Jom Kurus
Bismillahirahmanirahim....
Asalamualaikum, hari ni saya nak sharekan sikit tentang cara atau method yang boleh menolong tuan tuan semua bagaimana untuk menguruskan badan dengan cara yang betul dan selamat.
Setiap orang inginkan tubuh badan yang ideal dan sihat tapi untuk memaintankan dia adalah pekara yang paling mencabar dan sukar jika tiada disiplin.
ramai pesakit saya yang berjumpa dan bertanya apakah cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Saya tak nafikan pada masa sekarang terlalu banyak produk kesihatan , kecantikan dan juga produk menguruskan badan yang berada di pasaran mahupun di internet , tetapi adakah ianya selamat untuk kita ?.
saya ingin kongsikan cara yang dipanggil semula jadi iaitu ianya memerlukan sedikit disipline di dalam melakukan cara ini .
1. Niat
betulkan niat anda dahulu dimana kita setkan satu target dimana kita mahu kurus dan akan cuba sedaya upaya tanpa berputus asa, kerana kebanyakan individu gagal apabila meletakkan aras penanda seperti cepat putus asa dan malas , kadang kadang kita baru diet sehari terus pergi timbang , secara tidak lansung ianya akan mematahkan semangat apabila tiada perubahan ditunjukkan.
2. Jadual
saya ajarkan pesakit saya meletakkan target yang optimum iaitu target yang konsistant seperti kesan penurunan berat badan ini akan menunjukkan hasil apabila kita mempunyai cara makan atau diet yang betul dan juga senaman yang berkala serta konsistant , cara saya , saya suka gunakan kalendar kuda kerana mudah ditanda dan juga nampak sebagai alat untuk memotivasikan diri.
3. Diet yang seimbang.
saya sebagai fisioterapi ada juga mempunyai nafsu makan yang agak kuat , memang betul dulu kalau makan nasi jika nasi kat dalam pinggan tidak seperti bukit rasa macam tak kenyang , tetapi apabila saya kaji balik kenapa sunnah rasulallah itu amat baik diamalkan kerana ianya telah terbukti secara sains , apabila kita hendak makan cukup setakat satu genggaman bagi nasi , lebihkan sayuran dan juga protein seperti ikan dan ayam, kunyah secara perlahan lahan dan elakkan sulam dengan air ,
sebenarnya punca kenaikan berat badan ialah rutin kita mengambil nasi terlalu banyak,dan minuman yang manis , alhamdulillah berkat memegang sunnah berat badan saya ketika itu 95kg susut sebanyak 2.5kg dalam masa 3 hari apabila melakukan pola pemakanan yang betul (makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang)
4. Sibukkan diri dengan aktiviti.
apabila saya mengawal pemakanan saya , saya sibukkan diri dengan rutin harian seperti apabila menaiki tingkat atas saya banyakkan gunakan tangga, parking kereta pada jarak yang agak jauh sedikit dari kawasan tempat kerja , dan banyakkan berjalan dari duduk , kesan dari pergerakkan ini secara tidak lansung badan saya membakar dengan effisien.
5.Elakkan memikir masalah lapar di waktu malam.
ini yang paling sukar sekali kerana kesilapan kita ialah diwaktu malam ,kita akan mula mencari makanan terutama Junk food , selalunya saya akan melayan juga kehendak nafsu makan ini tetapi saya tukarkan dengan cara saya minum air putih dalam dua gelas dan mengambil makanan yang berbentuk protein seperti ayam dan juga telur , ada juga saya makan roti oatmill dengan peanut butter , agak sukar pada permulaan tetapi jika saya katakan tadi jika kita nekad , ianya boleh diatasi.
6.Pengambilan Madu.
apabila kita cuba mengawal karbohidrat (Nasi, roti, tepung dan mee) badan kita akan cepat kepenatan , tapi tak apa gantikan dengan madu , selalunya saya ambil dua sudu madu di pagi hari dan 1 sudu dimalam hari ,selain itu ianya bukan sahaja mampu membekalkan tenaga ianya terbukti mampu mengawal nafsu makan , kerana bahan didalam madu memberikan otak manusia satu sensation iaitu kenyang.
7. Habbatus sauda
siapa sangka bijiran hitam ini amat hebat di dalam fungsi melawaskan pembuangan air besar dan ianya juga mampu meningkatkan sistem imunisasi secara semula jadi, saya dah amalkan pengambilan habatus sauda ini lebih dari 5 tahun alhamdulillah atas keizinan allah saya dapat elakan tosilitis berulang setiap tahun , boleh saya katakan sepanjang 5 tahun ini saya berjaya mengelakkan masalah ini berlaku, dan ianya membantu tubuh badan saya dapat melawaskan penghadaman saya, kesanya dengan diet seimbang dan pengambilan ini segala toksin yang terkumpul diperut saya mampu dikeluarkan dengan effisien.
8. pengambilan air kosong
Air , memainkan peranan penting dalam diet saya, saya mengambil air kosong 1 cawan dipagi hari sebelum solat subuh , kerana ianya menyediakan sistem organ pencernaan saya berfungsi dengan baik .selain itu ianya membantu saya supaya tidak hilang kuantiti air dalam badan dengan cepat apabila saya melakukan aktiviti senaman dan aktiviti lasak.
9.Usah dengar kritikan orang.
ini juga merupakan satu cara saya didalam memajukan diri saya serta memotivasikan saya, kadang kadang mulut manusia sukar ditutup , pada permulaan bermacam macam kata dan cakapan yang kurang enak saya dengar ada yang memandang cara saya menguruskan badan ini tidak berkesan dan mereka lebih percaya kepada pil pil dan juga suplement tanpa mengkaji serta membuat rujukan , tetapi saya tekadkan diri bahawa cara yang saya lakukan adalah cara yang sihat dan tidak memberikan kesan sampingan , kerana saya tak nak pada suatu masa nanti kesan pengambilan ubat yang tanpa kebenaran KKM akan mendatangkan kemudaratan pada badan saya.
10. Berdoa dan tawakal.
ini adalah satu pekara yang manusia sentiasa terlupa , apabila kita meletakkan sesuatu mengatasi allah maka akan berlaku lah kegoyahan iman kita dan juga kadang kadang ianya tidak langsung memberikan kesan yang positif kerana apa , kerana kita lupa bahawa yang mengizinkan kita gemuk dan kurus adalah Allah SWT,Tubuh badan kita merupakan amanah allah dan juga pinjaman , ada masa ianya akan ditarik balik dari kita , sebab itu saya selalu berpesan kepada diri saya apabila saya lakukan semua seperti yang dinyatakan diatas saya akan tawakal , alhamdulillah saya percaya allah tidak pernah menghampakan doa hamba hambanya, hasil dari cara saya ini dalam seminggu saya hilang 5KG ,dan hari ini timbangan saya menjadi 90kg .
Apa yang saya kongsikan disini adalah lebih kepada pengalaman dan juga ujikaji pada tubuh badan saya sendiri, saya rasa berbangga kerana cara saya ini saya katakan saya tak risau tentang kesan jangka masa yang panjang kerana saya berpandukan sunnah dan juga pengalaman saya sendiri di dalam menurunkan berat badan saya. Jika tuan tuan hendak mencuba insha Allah boleh tetapi ingat apa yang penting ialah disiplin , kerana kita tak gemuk dalam sehari maka kita juga tak akan kurus dalam sehari.
wallahuaklam.

0 Comments:
Post a Comment