Bismillahirahmanirahim,
Pagi semalam saya diberitahu rakan karib ayah saya telah menemui Allah yang esa
, pada waktu sekarang tiada yang boleh menafikan kematian , ada yang mati di
usia muda dan ada yang di usia tua , tetapi sebagai hamba Allah kita tahu bahawa
mati itu pasti , Cuma apa yang ingin saya kongsikan sini pada entry blog saya
kali ini , apakah persediaan kita kepada perbelanjaan kesihatan yang akan kita
laburkan suatu masa nanti.
Pengalaman
saya apabila bekerja di bahagian kesihatan atau di hospital ini mendekatkan
diri saya kepada penciptanya , kadang kadang kita tak sedar bertapa bernilainya
satu anugerah yang di kurniakan allah yang dipanggil nikmat kesihatan .Kesihatan
badan manusia adalah satu nikmat yang paling bernilai dan tidak dapat dijual
ganti , bertapa bernilainya kesihatan ini saya rasa tuan tuan sendiri tahu.
Kita lihat sahaja Steve Jobs seorang genius yang membina empayar Apple ,secara
jujur kita katakan dia adalah jutawan dan kalau diikutkan secara fikiran kasar
dia mampu membayar kesihatan ini ,tetapi penyakit yang dihidapi oleh beliau
lagi hebat dan sukar diubati. Ini lah yang patut kita fikirkan pada masa ini
kenapa kesihatan ini amat bernilai.
Duit dan
kekayaan bukanlah segalanya mampu untuk membeli kesihatan tetapi dengan adanya
kekuatan ekonomi seseorang individu itu ia mampu menyediakan rawatan yang
terbaik buat diri mereka dan juga keluarga mereka itu sendiri. Selalu soalan
ditanya oleh pesakit pesakit kepada saya berapakah anggaran kos perubatan
dinegara Malaysia ini.
Disini saya
tampilkan anggaran kos perubatan yang
boleh memberikan sedikit penerangan dan info apakah jumlah wang yang perlu kita
laburkan untuk membeli kesihatan kita
- Tahukah anda jumlah anggaran sesuatu pembedahan jantung yang dilakukan di hospital pakar swasta anggaran adalah sekitar Rm 30,000 sehingga RM 50,000 ,dan setiap block atau sumbatan pada jantung anggaran dalam sekitar RM8000.
- Bagi rawatan ballon atau angioplasty dimana salur darah yang tersumbat dibesarkan dengan prosedur memasukkan belon ke bahagian yang tersumbat bernilai dalam anggaran RM 16,000 sehingga RM25,000, serta pemasangan stent pula di sekitar RM5,000 sehingg RM13,000.
- Pembedahan pemindahan jantung pula dianggarkan sekitar RM 50,000 sehingga RM80,000
- Rawatan selepas serangan jantung juga memakan belanja atau kos yang besar dengan anggaran sekitar RM10,000 ke RM30,000.
- Bagi Rawatan Pulmonari Hipertensi atau tekanan darah tinggi ,perbelanjaan perubatan semakin meningkat dengan anggaran sekitar RM20,000 ke RM 40,000.
- Antara yang memberikan kesan kepada pesakit buah pinggang ialah kos dialysis yang semakin meningkat , disini ianya menyatakan anggaran kos sekitar RM1500 bagi setiap bulan yang dilakukan di pusat dialysis kebajikan , bagi saya anggaran itu pun sudah membebankan di mata kasar.
- Pemindahan pembedahan organ bagi buah pinggang adalah dianggarkan sekitar RM 100,000 dan bayaran perubatan yang perlu pesakit lakukan setiap bulan bagi ubat ubat yang diberi dianggar sekitar RM2000 ke RM3000 setiap bulan.
- Rawatan pembedahan bahagian otak pula ianya dianggarkan sekitar RM 25,000 ke RM 40,000.
- Stroke juga memakan perbelanjaan yang besar pada masa kini dengan anggaran perubatan ialah di sekitar RM 30,000 ke RM 60,000.
- Prosedur pembedahan yang melibatkan bahagian paru paru dianggarkan sekitar RM2000 ke RM8000.
- Kos pembedahan pemindahan hati boleh dikatakan antara kos peubatan yang tertinggi di malaysia iaitu dianggarkan sekitar RM300,000 ke RM400,000.
- Pembedahan tulang belakang pula anggaran di sekitar RM20,000 ke RM 30,000.
- Jika Dilihat pembedahan pemindahan sum sum tulang juga merupakan antara pembedahan yang memakan belanja yang besar dan dianggarkan sekitar RM350,000 kos dewasa dan dimana kos kanak kanak adalah di sekitar RM120,000 ke RM150,000.
- Rawatan Kanser dan barah juga antara kos rawatan yang tertinggi dimalaysia yang dianggarkan sekitar RM3000 ke RM400000, bagi rawatan Chemotherapy satu sesi rawatan memakan belanja sekitar RM500 ke RM10000 dan rawatan radiasi terapi di sekitar RM1,200 ke RM2000 bagi satu sesi ,jika dikalikan 10 sesi ianya mampu menelan kos yang lebih tinggi.
- Pembedahan kecil dan general selalunya anggaran di sekitar RM1000 ke RM8000.
Jika kita melihat keratan akhbar yang dilaporkan pasti ianya meruntun perasaan kita dimana kita lihat sendiri kos yang perlu ditanggung bagi merawat sesuatu penyakit itu , Kita perhatikan kehidupan kita dan juga apakah kita betul betul menjaga kesihatan iaitu anugerah yang dikurniakan allah ini dengan sebaik baiknya , apa yang perlu kita perhalusi ialah kesihatan ini juga merupakan kekayaan dan juga merupakan pinjaman yang boleh ditarik pada bila bila masa , kenapa jika pagi kita ke tempat kerja dalam keadaan yang sihat tetapi jika diuji dengan berlakunya kemalangan maka kesihatan itu boleh hilang begitu sahaja , sebab itulah saya ingin katakan bahawa jaga pemakanan , lakukan senaman berkala, lakukan pemeriksaan rutin amalkan pemakanan sunnah insha Allah selebihnya tawakal kepadanya. Cuma apa yang paling penting untuk diri saya dan juga pembaca semua untuk menyediakan duit dalam jumlah yang besar adalah sesuatu yang mustahil , sediakan payung sebelum hujan dengan mendapatkan insurans kesihatan yang suatu masa nanti mampu membantu meringankan bebanan kita .wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment