidak sewenangnya membekalkan antibiotic tanpa pemeriksaan yang betul dan juga masyarakat hendaklah mendengar dan juga berbincang dengan dr anda dahulu dari sewenang wenangnya mengambil atau berhenti tanpa arahan Dr , Wallahuaklam.


0 Comments:

Another Blogers