Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Sunday, September 6, 2015

Cara mengelakkan sakit belakang dengan mudah

Postur
Bismillahirahmanirahim ...

Asalamualaikum , hari nie saya nak bawa atau kupaskan salah satu isu yang paling kerap dihadapi oleh manusia iaitu  SAKIT BELAKANG
Dianggarkan lebih daripada 80% orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam sejarah kehidupan mereka.
Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling kerap dihidapi pesakit yang memaksa pesakit bertemu doktor pakar serta boleh  menggangu kerja atau rutin harian mereka, sakit belakang yang teruk mampu atau berkebolehan menjadi penyebab utama kecacatan, diberhentikan kerja dan membabitkan kos penjagaan dan perawatan kesihatan yang tinggi.
Secara fisiologi, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti stress.
disini saya nyatakan Antara tabiat buruk yang boleh  menyebabkan sakit belakang:
  • Individu yang berisiko adalah mereka yang gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  • melakukan sesuatu pekerjaan dengan membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  • apabila melakukan travelling dengan membawa kereta individu itu gemar perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  • pekerjaan yang memerlukan individu itu berdiri terlalu lama.
  • suka atau menjadi kebiasaan membawa barang yang beratnya tidak seimbang.sebagai contoh membawa beg sandang hanya disebelah bahagian sahaja.
  • Duduk membongkok di kerusi ketika menonton tv atau menggunakan komputer.
  • kaum hawa yang gemar memakai kasut bertumit tinggi.
Kebanyakan masalah sakit tulang belakang ini boleh dicegah kerana ia berlaku akibat posisi mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.

Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini.selalunya sakit ini berpunca apabila berlakunya kecederaan pada anggota tisu ini.
antara hidden problem seperti  perubahan tulang rawan (Arthritis ) pada spina di leher (spina cervical) boleh menyebabkan saluran laluan  mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Cervical spondylosis dan Lumbar spondylosis pula boleh menyebabkan sakit leher dan belakang kepada kawasan setempat ataupun dipanggil localize pain  yang tidak membabitkan kawasan lain.

Setiapkali melakukan rawatan fisioterapi kepada pesakit pesakit saya , saya selalu menegaskan
agar mereka semua faham bahawa Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher adalah dengan menumpukan  kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai).
Asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.
Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.
Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.
antar petua untuk mengelak sakit belakang:

  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada mengalami ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Cuba belajar untuk kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Pastikan teknik mengankat barang dipelajari dengan betul seperti ,Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Cuba Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Bagi mereka yang gemar memandu jarak jauh ,Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita jika dapat cuba pakai kasut bertumit rendah.
  •  Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • pastikan apabila memegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

Insha Allah ini adalah serba sedikit info yang boleh anda pelajari dan fahami kerana , penjagaan tulang belakang dan posture amat penting di dalam kita mencegah daripada mendapati masalah sakit belakang.




0 Comments:

Another Blogers