Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Tuesday, September 15, 2015

Bahaya dan kesan sampingan kudis tekanan

Tips Mengelakkan Kudis tekanan
Bismillahiramanirahim,
Untuk entry kali nie, saya nak kongsikan serba sedikit tentang tips tips mengelakkan atau membantu mencegah penghasilan kudis tekanan atau dalam bahasa perubatan dipanggil decubital ulcer, ianya mampu berrlaku di sekitar kawasan tulang prominent seperti di bahagian siku, pergelangan tangan, sendi lutut dan juga kawasan yang paling kerap terjadi dan sukar untuk kita melihat adalah di bahagian belakang badan iaitu di bahagaian coccyx atau bahagian tulang sulbi atau tongkeng.
Kebanyakan kudis ini terjadi apabila pesakit tidak mempunyai keupayaan di dalam memusingkan badannya dan juga kerap berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah yang dipanggil bed ridden, pesakit lumpuh dan pesakit angin ahmar merupakan antara pesakit yang paling kerap dapat.
Oleh itu di sini saya ingin kongsikan beberapa tips tips yang dapat membantu anda untuk mengenal pasti punca utama masalah ini dan juga cara untuk mencegahnya.

  1. Pastikan pesakit sentiasa dipusingkan kekiri atau kekanan dengan kerap sekurang kurangnya 2 jam sekali. 
  2. Pastikan tilam pesakit merupakan tilam yang lembut dan tidak keras. 
  3. Lakukan simple massage atau sapuan ke bahagian belakang badan agar membantu pengaliran darah yang baik. 
  4. Pesakit boleh dibantu dengan menyediakan pelampung kudis tekanan yang berbentuk bulat atau dipanggil donut pillow. 
  5. Sentiasa memantau bahagian kulit yang terlibat ketika melakukan penukaran lampin pakai buang kepada pesakit. 
  6. Menjadi satu kelebihan jika anda dapat mendudukkan pesakit kekerusi roda atau duduk di bahagian tepi katil bagi menggalakkan belakang badan mempunyai ventilation dan membantu mengeringkan kelembapan kulit. 
  7. Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang pesakit apabila pesakit kencing atau berak. 
  8. Jika ada kemampuan, dapatkan pump air mattress supaya bahagian belakang pesakit sentiasa mempunyai tekanan yang berbeza beza, kerana ia mampu mengelakkan tekanan yang kekal pada bahagian belakang badan. 
  9.  Dapatkan bantuan jururawat bagi melakukan pembersihan luka yang konsisten. 
  10. Memantau kedalaman dan kekeringan luka pesakit dengan membawa pesakit berjumpa pakar orthopaedic. 
Insha Allah tip tip yang saya kongsi bersama anda adalah merupakan salah satu tugas bahagian fisioterapi yang boleh digunakan untuk tujuan menjaga serta mengelakkan kudis tekanan itu berlaku atau menjadi lebih mudarat ... Wassalam....


0 Comments:

Another Blogers