Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Wednesday, May 20, 2015

Apakah itu Penyakit Stroke / Angin Ahmar

Stroke
Bismillahirahmanirahim,

Asalamualaikum , untuk post entry kali ini , aku nak share sikit berkaitan masalah kesihatan yang paling ditakuti oleh masyarakat atau dalam erti kata lain Hamba Allah ,minta dijauhkan sakit ini .

Apa itu  Angin Ahmar/Stroke ? ,
Dalam sains atau ilmu perubatan stroke merupakan satu keadaan dimana mengikut sumber wikipedia health ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Tanda -tanda Angin Ahmar
  1. Kebas sebelah anggota badan
  2. muka menjadi senget tidak semetri
  3. kesukaran bercakap dan menelan
  4. pengsan
  5. kesukaran untuk mendapatkan keseimbangan badan
  6. pandangan menjadi kabur secara tiba tiba
  7. pening dan muntah muntah
  8. badan sebelah badan lumpuh /lemah secara tiba tiba.
untuk tanda tanda ini kadang kadang ianya datang dengan mengejut dan juga secara berperingkat , tetapi melalui pengalaman aku , pesakit menceritakan selalunya badan mereka akan rasa kebas sebelah badan dahulu dan diikiuti dengan rasa lemah.

Apakah tindakan yang perlu kita Lakukan ?
Apabila muncul sahaja tanda tanda yang disebutkan diatas ,kita cuba ingatkan formula ini

"FAST"
  • F = (FACE / MUKA)-perhatikan muka pesakit ,dan suruh pesakit cuba senyum , perhatikan adakah wajah mereka mula senget dan tidak simetri.
  • A= (ARM/ TANGAN) - suruh pesakit cuba mengankat kedua dua tangan dan lihat bahagian atau tangan mana yang dia rasakan berat atau kebas.
  • S= (SPEACH/PERCAKAPAN) - suruh pesakit cuba bercakap dan mengulang ayat yang mudah dan perhatikan setiap percakapan ianya mengalami pelat atau kesukaran bertutur.
  • T=(TIME/MASA) - Ini peringkat yang paling penting , jika anda melihat salah satu sign atau simptom ini ada , ini bermakna anda perlu ke hospital dengan kadar yang segera.
Jenis -jenis Angin Ahmar

1.iskemik Stroke
sebanyak 85 % stroke adalah dari jenis iskemik ,ianya berlaku apabila adanya penyempitan salur darah yang membawa darah ke otak dan mengakibatkan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan ada bahagian otak yang rosak.
dua Jenis iskemik stroke yang kerap berlaku adalah
  • Thrombotic Stroke.
ianya berlaku apabila salur darah di bahagian ateri  yang menyalurkan darah ke otak tersumbat dan ianya berpunca dengan enapan plak pada salur darah.
  • Embolic Stroke.
ianya berlaku apabila ada darah beku (dari Deep Vein thrombosis) , enapan plak yang tertanggal dari salur darah dan mengalir melalui salur darah dan menyebabkan berlaku penyumbatan salur darahke bahagian otak (ianya dipanggil Embolus)

2 .Hemoraghic Stroke
Ianya berlaku apabila adanya kebocoran salur darah di otak diatas tekanan darah yang tinggi atau traumadi bahagian kepala, aneurysm juga merupakan salah satu punca pendarahan di otak boleh berlaku. kerap membawa kematian jika lambat dirawat.

  • Intracerebral haemorraghe
ianya berlaku apabila salur darah di bahagian pecah dan merebak kebahagian yang lain seperti di bahagian tisu tisu otak, yang akan mengakibatkan kerosakan sel sel tisu otak.

  • subarachnoid hemorraghe
ianya berlaku apabila ateri di bahagian permukaan otak pecah diantara otak dan tulang tengkorak mengakibatkan pendarahan yang serius, pendarahan begini selalunya didatangi dengan sakit kepala yang amat sangat.


Faktor Faktor penyumbang angin ahmar

Lifesyle.
  1. Obesity
  2. Heavy Drinker (Kaki Botol)
  3. Merokok
  4. Penggunaan Dadah (Ampethamin /cocain)
Penyumbang Lain
  1. Darah Tinggi
  2. Kencing Manis
  3. Kolestrol tinggi
  4. Sleep apnea (Kuat berdengkur menyebabkan Oksigen tidak sampai otak secukupnya)
  5. penyakit jantung atau salur darah .
  6. Keturunan
  7. Jantina - Lelaki > Perempuan
  8. umur 55 tahun ke atas berisiko lebih tinggi.

Oleh itu pencegahan adalah amat penting kerana islam amat mementingkan kesederhanaan dari segi pemakanan dan juga cara kehidupan , maka untuk mengelakkan pekara ini berlaku atau sebagai ikhtiar 
antara doa yang mudah di amalkan saya lampirkan di sini

 insha Allah pada post yang akan datang saya akan ceritakan sedikit bab rawatan pemulihan angin ahmar melalui fisioterapi.
wassalam

0 Comments:

Another Blogers