Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Friday, September 18, 2015

Cara mudah memujuk anak

Tips Memujuk Anak
Bismillahiramanirahim,
Asalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk entry dimalam yang dingin ini, saya terfikir untuk berkongsi tentang teknik menghadapi anak anak yang mempunyai tantrum atau karenah yang tinggi.
Saya banyak menggunakan pengalaman saya sebagai fisioterapi dan serapkan kaedah didalam memujuk anak anak saya jika mereka mengamuk dan memberontak.
Kaedah yang digunapakai oleh saya adalah reverse psikologi. Memang fitrah anak anak merupakan lembaran kain putih dimana mereka merupakan salah satu ujian dan juga kurniaan bagi ibu dan ayah. Anak anak juga
Merupakan salah satu pencetak yang paling jitu, di mana pada peringkat usia awal 3 hingga 5 tahun mereka mudah dipengaruhi dengan keadaan persekitaran.

  1. Bagi anak anak yang mempunyai sikap pemarah selalunya mereka akan memberontak dan juga menunjukkan kemarahan dengan menangis dengan kuat dan meronta,  bagi ibu bapa yang hilang sabar ianya memang menduga kesabaran. Teknik yang boleh digunakan pertama sekali apabila datang sikap pemarah dan memberontak , rangkul dan peluk anak anda serta cium di pipi atau ubun ubun serta katakan perkataan sayang pada dia, jika boleh anda boleh geletek dia dan cuba bergurau kerana waktu itu fokus kemarahan  anak anda akan terberhenti disebabkan anda cuba meredakan dengan menukar konsentrasi anak tersebut. 
  2. Anak anak yang kerap baling barang pastikan anda tidak menjerit dan mengugut dengan menunjukkan kemarahan kepada mereka, tetapi anda boleh menggunakan teknik memujuk seperti memuji barang yang hendak dilontarkan adalah objek yang cantik dan minta secara lembut untuk diberikan kepada anda atau anda boleh menggunakan sistem barter atau cuba menukarkan sesuatu dengan barang yang digemari olehnya seperti contoh saya gunakan teknik mengajak anak ke dapur Dan buka peti sejuk dan suruh dia mengambil makanan kegemaranya. 
  3. Anak anak yang suka menjerit kadang kadang memang menyakitkan telinga ini disebabkan sikap ibu bapa itu sendiri yang membalas jeritan anak anak itu dengan menengking kembali kepada mereka, sebenarnya kita boleh mengunakan teknik berbisik, seperti apabila kita hendak marah peluk mereka dari belakang dan membisikkan secara perlahan bahawa tak perlu jerit jerit dan bercakap dengan lembut dan alhamdulillah ianya membuktikan kepada anak anak saya sendiri apabila mereka tidak puas hati, mereka tidak lagi menjerit tetapi lebih kepada berbisik. 
  4. Ada ketika anak anak akan menyampuk percakapan kita dan cuba interupt perbualan org dewasa, tetapi sebagai ibu dan ayah yang matang kita boleh menggunakan teknik pause atau teknik masa,  seperti yang saya lakukan apabila anak anak saya cuba menyampuk didalam perbualan, saya akan berhenti bercakap dan memaklumkan bahawa saya akan memberi peluang kepada anak anak saya bahawa saya akan bercakap dengan mereka selepas 5min, alhamdulillah ianya terbukti berkesan dimana anak anak saya dapat peluang untuk bercakap walaupun kadang kadang hanya dia nak nyatakan sesuatu yang pendek, tetapi semakin kita bertolak ansur mereka akan lebih hormat dalam perbualan kita. 
  5. Untuk memujuk anak di rumah ada ketika saya biarkan mereka puas dalam mengamuk dan hanya memerhati, kerana mereka akan berhenti apabila kemarahan mereka reda selepas itu saya akan memeluk mereka dan membisikkan di telinga mereka bahawa sifat marah itu adalah rakan syaitan, tetapi sifat orang baik adalah sifat yang tenang dan saya ajarkan mereka apabila marah mereka akan hilang markah, maka nanti mereka tak boleh dapat reward. 
So kalau dilihat banyak lagi teknik yang boleh digunakan, tetapi saya percaya setiap ibu bapa mereka mempunyai teknik tersendiri, insha Allah apa yang terbaik ialah kita sebagai parents hendaklah memahami bahawa anak anak kecil ini tidak matang, kita yang matang sepatutnya mesti tahu bagaimana untuk mengawal keadaan emosi kita apabila berhadapan dengan ahli syurga ini, 
Wassalam...


0 Comments:

Another Blogers