Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Wednesday, January 17, 2018

Luka tidak boleh basah

Mengapakah Luka tidak boleh kena air?

Bismillahirahmanirahim , Hari ni mood asyik nak berblog je , alhamdulillah allah mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu ini kepada pembaca pembaca blog saya.
selalu atau saya katakan setiap hari saya melakukan rawatan kepada pesakit yang melakukan pembedahan Total Knee Replacement (Total Knee replacement (Tukar Sendi lutut), Total Hips Replacement (Tips selepas pembedahan sendi pinggul), Putus Tendon (Tendon Ruptures) dan bermacam macam jenis pembedahan yang mengakibatkan ada luka . Dalam blog saya ini , ingin saya jawab kenapa selepas pembedahan kebanyakan pesakit tidak dibenarkan membasahkan luka pembedahan dan juga dikenakan air.


InshaAllah ini adalah jawapan yang ringkas dan memberikan anda sedikit info mengenainya.

Apabila berlakunya luka di bahagian kulit , anda memang  disarankan untuk sekadar segera dan cepat mencuci bahagian luka tersebut dengan air mengalir. Dari segi fisiologinya bahagian luka yang lembab memang akan mempercepat kan proses kulit untuk kembali bercantum dan juga sembuh. Selain daripada itu, kesan akan berlakunya peradangan pada luka yang lembab pun lebih kecil risikonya jika  dibandingkan dengan luka yang kering, adakalanya luka itu mempunyai parut yang lebih kecil dan tidak menampakkan hodoh.

Tetapi tahukah anda semua , air adalah merupakan tempat tinggal  yang sangat ideal bagi kuman serta bakteria yang tidak kelihatan melalui mata kasar. Jika air ini kerap kena kepada Luka yang terbuka terutamanya ketika mandi maka ini akan menyebabkan masuknya kuman-kuman tersebut ke dalam  bahagian di dalam tubuh manusia dan meletakkan kita untuk mendapat risiko jangkitan kuman pada luka tersebut

Jangkitan kuman pada luka ini akan mengakibatkan tempoh penyembuhan pada bahagian luka ini sukar untuk sembuh lebih teruk jika ianya sudah melarat. Akibatnya, luka pun jadi semakin sukar untuk sembuh dan bernanah.
lagi satu pekara untuk kita fahami air mudah larut dan meresap ke dalam sel sehingga membuat sel kulit yang  menjadi bengkak dan pecah. Pekara yang berlaku ini akan menyebabkan sel kulit mati, bukannya memperbaiki diri untuk sembuh malah menjadi lebih teruk.

Teknik membasuh  atau mencuci bahagian luka hanyalah dijadikan sebagai langkah perawatan awal ketika Anda terluka bagi membuang atau menyingkirkan benda asing yang melekat pada luka seperti tanah, pasir atau habuk. Setelah luka dicuci pastikan luka jangan terlalu lama basah. Segera keringkan bahagian tersebut dan tutup dengan pembalut luka yang boleh kita beli di farmasi , elakkan menggunakan kapas kerana kapas akan melekat di bahagian luka terpsebut.

Oleh itu para pembaca sekalian apa asa yang penting ialah pastikan luka tetap selalu kering dan tertutup selama proses pemulihan. ini kerana luka yang kering adalah meminimumkan risiko untuk terjadinya infeksi.Secara kesimpulanyai, beberapa kajian perubatan telah dilakukan menunjukkan bahawa luka yang dicuci dengan air yang bersih seperti air pili yang terus mengalir selama beberapa minit memiliki risiko infeksi yang lebih kecil.tetapi harus diingat  airnya mestilah bersih dan bebas dari kontaminasi bahan-bahan kimia serta bahan asing yang memudaratkan.wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers