Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Monday, February 26, 2018

Cacing kepada kanak kanak

Ciri ciri kecacingan kepada kanak kanak.

Bismillahirahmanirahim , topik di dalam blog saya pada hari ini agak kurang selesa didengar dan dibicarakan , tetapi ambillah ia sebagai manfaat dan juga info bagi kita yang mempunyai anak anak yang masih kecil. Masalah kecacingan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kanak kanak , tetapi jika ianya mula membawa kemudaratan , maka ianya perlu dirawat dengan cepat kerana kesan buruk lebih banyak membantutkan perkembangan anak anak ini dengan sihat.


Di sini saya akan senaraikan 10 ciri ciri kecacingan yang biasa dihadapi oleh anak anak kecil.

Gejala 1 (sering mengalami sakit di dalam perut)
Tahukah anda antara simptom yang paling biasa dialami oleh kanak kanak yang mempunyai masalah cacing ialah mereka mudah merasa Sakit Perut. Ini adalah gejala biasa jika kanak-kanak terdedah kepada serangan cacing usus, tetapi sakit pada bahagian abdomen juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Kesakitan abdomen disebabkan oleh cacing usus biasanya muncul berulang atau berulang dan tidak teruk, di samping sering disertai dengan gejala lain .

Gejala 2 (Kegatalan Bahagian Dubur)
Kegatalan pada bahagian dubur merupakan  gejala cacing usus, iaitu cacing yang sering muncul dikalangan kanak kanak . Kerap merasa gatal-gatal di bahagian anus berlaku apabila cacing mencapai serta keluar dibahagian dubur untuk bertelur terutama pada waktu malam atau awal pagi, Dan pada waktu ini ianya akan mengganggu kanak kanak dengan rasa gatal serta kurang selesa. Sudah tentu gejala ini akan sangat menjengkelkan untuk kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak kecil dan ini akan mengakibatkan kanak kanak ini terganggu pola tidur mereka yang akan memberikan tekanan dari kesihatan dan juga mental pada anak anak ini.

Gejala 3 (Tidur yang Terganggu )
Tahukah anda Kesakitan abdomen di waktu malam serta rasa gatal-gatal pada bahagian dubur pasti akan menimbulkan kebimbangan serta keresahan kepada anak anak ini di waktu malam dan semua ini boleh menyebabkan tidur terganggu dan ramai yang tidak menyedari bahawa ini adalah salah satu daripada gejala serangan cacing kepada kanak-kanak.

Gejala 4 (Kekerapan Meludah)
Anda harus perhatikan gejala ini kerana ramai ibu bapa beranggapan bahawa ianya adalah normal, Selalunya jika anak anda mula meludah banyak  disebab  faktor yang tidak jelas, sebagai contoh kerana sakit tekak atau tonsil, maka mungkin ini bukan tanda masalah saluran pernafasan , tetapi satu ciri kecacingan pada abdomen. Ini kerana peningkatan air liur di dalam mulut boleh disebabkan oleh cacing yang menyebabkan kanak-kanak sering meludah.

Gejala 5 (Masalah Anemia pada kanak kanak)
Gejala Anemia boleh dikatakan amat berkait rapat dengan Cacing didalam usus yang dapat menyerap zat besi hasil yang  diperlukan oleh anak untuk menghasilkan sel darah merah, jadi jika anak mempunyai  masalah kecacingan dalam tempoh tertentu, ia merupakan faktor yang menyebabkan anemia dengan ciri ciri  tubuh  kanak kanak yang lemah dan pucat.Jika ianya bertambah parah Cacing  juga boleh menyebabkan berlaku pendarahan sistem pencernaan yang mengakibatkan gejala anemia pada kanak kanak.

Gejala 6 ( Najis terlalu Busuk)
Kita ketahui najis memang berbau bususk , tetapi bagi kanak kanak yang mempunyai masalah kecacingan selalunya najis yang dihasilkan amatlah busuk .Ini kerana ianya mungkin menunjukkan berlakunya jangkitan di perut yang boleh disebabkan oleh cacing. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh makanan tertentu, atau pun jangkitan bakteria pada sistem pencernaan.

Gejala 7 (kurang selera makan)
Kanak kanak yang mempunyai masalah kecacingan selalunya mempunyai masalah didalam selera makan , ini kerana masalah kecacingan ini menyebabkan kanak kanak ini mudah berasa kenyang dan juga tidak mempunyai nafsu makan .Ini juga merupakan petanda masalah kecacingan yang boleh kita perhatikan kepada kanak kanak yang kurang selera makan.

Gejala 8 (Ruam pada Kulit)

Dalam beberapa kes yang sangat jarang berlaku tetapi boleh juga berlaku dimana cacing boleh menyebabkan ruam pada kulit atau bintik merah di tangan dan kaki yang selalunya terjadi apabila cacing sudah mula berada pada bahagian kulit manusia yang paling nipis ,biasa gejala ini terhasil dengan bentuk lingkaran seperti urat pada bawah kulit di iringi rasa gatal dan sakit pada bahagian kulit itu.

Gejala 9 (Kurus)
Ada  waktu nya kanak kanak ini memiliki badan  yang kurus, ini kerana apabila nutrien penting yang perlu digunakan untuk pertumbuhan kanak-kanak telah diserap dan diambil oleh cacing, dan  ini pula ditambah dengan gejala-gejala kecacingan kepada kanak-kanak dalam bentuk tiada selera makan, maka keadaan ini akan menjadikan berat badan kanak-kanak itu sukar meningkat dan bahkan cenderung menjadi sangat kurus.

Gejala 10 ( Perut yang membuncit bagi kanak kanak Kurus)
Gejala ini kadang kadang boleh diguna pakai , ini kerana kebanyakan kanak kanak yang mempunyai masalah cacing ini selalunya mereka mempunyai abdomen atau perut yang buncit , walaupun memiliki tubuh badan yang kurus , tetapi memiliki perut yang buncit boleh dikatakan antara gejala kecacingan.

Gejala yang saya nyatakan diatas adalah merupakan gejala yang umum dan kerap berlaku kepada kanak kanak , apa yang perlu anda ketahui ialah lihatlah setiap perkara yang berlaku kepada anak anda, termasuk sama ada terdapat ciri-ciri cacing kanak-kanak seperti saya nyatakan di atas, jika terdapat gejala gejala ini maka  pemeriksaan cepat  amatlah penting sebelum cacing ini memberikan kesan yang negatif dan mudarat buat anak anak anda . Wallahuaklam..


0 Comments:

Another Blogers