Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Friday, September 4, 2015

Teknik batuk yang berkesan membuang kahak

Effective Coughing

Bismillahirahmanirahim...
 Asalamualaikum w.b.t hari nie nak citer sikit mengenai cara atau teknik batuk untuk membuang kahak dengan betul...

Bagi pesakit pesakit yang berumur , atau anak anak kecil , mereka tidak dapat memahami apa itu cara batuk yang berkesan .

Batuk adalah satu cara semula jadi yang di ciptakan allah untuk kita mengeluarkan kahak atau benda asing yang memasuki dalam saluran udara kita . Bayangkan kita tak reti batuk apa yang akan terjadi kepada paru paru kita, semestinya peparu kita akan dipenuhi lendir yang dipanggil kahak..

Teknik batuk ini biasa diguna pakai oleh kami selaku fisioterapi, ianya memudahkan pesakit memahami bertapa pentingnya menggunakan teknik yang betul.

Melalui pengalaman saya bermacam macam karenah yang saya temui ketika mengajar pesakit pesakit saya untuk batuk , ada yang bila disuruh batuk di tak batuk tapi dia berdehem , kadang kadang ada yang batuk dia saja saja buat macam batuk kucing je bunyinya...

Cara untuk melakukan teknik batuk yang berkesan ialah.
  1. ketika di waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk kita lakukan kerana waktu ini kadar kelikatan kahak amat tinggi dan pekat , maka saya cadangkan anda gunakan air panas yang dituang di dalam bekas , masukkan 5 sudu garam ,kerana stim air garam amat membantu dalam mencairkan kahak.
  2. Secara perlahan hirup wap air garam melalui hidung dan hembus melalui mulut , lakukan berulang kali dalam 15 atau 20 kali hirupan , cuba bernafas dengan dalam dan biarkan nafas berhenti seketika dalam 3 saat bagi menggalakan penyerapan wap air itu kedalam peparu .
  3. Cuba bersandar atau duduk dalam keadaan tegak tarik nafas melalui hidung sedalam dalam yang boleh dan hembus melalui mulut seperti menyebut huruf O, lakukan sebanyak 5 kali .
  4. Pada hembusan nafas yang akhir tahan dalam 5 saat kemudian batuk dengan kuat.
  5. lakukan step 3 dan 4 ini sehingga anda benar benar rasa kahak yang dikeluarkan semakin kurang.
Teknik ini amat berkesan dilakukan bagi pesakit yang mengalami masalah asthma , chronic bronchities, COPD dan juga Bagi perokok yang tegar . Wasalam...








0 Comments:

Another Blogers