Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Monday, January 29, 2018

Penipuan Ulat Resdung

Resdung dari segi perubatan.

Bismillahiramanirahim ,Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan masyarakat tentang penipuan yang berkaitan dengan resdung , Tahukah anda bahawa resdung atau dalam panggilan perubatan dipanggil sinusitis ,

Apakah yang kita tahu mengenai sinusitis ini?



Dalam bahagian perubatan sinusitis adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku pada bahagian rongga sinus yang terletak di bahagian tengkorak, manakala penumbuhan jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit pada individu tersebut. Maksud Sinus adalah bahagian rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi laluan atau bahagian hidung. Bahagian sinus ini  dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary. contohnya ada di bawah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ini.
Untuk makluman anda semua apabila membran mukos atau bendalir yang terdapat pada bahagian rongga ini mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, maka ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang selalunya akan mula mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus .
Secara umumnya apabila seseorang mengalami alahan, Pada bahagian lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan mula membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal seperti biasa. Apabila bahagian rongga sinus yang tersumbat ini terjadi maka ianya berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah serta menghasilkan komplikasi Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak serta boleh membawa kematian (Sepsis)
Dr yang pakar selalunya mengesan penyakit resdung  melalui kaedah perubatan yang dipanggil endoskopi iaitu Satu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus bertujuan Dr dapat melakukan  pemeriksaan dengan lebih teliti bagi mengetahui apa sebenarnya situasi atau masalah yang berlaku di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit resdung ini. Selalunya ketika pemeriksaan dilakukan oleh Dr ,jika mukos atau lendir di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat serta agak mustahil dikeluarkan sendiri oleh pesakit, satu tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Jika pada peringkat yang lebih serius, selalunya Dr terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan jika ianya dikesan.
Hasil daripada kajian sebanyak 80 peratus daripada penghidap asma atau lelah , ia berpotensi untuk mendapat serta menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada daripada rawatan menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka tetap masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, ianya selalu bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing bagi melawan jangkitan kuman .

Antara Gejala dan simptom sinusitis yang paling biasa dihadapi pesakit ialah
Gejala muncul dalam Sinusitis kronik termasuk:
  • Hidung berair dan kesesakan untuk bernafas
  • Sakit kepala.
  • sakit pada bahagian muka.
  • Deria bau yang semakin berkurang.
  • Nafas yang berbau
  • Lendir serta kahak yang kuning atau hijau.


Fakta yang paling penting ingin saya tekan kan bahawa masalah Sinusitis ini tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada  keturunan seperti dimomokkan dalam masyarakat kita .Bagaimanapun, daripada kajian perubatan masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada permasalahan resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Persoalanya , benarkah resdung ini disebabkan ulat , 





ingin saya tekankan dalam perubatan tiada istilah ulat resdung , kebanyakan rawatan tradisional yang digunakan adalah dari lipas yang sememangnya lipas itu sendiri mengandungi sejenis cacing atau ulat kecil didalam abdomen lipas itu , Kita ketahui lipas merupakan agen penyebaran bakteria , dan jika anda diberi pilihan untuk membiarkan lipas ini disapukan di muka anda ,saya rasa anda akan menolaknya 100% , maka ingin saya tekankan ulat resdung adalah lebih kepada mitos masyarakat melayu .
Oleh itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan dan semestinya rujukan kepada pihak Pakar seperti Dr ENT adalah amat digalakkan bagi masyarakat mendapat gambaran yang sebenar. Wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers