Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Monday, June 13, 2016

Masalah batuk pada Anak kecil

Cara Atasi Batuk pada anak Kecil

Bismillahirahmanirahim , Salam Ramadhan Al Kareem , untuk perkongsian ilmiah hari ini , saya ingin kongsikan tentang apakah langkah pencegahan dan juga tips tips yang ringkas dalam mengatasi masalah batuk kepada anak anak yang masih kecil ini, saya harapkan perkongsian tips ini boleh membantu ibu bapa peka terhadap faktor faktor yang memungkinkan batuk itu menjadi lebih serius.

Tips pencegahan batuk pada anak anak kecil


1.Pekara ini kerap berlaku apabila ibu bapa tidak dapat membezakan antar batuk itu serius atau ringan , tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini Jika anak anda mempunyai masalah asma (di ikuti gejala pernafasan yang berdesing atau whezing seperti bunyi siulan dan sesak nafas), maka anda hendaklah pastikan melakukan persediaan tindakan untuk segera dapatkan pemeriksaan anak ke Doktor atau klinik yang berdekatan kerana batuk yang diikuti dengan bunyi pernafasan whezing menunjukkan saluran pernafasan anak anda menjadi sempit.

2.Untuk mengatasi batuk berkahak pada anak anak yang kecil ,ibu bapa boleh menggunakan cara wap air panas, teknik yang biasa saya ajarkan kepada pesakit saya jika di bilik mandi ibu bapa boleh menyalakan pemanas air  bagi mendapatkan wap atau dengan cara manual merebus air lalu diletakkan di dalam besen atau baldi  agar anak dapat menghirup wap tersebut. Lakukanlah hal ini selama kira-kira 20 minit. Wap yang dihasilkan akan membantu anak bernafas lebih lega serta mencairkan kahak.


3.Ada waktunya di persekitaran udara yang panas atau kering juga boleh menyebabkan batuk menjadi lebih parah kerana apabila udara yang terlalu kering juga boleh menyebabkan iritasi kepada saluran pernafasan anak anak kecil ini , oleh itu Kadang-kadang, pendedahan singkat kepada udara sejuk di luar dapat meredakan batuk pada kanak-kanak. Anda boleh membawa bayi atau anak keluar bilik di mana terdapat udara yang sejuk. Lakukanlah hal ini selama 10-15 minit bagi melegakan pernafasan anak anak ini.

4.Pengambilan air putih , air kosong suam sangat effective dalam membantu melicinkan perjalanan kahak pada anak, bahkan lebih efektif berbanding dengan ubat batuk yang dijual di kedai runcit seperti guafenesin ,caranya setiap kali anak anak kecil ini batuk suakan sedikit air suam bagi mereka menelan kahak yang terhasil jika mereka belum pandai membuang atau meludahnya.


5.Bagi anak anak yang lebih besar, minuman kaya nutrisi seperti jus buah-buahan atau minuman seperti prebiotik yakult dan vitagen kerana itu juga dapat melegakan batuk dan cecair memang penting anak agar badan mereka tidak dehidrasi. Tapi harus diingat jangan memberinkan minuman yangbergas atau jus oren , nanas , dan anggur kerana ini boleh menggatalkan tekak dan malah akan memburukkan lagi batuk pada kanak-kanak.

6.Posisi tidur anak memainkan peranan yang penting , kerana posisi terlentang boleh mengakibatkan batuk mudah terjadi , selalunya posisi tidur yang baik untuk atasi masalah batuk ini ialah baring mengiring kiri atau kanan dengan meninggikan sedikit  di bahagian dada serta kepala anak anak ini agar memberi ruang saluran pernafasan mereka untuk mudah terbuka.

7. Cuba elakkan menjadi Dr sendiri terutama dalam memberikan ubat batuk secara berleluasa , ini kerana bayi bayi kecil atau anak anak yang berumur bawah 2 tahun tidak boleh sesuka hati diberikan ubat batuk, Oleh itu rujuk kepada Dr sebelum memberikan apa apa jenis ubat batuk yang dibeli mudah di pasaran.

8.Penggunaan Madu secara tradisional mampu melegakan batuk anak anak ini , dan ianya terbukti mampu mencairkan kahak dan juga melegakan kegatalan tekak , ianya lebih baik dan selamat untuk diberikan kepada anak yang berumur 2 tahum ke bawah.


9.Elakkan memberikan makanan yang bergoreng , berminyak serta berempah ini kerana ianya boleh memburukkan keadaan , coklat serta makanan seperti keropok , biskut dan gula gula amat lah tidak digalakkan kerana ianya merupakan pemangkin kepada batuk ini.


10. Dan tips yang terakhir ibu bapa boleh belajar dengan fisioterapi bagaimana untuk belajar melakukan tepukan pada belakang badan anak anak ini dan juga posisi bagi memudahkan pernafasan anak anak ini lancar , di dalam entry saya yang lalu ianya boleh dibaca di sini 
  1. Rawatan Buang Kahak
  2. AirwayClearance Techniques
  3. Percussion Therapy and Postural Drainage
  4. Effective Coughing
Tips ini lebih kepada bagaimana untuk kita mengurangkan gejala dan juga membantu anak anak kecil ini untuk bernafas dengan lebih selesa , jika dilihat terlalu banyak tips tips yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah pernafasan dan juga membantu anak anak kecil ini bernafas dengan selesa.
wallahuakalam.


0 Comments:

Another Blogers