Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Thursday, June 16, 2016

Physiotherapy dan kecederaan belakang


Bismillahiramanirahim, salam ramadhan al kareem semoga kehidupan para pembaca dirahmati Allah dan diberkati olehnya. Pada malam ini saja saya nak kongsikan serba sedikit tentang tips tips mengelakkan kecederaan pada bahagian belakang.
Tahukah kita antara sedar dan tidak sedar banyak pergerakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada bahagian belakang kita, secara tidak langsung ianya mengundang kecederaan yang serius dan juga tidak serius pada bahagian belakang kita.
Disini saya ingin kongsikan tentang apakah pergerakan yang paling cepat mendatangkan risiko kecederaan pada bahagian belakang kita

1. Pergerakan memusingkan badan.


Setiap bahagian belakang kita terdiri daripada beberapa jenis tulang belakang dan juga dibantu dengan otot, ligamen dan juga sendi,  pergerakan ini saya letakkan di rangking pertama kerana majoriti pesakit tidak mengetahui keburukan posisi ini, waktu bila posisi ini kita lakukan selalunya waktu kita duduk dan cuba mengambil barang dibahagian belakang kita, pada kedudukan begini bahagian tulang belakang akan memusing dan juga merenggang bagi mencapai pergerakan yang dilakukan tetapi keadaan ini mengakibatkan ligamen yang menyokong menjadi terlalu tegang dan juga posisi cakera rawan menjadi tidak setabil, anda bayangkan jika anda batuk atau terbesin dalam posisi begini tidak mustahil ligamen yang menyokong tulang belakang anda akan cedera serta berkemungkinan cakera rawan akan tergelincir, dan individu tersebut boleh mendapat sakit belakang yang agak teruk.

2. Posisi duduk slumpting.


Pada kedudukan begini saya letakkan di posisi rangking yang kedua,  saya melihat posisi ini amat berisiko kepada individu itu mendapat kecederaan pada bahagian belakang kerana posisi ini akan menyebabkan bahagian belakang individu itu menjadi stress dan juga hilang keseimbangan dari segi kekuatan dan fleksibiliti, posisi ini biasa dilihat ketika individu itu duduk di sofa atau kerusi dengan bahagian belakang badan tidak disokong oleh apa apa bahagian, ini akan mengakibatkan bahagian itu terdedah untuk cedera.

3. Posisi duduk bersila

Mungkin pembaca tidak sedarkan bahawa posisi ini juga mampu mengundang masalah sakit belakang, tetapi tidak lah berisiko tinggi untuk kita mendapat kecederaan melainkan kita duduk bersila bagi satu jangka masa yang panjang dan lama, terutama di majlis keramaian kita lihat ramai individu menghadapi kepenatan dan kesukaran untuk bangun apabila sudah duduk bersila terlalu  lama, ada waktunya juga bahagian belakang akan mula rasa lenguh dan diikuti dengan rasa kebas pada bahagian kaki.

4.posisi duduk bersimpuh.

Saya akui orang Melayu amat gemar duduk bersimpuh terutamanya kepada kaum wanita, tetapi tahukah anda posisi ini juga merupakan posisi yang boleh mengakibatkan bahagian belakang menjadi sakit dan juga lenguh, apa yang dikhuatiri ianya juga boleh menyumbang kepada keadaan tulang belakang menjadi bengkok atau Dikenali sebagai scoliosis, pada posisi ini kedudukan centre of graviti menjadi tidak seimbang hanya bahagian yang diletakkan beban badan akan bekerja lebih dan ini akan mengakibatkan bahagian tulang belakang dan ligament terpaksa bekerja keras bagi menahan beban badan dari atas belakang kita, posisi ini umpama kita bayangkan pancing yang menjadi bengkok apabila menahan beban yang berat dibahagian hadapan.

5.posisi membongkok

Saya rasakan posisi ini merupakan kegemaran kepada semua individu dan boleh dikatakan posisi paling kerap menyumbang kepada masalah sakit belakang, ini kerana posisi bongkok kerap digunakan apabila individu tersebut mengambil, mengangkat, dan juga membawa beban boleh dikatakan posisi yang paling banyak digunakan, posisi ini boleh mendatangkan kecederaan, ini kerana apa bila kita membongkok kestabilan pada bahagian tulang belakang akan menjadi lemah dan ligament serta cakera belakang terpaksa bekerja keras bagi menampung beban dari bahagian atas badan kita, sebab itu jika kita membongkok terlalu lama seperti menyapu sampah, perasaan lenguh pada belakang akan muncul, ini menandakan bahawa bahagian otot belakang anda bekerja lebih dari sepatutnya, dan jika waktu itu belaku apa apa impact yang kuat seperti kita mengangkat beban yang terlalu berat,maka 97% kita sudah melangkah ke arah mendapat kecederaan bahagian belakang

Oleh itu amat penting bagi kita bahawa kesakitan pada bahagian belakang juga boleh berlaku tanpa kita sedar, kerana secara tidak langsung ianya datang disebabkan posisi posisi yang saya nyatakan seperti di atas, apa yang saya harapkan dengan penjelasan ini ianya memberikan sedikit kesedaran bahawa sakit belakang boleh dicegah jika kita memahami bagaimana punca ianya boleh terjadi dan juga kesedaran tentang ergonomik yang betul dan postur badan yang baik amat bagus dalam mengatasi dan juga mencegah individu tersebut mendapat kecederaan tulang belakang ini. Wallahuaklam..

Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy dan Bioflavonoid

Bioflavonoid vs Radang (Inflamasi) Bioflavonoid boleh dijumpai di dalam Black Ginger Bismillahirahmanirahim , agak lama juga saya t...