Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Thursday, September 10, 2015

Cara mengatasi masalah kaki bengkak

Cara Mengatasi masalah kaki bengkak
Bismillahirahmanirahim,
untuk perkongsian entry kali ini saya ingin berkongsi bagaimana mengatasi kaki yang bengkak.
banyak faktor yang boleh membawa kepada pembengkakan kaki dimana , ada yang disebabkan oleh bengkak air dan juga bengkak inflamasi.
kaki yang bengkak boleh disebabkan masalah masalah berikut.

  • Tarikan gravity disebabkan berdiri terlalu lama atau duduk terlalu lama
  • kegagalan fungsi buah pinggang
  • jangkitan pada salur darah
  • post operation pada bahagian anggota bawah tubuh
  • ibu mengandung
  • pesakit yang mengalami kencing manis dan juga hipertensi
  • Gemuk atau obesity
  • kecederaan pada anggota bawah tubuh
  • radang dan inflamasi pada anggota bawah tubuh.
apa bila masalah bengkak ini berlaku , kadang kadang ianya akan memberikan rasa yang tidak selesa kepada pesakit dimana ada pesakit yang merasakan kaki mereka lemah dan bertambah berat.
masalah ini boleh mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk bergerak dan rasa sakit ketika berjalan serta bergerak.

cara yang ingin saya kongsikan disini adalah cara yang paling basic dan boleh dilakukan di rumah tanpa perlu ada apa apa ubatan , tetapi anda hendaklah mengetahui dahulu apa punca masalah kaki bengkak ini. Kaki bengkak boleh diatasi dalam beberapa cara .

1. Cara yang paling kerap dan mudah dilakukan ialah Elevation atau meninggikan kedudukan kaki ketika baring , ukuran yang diambil hendak lah berada tinggi dari aras dada , kita boleh menggunakan 2 bantal yang diletakkan di hujung kaki atau di bawah pelipat lutut, biarkan posisi sebegini di dalam 2 jam , dan kesanya akan nampak dengan serta merta.

2.Penggunaan compression stocking , ianya merupakan salah satu lagi cara yang boleh membantu , tetapi penggunaan stocking ini hendaklah dilakukan dengan ukuran dahulu kerana setiap saiz mempunyai keteganggangan yang berbeza dan juga ianya mempunyai tekanan yang berbeza.

3.terapi urut adalah merupakan salah satu rawatan yang mudah dan memberikan potensi yang lebih baik , selalunya teknik efflurage dan strocking adalah teknik yang banyak membantu didalam pengurangan bengkak dan selalunya ianya dilakukan dari tapak kaki dibawa ke peha , ianya bertujuan membantu proses pembalikan air ke hati dan ginjal .

4.pengambilan ubat , selalunya ianya diberikan oleh Dr bagi membantu pesakit mengurangkan komposisi air dalam badan seperti contoh Lasix , tetapi setiap pengambilan ubat hendaklah mengikut arahan Dr.

teknik yang saya kongsikan ini adalah lebih kepada pengurusan bengkak kaki di rumah , tetapi adalah digalakkan pesakit supaya berjumpa dengan Dr dahulu bagi melakukan pemeriksaan dan juga mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Wassalam


0 Comments:

Another Blogers