Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Tuesday, January 23, 2018

Cara menghilangkan daki

Cara menghilangkan Daki dengan Cepat dan Murah.

Bismillahirahmanirahim , Hari ini semasa kerja saya diajukan soalan oleh seorang ibu yang membawa anaknya menerima rawatan fisio di hospital tempat saya bekerja , semasa berborak dengan ibu tersebut  dia menceritakan bahawa anaknya kuat berpeluh dan juga leher baju sekolah kadang kadang hitam di sebabkan daki , sedangkan umur anaknya baru 12 tahun tapi mempunyai masalah kehitaman di bahagian leher disebabkan daki.



Bila dia menceritakan masalah daki di bahagian leher nie saya teringat pada satu petua yang pernah pesakit saya yang memakai cast atau plaster patah  ,dia menghilangkan kulit mati pada bahagian tangan dengan effisien dengan menggunakan bahan bahan semula jadi dan juga murah untuk didapati iaitu

1. Minyak Kelapa 
2.Gula pasir 

Cara yang dilakukan mengingatkan saya cara scrubing yang biasa digunakan untuk membuang sel sel atau kulit mati .

cara cara penyediaanya ialah 

  • Memasukkan 2 sudu minyak masak didalam mangkuk kecil 
  • setengah sudu Gula dicampurkan dan digaulkan 
  • ambil bahan yang dicampurkan ini dan gosok di bahagian yang berdaki 
  • Lakukan didalam bentuk sapuan bulatan pada kulit ini sehingga gula itu larut dan melekat kepada kulit.
  • biarkan di dalam 15 ke 20 minit dan dibilas dengan air bersih.


Hasil daripada penggunaan bahan ini amat memberansangkan kerana dalam sehari pesakit saya itu dapat menghilangkan semua kulit kulit mati yang disebabkan pemakaian plaster patah yang agak lama bagi penyembuhan , tak hairan jika tips ini mampu menghilangkan daki daki yang terhasil.
wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers