Kebaikan Urutan menurut fisiologi
Bismillahiramanirahim,
Salam aidiladha buat pembaca sekalian, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
Malam nie saya nak kongsikan sedikit tentang apakah kebaikan apabila tubuh badan kita diurut.
Siapa yang tak suka diurut boleh dikatakan Allah menciptakan manusia dengan pelbagai deria rasa, deria yang paling besar dalam organ manusia adalah deria yang terhasil daripada kulit, iaitu rasa.
Urutan merupakan salah satu daripada kemahiran fisioterapi, tetapi diatas faktor faktor yang menyebabkan bidang kami dipandang sebagai tukang urut oleh masyarakat adalah kurang tepat, kerana bidang fisioterapi merupakan bidang perubatan yang luas.
Bahagian urut lebih dikenali sebagai massage therapist di luar negara.
antara kelebihan dan kebaikan Urutan-

- Urutan merupakan salah satu bahagian yang amat penting di dalam proses pemulihan tubuh badan manusia, ini kerana dalam kajian menunjukan , urutan mampu melancarkan perjalanan darah dengan baik , saluran darah manusia merupakan elastic dan mempunyai kekenyalan yang tertentu , dengan urutan ianya mampu membuka salur darah dengan diameter yang lebih besar maka ini membantu pelancaran darah dengan baik.
- pengaliran darah yang lancar membantu tubuh badan manusia mendapat darah yang beroksigen dan juga nutrient dengan optimum, sebab itu apa bila anda selesai melakukanurutan tubuh badan menjadi ringan dan anda akan merasa segar.
- Membantu proses pemulihan dan penyembuhan dengan cepat , apabila kelancaran darah bertambah maka , proses pemulihan pada tulang , otot dan tendon akan berlaku dengan kadar yang cepat.
- Dengan urutan , masalah chronic sciatica dapat diatasi dan dikurangkan , ini kerana urutan dengan teknik yang betul dilihat mampu mengurangkan kesakitan serta mengurangkan inflamasi di sekitar bahagian laluan sciatic nerve.
- Hormon penenang semula jadi iaitu endhorphine akan terhasil , ini kerana otak manusia akan terangsang dengan suasana yang relax , maka urutan secara holistic membantu mengurangkan stress dan juga mampu membuatkan manusia gembira , hebatkan ciptaan Allah , dalam badan kita sudah ada Ubat penenang yang semula jadi tanpa perlu mengambil ubat ubatan kimia , cuma apa yang perlu adalah stimulation pada deria rasa ,dan ianya akan terhasil secara semula jadi.
- urutan yang berkala dan teratur akan meningkatkan sistem imunisasi badan secara natural , ini disebabkan penghasilan hormon yang baik dan juga ianya mengurangkan pengumpulan bahan bahan toksin di dalam badan.
Kajian daripada science transnational medcine ,menunjukkan mereka melakukan experiment kepada 11 atlete sukarelawan berbasikal dimana pada hari pertama sedikit sample otot peha diambil untuk kajian dan, atlit ini diberi latihan yang keras seperti mengayuh basikal dalam jangka masa yang panjang sehingga otot otot quadriceps /peha menjadi sakit , penat dan lesu.
kemudian mereka di asingkan dengan separuh menerima rawatan urutan dan separuh lagi tanpa berbuat apa apa. Pada pusingan kedua , sample diambil lagi bagi mereka melakukan perbandingan dan keputusanya adalah amat positif dimana dari kajian tisu sample yang diambil , kekoyakan kecil pada fiber fiber otot hasil dari senaman yang agak keras dilihat sembuh dengan lebih pantas , ini kerana Protein Tissue (PCG 1-a) terhasil dengan pantas hasil daripada stimulasi urutan yang menghasilkan proses regenerasi tisu tisu baru.
Oleh itu saya boleh nyatakan urutan juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang boleh membantu selain daripada pengambilan ubat ubatan cuma apa yang perlu dipastikan ialah urutan yang diterima hendaklah dari massage therapist yang bertauliah.
wallahuaklam...
0 Comments:
Post a Comment