Slipped Disc
Asalamualaikum... Hari nie aku nak cerita sikit berkaitan masalah yang paling selalu aku dengar dari pesakit pesakit aku...Iaitu sakit belakang..atau dalam bahasa omputihnya Back pain...jenis sakit belakang nie banyak tapi hari nie aku nak citer pasal PID (prolapse Disc )atau dalam melayunya disc tergelincir..Macam pelik je bunyinya..hu hu anyway aku tahu setiap orang tak kira laki ke pompuan ke ,melayu, cina, india dan lain lain mesti ada sejarah sakit belakang nie...
Punca punca sakit belakang (PID) biasanya yang disenaraikan oleh pesakit aku- Angkat benda berat- Kalau tanya je kenapa sakit belakang makcik..jawapan dia angkat cucu, aku tanya balik makcik punya cucu berapa tahun umurnya..dia kata la 6 tahun..memang la makcik bukan setakat belakang je boleh sakit silap-silap patah facet joint makcik .
- Jatuh - Ini satu hal lagi, jatuh merupakan jawapan yang paling feymes kalau sakit belakang nie ,kadang kadang siap buat demonstrasi lagi cara dia jatuh, ada la satu uncle nie dalam usia usia emas dia cerita kat aku ngan penuh semangat dan penuh keyakinan macam mana dia jatuh , punya la panjang citer dia last last kesimpulan dia pijak air liur cucu dia yang umur 8 bulan ,sebab baby tue merangkak sambil melepaskan air liurnya yang penuh kelikatan itu di atas lantai, maka uncle ini jatuh baik punya atas tulang punggung dia.
- Tak tahu punca- ini pun jawapan yang kadang kadang pesakit aku tak tahu kenapa dia boleh sakit belakang, ada satu brother nie siap cakap kat aku ,dia bangun tidur je dia dapat sakit belakang, yang peliknya dia kata katil tidur dia harga beribu raban jenama terbaik antara benua , tapi kena sakit belakang juga, siap dia kata ada penunggu lagi duduk atas belakang dia , he he he terkejut juga aku pemikiran dia sampai tahap itu.
so apa yang aku nak share kat sini sebenarnya sakit belakang nie boleh terjadi dalam apa jua bentuk pun tetapi mesti ada sesuatu yang menyebabkan ianya menjadi lebih teruk, sebab takkan la tepuk sebelah tangan lagi sebelah boleh berbunyi ..betul tak ..
ini salah satu gambar yang simple untuk korang faham kenapa sakit belakang tue boleh terjadi
Setiap manusia yang diciptakan Allah amat unik dan hebat , tetapi secara lumrahnya semua itu adalah pinjaman darinya , maka jika sampai masa dia ambil , maka dia akan ambil..
Tulang belakang kita mempunyai sejenis rawan (Disc) yang begitu kompleks dan unik , ianya berfungsi untuk menahan segala macam tekanan dan juga geseran, tetapi jika sampai waktu dan masanya ianya akan tamat tempoh juga sama la seperti absorber kereta lama lama spoil juga , cuma rawan ini lebih bertahan lama dan kadang kadang sampai hujung nyawa kita.
Jika korang pegi hospital maka Dr pun cakap anda mempunyai masalah tulang belakang , dalam erti kata lainya slip disc..pening juga ye bila memikirkan macam mana la disc nie boleh tergelincir pulak , macam keretapi tergelincir dari landasan.Sebenarnya ianya boleh berlaku apa bila ada daya tahan yang terlalu kuat berlaku di turus tulang belakang kita maka tekanan ini akan mengakibatkan tulang belakang ini mengalami bulge atau untuk mudah korang paham, rawan (disc) ini mengalami kebocoran..alamak makin pening nak paham nie .. ok lah sebenarnya dalam Disc ianya mempunyai cecair yang dipanggil Nucleus Pulposus, bendalir inilah yang berfungsi untuk menjadi absorber untuk setiap pergerakan tulang belakang kita.
Tetapi apabila belakunya kebocoran pada dinding annulus fibrosus, cecair ini akan merebak keluar dan mengeras di sekitar disc maka ianya akan menghimpit saraf yang sememangnya sebelum ini bebas bergerak di sekitar tulang belakang kita, sebagai contoh sebelum nie highway 3 lorong tapi ada roadblock tutup dua lorong maka makin sempit la laluan dia.
Sakit belakang nie umpama sakit gigi , bila kena semua benda tak kena , kadang kadang kucing lalu pun kucing nak disepaknya..ish ish kejam kejam...itu story dari patient aku la..dalam web dan alam maya nie banyak info berkaitan PID yang boleh korang google..kerana segalanya bermula di hujung jari anda ..
Insha Allah dalam next entry aku akan postkan apa rawatan asas yang boleh korang lakukan kalau PID nie kena pada korang tetapi percayalah tiada penyakit yang diturunkan allah mesti ada penawarnya ..yang penting usaha dan tawakal..
0 Comments:
Post a Comment