Bismillahirahmanirahim , Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang apa itu masalah sakit jantung , diharapkan sharing ini memberikan kita sedikit panduan tentang bagaimana tatacara hidup kita boleh mengundang masalah sakit jantung ini. Tahukah kita bahawa organ jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah keseluruh tubuh badan manusia. Apabila otot jantung kita tidak mendapat bekalan darah yang cukup,maka seseorang itu dikatakan atau didiagnosiskan mengidap masalah sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup ianya disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding saluran darah sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Apakah itu Serangan Penyakit Jantung
Melalui pengalaman saya bertanya kepada pesakit pesakit yang mempunyai sejarah masalah penyakitt jantung ini , mereka menyatakan penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam dan lebih dari 20 minit, ada ketika kesakitan itu menjalar kearah tangan kiri dan rahang dan juga leher . Pesakit akan mula mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan disertai panik serta peluh sejuk. Keadaan ini berlaku kerana rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. apabila lebih besar salur darah yang tersumbat, maka risiko akan menjadi lebih merbahaya dan membawa ke serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak serta mati . Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi sehingga menyebabkan jantung terhenti dan boleh membawa maut. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung"
atau dalam bahasa orang putihnya cardiac arrest.
Tahukah anda apakah Faktor Penyebab boleh terjadinya serangan jantung ini.?
Bagi mereka yang kuat merokok dan juga mereka yang kerap terdedah kepada asap rokok , ingin saya tekan kan disini bahawa Asap Rokok merupakan agen utama yang boleh mengakibatkan
- Mempercepatkan pembekuan darah
- Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
- Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
- Tekanan Perasaan jika tak dapat hisap rokok , ini biasa terjadi jika seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat yang akan mengakibatkan jantung bekerja lebih kuat yang akan mengakibatkan tekanan darahnya juga meningkat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah jantung ini ialah Memakan makanan yang mengandungi Lemak Yang Tinggi
- Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi,daging berlema
- Kurang bersenam , ini kerana Senaman amat penting untuk menguatkan jantung Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah bagi mereka yang sayangkan jantung sendiri. senaman yang paling mudah kalau kita bekerja di office , naik tangga dan kurangkan penggunaan lift.
- Darah Tinggi , Masalah hipertensi atau Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah dan juga mengakibatkan Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu risiko ini menyebabkan lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung boleh berlaku.
- Kencing Manis, bagi pesakit yang mempunyai masalah kencing manis ini menunjukkan Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung dan antara penyumbang utama kepada masalah ini.
- Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung (Keturunan)
- Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan
- Jika anda merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan
- Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda dengan baik
- Jika anda mengidap penyakit kencing manis dan tanpa kawalan
- Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan atau stress yang berlebihan
- Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.( Makanan Fast Food Penyumbang utama)
- Jika anda kurang bersenam atau malas bersenam
- Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar sebagai rutin makanan anda.
Apakah cara untuk Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
- Selalunya setiap penyakit yang datang ini boleh dicegah dimana kita hendaklah mengenal pasti tand tanda yang boleh menyumbang masalah jantung ini ,Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dengan menjalani pemeriksaan tahunan.
- Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun dan amalkan hidup yang sihat , saya boleh katakan 8 dari 10 pesakit yang menjalani pembedahan jantung merupakan perokok tegar.
- Bagi individu yang mengalami masalah darah tinggi dan juga kencing manis ,Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda merupakan cara yang paling berkesan didalam mengawal masalah ini
- Belajar mengatasi masalah stress Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.Anda digalakkan mendekatkan diri kepada tuhan dan juga melakukan aktiviti yang menenangkan seperti melihat keindahan hijau alam , mendengar bunyi ombak dan juga deruan air terjun ,atau berjumpa dengan pakar psychology jika anda mengalami tekanan perasaan yang amat sangat.
- Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
- Mulalah bersenam secara beransur-ansur. dengan menukar pola senaman kepada satu cara yang boleh dilakukan setiap hari seperti banyakkan berjalan kaki , menaiki tangga di tempat kerja
Selain daripada itu pengambilan Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan , pencegahan adalah merupakan ubat ubatan yang paling baik untuk mengatasi dan juga mengelakkan masalah jantung ini ..wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment