Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Tuesday, February 27, 2018

Punca Bau kaki

10 Punca dan penyebab bau kaki.

Bismillahirahmanirahim , saya rasa semua orang mempunyai masalah bau kaki ini bukan , tetapi tahukah kita dimana dan apakah punca yang terjadinya bau pada bahagian kaki ini, ada ketika bagi individu yang mempunyai masalah bau kaki ini mereka tidak perasan atau kadang kadang hidung mereka sudah lali dengan bau kaki mereka sendiri. Antara pekara yang paling saya tak tahan adalah bau ikan masin yang terhasil dari bau kaki kaki ini.
sebelum itu ingin saya kongsikan info secara ringkas apakah punca dan juga bagaimana kaki ini boleh menghasilkan bau yang kurang selesa.



Punca 1. Saiz kasut yang kecil 
Penggunaan saiz kasut yang kecil dan juga sempit merupakan penyumbang masalah kaki berbau ini , ini kerana bahagian kaki manusia merupakan bahagian yang paling kerap dan juga mudah berpeluh , selalunya bagi mereka yang mempunyai masalah kuat berpeluh pada bahagian kaki , kasut yang agak sempit akan menyebabkan ruang pengaliran udara terhad dimana ianya menyumbangkan bau lembab dan juga hapak.

Punca 2. Kasut yang tidak cukup kering
Kasut yang memiliki kadar serapan air yang tinggi terutama kasut sekolah , kasut sukan dan juga kasut yang di dalam nya mempunyai span penyerap lembapan akan menyumbangkan bau pada bahagian kasut dan juga kaki , ini kerana kasut yang lembab merupakan tempat penghasilan bakteria , dan jika ianya dipakai dan tiada aliran udara yang cukup , bau yang dihasilkan sudah memadai membuatkan orang disekeliling pengsan.

Punca 3.Kaki kuat berpeluh.
Bagi mereka yang mempunyai masalah ini selalunya memang akan menghadapi masalah kaki berbau , ini kerana kilang peluh yang aktif pada bahagian kaki akan menyebabkan kaki selalu berada di dalam keadaan yang lembab , maka cara yang mudah untuk mencegah dan mengurangkan bau ini ialah sentiasa menukarkan stoking selepas penggunaanya setiap hari dan elakkan memakai stoking yang berulang  tanpa dibasuh.

Punca 4 .Kadar kebersihan kaki yang rendah 
Ada sesetengah individu yang mempunyai kesedaran tentang kebersihan kaki yang rendah , ini kerana bahagian kaki merupakan bahagian yang perlu dicuci dan dibersihkan ketika mandi , bagi individu yang tiak mengambil berat tentang kebersihan pada bahagian kaki ini maka tidak hairan jika bau yang dihasilkan akan mengakibatkan gangguan emosi bagi yang menghidunya.

Punca 5. Jangkitan Kuman
Ada individu yang mempunyai masalah kesihatan yang secara umumnya ia tidak diketahui oleh orang ramai , terutama bagi pesakit diabetis mereka cenderung mempunyai bau kaki disebabkan ulcer dan juga luka , rawatan dresing dan juga cucian pada bahagian luka yang konsistent mampu mencegah bau bauan ini.

Punca 6.Kuku kaki panjang
Ianya berkait rapat dengan masalah kebersihan , kajian menunjukkan kuku kaki yang sengaja atau tidak sengaja disimpan panjang adalah merupakan penyebab utama penghasilan bau pada bahagian kaki , antara bahagian yang kerap menjadi punca adalah kuku celahan ibu jari kaki .Maka pemotongan kuku merupakan kaedah yang terbaik serta mudah dari segi pencegahan bau pada kaki.

Punca 7 Rekahan Tumit kaki
Tahukah anda rekahan rekahan pada tumit kaki juga merupakan penyumbang utama bau pada bahagian kaki , ini kerana rekahan pada tumit kaki selalunya memerangkap sel sel tisu yang mati serta daki , jika kaki anda lembab ianya juga merupakan tempat pembiakan bakteria yang akan menghasilkan bau yang kurang enak.

Punca 8.Kasut yang tidak pernah dicuci
Masalah ini juga kerap terjadi bagi mereka yang malas atau tidak gemar mencuci kasut , selalunya kasut yang tidak dicuci ini jika dicampak dikolam ikan akan menjadi tuba serta mengakibatkan ikan ikan naik ke permukaan mencari oksigen.

Punca 9.Stoking yang tidak menyerap peluh
Ada bermacam macam jenis stoking di pasaran , penggunaan stoking bukan dari sumber cotton atau kapas selalunya meningkatkan risiko mendapat kaki yang berbau , ini kerana pengudaraan kasut , kebersihan kaki , serta kesesuai stoking merupakan cara yang betul bagi mengurangkan bau pada bahagian kaki.

Punca 10. Cagu pada Kuku Kaki
Apabila berlakunya Cagu ini bermakna ada bahagian kaki yang bernanah disebabkan jangkitan , penggunaan kasut serta stoking yang tidak sesuai akan memungkinkan jangkitan semakin parah dan menghasilkan bau yang kurang enak , pengambilan ubat serta merujuk pada Dr mampu mengurangkan risiko jangkitan serta menyembuhkan masalah pada kuku kaki ini.

Apa yang saya coretkan di dalam blog saya ini adalah lebih dari sekadar info agar kita mengambilnya sebagai satu manfaat ini kerana bau badan manusia merupakan satu pekara yang mampu mencetuskan rasa kurang selesa kepada komuniti , dan ada ketika ia mampu menyebabkan emosi manusia itu terganggu , oleh itu kebersihan , penggunaan kasut serta stoking yang sesuai serta kesihatan pada bahagian kaki amat penting bagi mengatasi masalah kaki berbau ini. Wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers