Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Monday, May 25, 2015

Cara senaman Spinal Stenosis

Spinal Stenosis

Bismillahirahmanirahim

Asalamualaikum , malam malam nie kadang kadang best juga menaip sambil melayan fikiran ,
malam nie terfikir pulak nak menaip kisah stenosis nie...

Apa itu spinal stenosis ?

Mengikut kajian ianya merupakan satu masalah atau gejala abnormal yang berlaku pada ruang laluan saraf , ianya mengakibatkan tekanan berlaku pada saraf tunjang belakang yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan bahagian belakang dan boleh menjalar ke bahagian kaki...


 Apakah Punca spinal Stenosis ini boleh berlaku...
 banyak faktor yang boleh saya kaitkan dengan permasalahan  ini antaranya ialah

Peningkatan Umur.

Apabila umur kita meningkat maka akan berlaku proses proses yang boleh mengakibatkan tulang tulang kita menghasilkan tulang lebihan yang dipanggil spur , penyempitan saraf akan berlaku pada bahagian laluan saraf tunjang dan akan mengakibatkan saraf itu mengalami himpitan.

Arthritis Dua Punca utama arthritis yang kerap berlaku dan penyumbang besar pada spinal stenosis ialah
1.Osteoarthritis
2.Rheumatoid Arthritis

Keturunan
 Faktor keturunan juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah ini , ianya lebih berkaitan dengan masalah genetik .Ada ketika masalah ini boleh berlaku kepada peringkat usia yang muda disebabkan abnormal yang belaku pada bahagian tulang belakang sejak kecil lagi.

Kedudukan Tulang Belakang yang tak stabil (spondylolisthesis)
Jika tulang belakang mengalami ketidak stabilan , maka himpitan pada saraf boleh juga berlaku.

Tumor pada Tulang belakang
Penumbuhan tumor pada bahagian tulang belakang juga dikatakan antara penyumbang kepada spinal stenosis ini, ianya mengakibatkan penumbuhan tisu yang abnormal pada bahagian laluan tulang belakang yang boleh mengakibatkan himpitan pada ruang saraf serta menyempitkan laluan.

Trauma
Kemalangan yang mengakibatkan patah pada bahagian tulang belakang juga boleh menjadi penyumbang kepada penyempitan lubang saraf apabila lubang saraf mengalami penumbuhan tulang yang tak sekata dan fragment tulang yang tumbuh dalam keadaan yang abnormal.

Apakah Simptom yang biasa dirasai oleh pesakit spinal stenosis ?
Pesakit kadang kadang mempunyai jenis sakit yang berbeza bergantung kepada punca stenosis dan level yang terkena
Tetapi kadang kadang sakit ini didatangi dengan sakit belakang dan juga sakit pada bahagian kaki disebabkan saraf yang tersepit .

  • Antara simptom lain yang biasa dilihat ialah kaki menjadi lemah dan mudah rasa hendak jatuh serta rasa malas pada bahagian kaki.
  •  Rasa Sakit yang amat ketika berjalan dan rasa seperti jarum mencucuk cucuk bahagian belakang dan kaki
  • Rasa kebas dan kadang kadang rasa kaku , pijar dan seram sejuk pada bahagian kaki.
Rawatan Yang sesuai

Dalam bahagian fisioterapi antara rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada assesment yang dilakukan kepada pesakit.

  • Terapi Panas dan sejuk merupakan rawatan yang paling ringkas untuk pesakit merawat kesakitan dengan cara yang membantu mengurangkan kesakitan yang berlaku pada bahagian belakang dan juga kaki.
  • Penggunaan Lumbar traction juga membantu bagi sesetengah kes tetapi kadang kadang tanpa assesment yang betul ianya boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit , tetapi melalui pengalaman saya banyak pesakit yang melakukan rawatan traction kesakitan dibahagian kaki berjaya dikurangkan sehingga 80 peratus.
  • Penggunaan Tens juga membantu bagi mengurangkan rasa sakit yang terhasil dari saraf dan ianya dapat dilihat apabila ianya diletakkan dibahagian yang betul kesakitan dari otot dan saraf berjaya dikurangkan.
  • Ultrasound Therapy , pengunaan ultrasound adalah praktikal bagi kawasan sakit yang keluasanya adalah kecil atau localize pain area.
  • Senaman Tulang belakang, ianya amat membantu bagi membekalkan darah yang baik bagi bahagian tulang belakang , ianya juga mampu menguatkan bahagian tulang , ligament dan juga kedudukan struktur tulang bagi mengelakkan kecederaan berlaku lebih parah.
  • Postur yang baik adalah kunci kepada pengurangan masalah sakit belakang yang terhasil dari masalah stenosis ini.
  •  Pengambilan Ubat ubatan yang betul seperti diarahkan pakar amat membantu pesakit dalam mengurangkan gejala yang tidak selesa
Senaman Senaman yang boleh dilakukan

Bengkokan lutut dan secara perlahan lahan tarik dan rapatkan kedada , pastikan ditahan dalam 10 saat dan lakukan ulangan sebanyak 10x

 

letakkan tangan di atas lutut kemudian secara perlahan tarik rapat kedada dan di tahan seperti ulangan senaman 1 tadi





 Senaman berikutnya bengkok kan kedua dua lutut dan secara perlahan golekkan ke kiri dan kekanan serta secara perlahan lahan tarik dengan tangan bagi rasa comfort stretch lakukan ulangan seperti senaman 1 tadi.

Senaman diatas Ini adalah kontraindikasi atau jangan dilakukan jika anda mengalami masalah stenosis, apa apa jua senaman berbentuk extension adalah patut dielakkan dari anda lakukan kerana ianya mampu mengakibatkan sakit bertambah dan menyebabkan himpitan berlaku lebih kuat....

So Untuk ini sahaja yang saya ingin sharekan dan semoga sedikit ilmu ilmu ini mampu anda manfaatkan dan gunakan sebagai panduan bagi mengatasi masalah ini...



0 Comments:

Another Blogers