Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Wednesday, February 10, 2016

kelebihan Mandi awal pagi


Bismillahirahmanirahim , Hari nie nak kongsikan sedikit tentang kelebihan mandi di awal pagi. Apa yang kita tahu waktu pagi  merupakan waktu yang tepat untuk memulakan pelbagai aktiviti. Saya rasa semuanya setuju udara yang paling sedap dihidu adalah udara pada waktu pagi, Udara pada waktu pagi merupakan udara yang bersih dan juga mengandungi Oksigen yang tinggi untuk larut di dalam air.  Kajian ini yang menyebabkan kandungan zat air itu pada pagi hari menjadi lebih baik untuk kesihatan tubuh.
Kita sering dimomokan mandi terlalu awal pagi akan menyebabkan kita jatuh sakit , tetapi tahukan anda kajian yang dilakukan kepada mereka yang mandi awal sebelum masuk waktu subuh ,system ketahanan badan mereka naik 3 kali ganda daripada biasa , ini secara tidak lansung akan memberikan kita tubuh badan yang sehat.
Kajian yang dilakukan di Jepun terdapat 3 gaya hidup sehat yang boleh dilakukan sebelum jam 6 pagi iaitu berolahraga, minum air putih, dan mandi. Mandi pagi merupakan salah satu aktiviti yang sulit dilakukan sebagian orang ini kerana kebanyakan orang memberikan alasan karena kesejukan air di pagi hari  akan membuat anda rasa malas untuk mandi awal pagi
Disini saya nyatakan kelebihan dan manfaat mandi di awal pagi.



1.       Membaiki system peredaran darah
Kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis di UK ,mereka mendapati memandi di waktu pagi akan mengaktifkan tubuh badan dengan belakunya pengembangan dan pengecutan salur darah di atas keaktifan jantung berdengup dengan pantas hasil ransangan air sejuk , ini akan menyebabkan suhu badan manusia akan naik bagi mengekalkan suhu badan yang normal. Kebaikan yang dilihat ialah pengaliran darah manusia akan menjadi lancer dan juga menjadikan tubuh badan merasa segar.

2.       Membantu penghasilan darah Putih .
Sel darah putih merupakan salah satu system pertahanan badan untuk melawan kuman dan bakteria yang menyerang manusia , dengan mandi di awal pagi system kekebalan tubuh akan diaktifkan kesan dari pada peningkatan penghasilan darah putih yang berlaku kesan dari tindak balas otak dan juga sum sum tulang.

3.       Pengurangan Masalah Rheumatik
Air yang dingin di waktu pagi juga merupakan salah satu anti inflamasi kepada sendi , ini kerana kajian menunjukkan suhu air diwaktu pagi mampu mengurangkan kesakitan yang terhasil daripada kesan inflamasi pada sendi.

4.       Mengurangkan Stress
Secara tidak lansung , dengan memandi di waktu pagi ianya akan menyebabkan otak menerima darah beroksigen yang tinggi kesan daripada serapan Oksigen yang baik di paru paru dan juga ianya merupakan salah satu cara otak menjadi segar , secara tidak lansung ianya membuatkan badan anda bersedia dan juga rasa relaks.

5.       Membantu mengurangkan risiko menghidap darah tinggi.
Dengan melancar kan system pembuluh darah , mandi pagi juga dipercayai  mampu mngurangkan bacaan darah tinggi  hasil daripada peningkatan system saluran darah yang baik.

6.       Mengurangkan Bacaan Gula
Ada kajian juga mengaitkan , bacaan gula mampu diturunkan kesan daripada memandi di awal pagi , ini kerana  jantung akan bertindak aktif dalam mengepam darah yang akan mengakibatkan pembakaran gula sebagai bahan tenaga di awal pagi.

7.       Membantu meningkatkan Kesuburan.
Selain itu memandi di awal pagi juga dipercayai dapat membantu tubuh badan meningkatkan hormone  testosterone pada lelaki serta hormone estrogen pada wanita,

8.       Meningkatkan pengaliran system limfa
Mandi pagi dapat membantu tubuh badan mengaktifkan system perjalanan limfa , yang mepunyai hubung kait dalam system darah putih manusia. Sistem ini merupakan system yang terhasil daripada berlakunya kontraksi pada otot tubuh badan manusia , yang secara tidak lansung akan membantu tubuh badan mendapat system yang baik.

9.       Membantu proses penurunan berat badan.
Siapa yang sangka , dengan mandi di awal pagi system kardiovaskular akan membantu tubuh membakar lemak dengan pantas bagi menghasilkan haba , secara tidak lansung ianya membantu tubuh badan kita  mengekalkan berat yang ideal.

10.   Mengatur Suhu Tubuh
Manfaat mandi di awal pagi merupakan salah satu cara tubuh badan kita dapat meresetkan suhu badan yang optimum iaitu 37 darjah celcius , hasil dari ini suhu badan kita merupakan suhu yang sihat dan membantu kita menjalankan aktiviti tanpa ada rasa lemah dan lesu.

Dalam islam sendiri kita digalakkan mandi dan berwudhu sebelum melakukan solat subuh , secara tidak sengaja pekara ini telah memberikan manfaat yang amat baik sekali pada tubuh badan kita tanpa kita sedari , kajian yang dilakukan inilah merungkaikan kebaikan mandi di awal pagi . Wallahuaklam..



Monday, February 8, 2016

Teknik Pengurusan Stress

Cara Menguruskan Stress Di tempat kerja .




Bismillahirahmanirahim , Siapa di atas dunia ini tidak pernah ada rasa stress , agak mustahil jika kehidupan kita hanya Happy Go Lucky sahaja bukan , sebenarnya stress ini ada kebaikan dan juga keburukan , andai kata didalam kehidupan manusia ini tiada stress mungkin tidak akan ada sebarang pekara yang akan kita siapkan .Kebanyakan kehidupan yang kita lalui masa kini boleh dikatakan zaman yang amat mencabar , dan kehidupan seperti inilah penyumbang kepada stress. Kadangkala situasi seperti ini akan mengakibatkan kita tidak mampu  untuk membuat keputusan yang baik dan kehidupan kita akan mengalami ketidak seimbangan apabila semakin dibebani tugas dan juga masalah yang mengakibatkan kita stress.

Tahukah kita , ada waktunya kita akan menjadi kecewa melihat betapa sedikit sahaja keputusan yang baik dalam kerja yang kita usahakan dengan gigih, adakalanya kita menjadi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bercuti mahupun merehatkan diri kita apabila terlalu sibuk dengan kerja.Andai kata situasi ini melanda kehidupan kita , ini bermakna kita perlu mencari jalan yang berkesan didalam menguruskan dan juga mengawal stress dalam rutin kehidupan harian kita .

Disini saya ingin kongsikan Tips yang boleh kita jadikan panduan sebagai membantu kita menguruskan masalah stress ini.

Cuba Amalkan susunan jadual rehat yang teratur.



Sebagai contoh , jika dalam waktu minggu itu kita dibebani kerja yang terlalu padat dan juga dateline yang dekat , cuba anda biasakan diri anda dengan menjadikan hujung minggu itu sebagai satu waktu yang privasi untuk diri anda sendiri bersama dengan keluarga , tetapi saya boleh katakan masa sekarang masyarakat lebih gemar menggunakan hujung minggu itu sebagai waktu mereka menyiapkan tugasan .Tahukah anda Quality time adalah diwaktu hujung minggu dimana kita offkan Handphone kita dan lakukan apa saja aktiviti yang boleh merehatkan minda kita , hormati waktu cuti hujung minggu itu sebagai waktu anda beristirehat.

Biasakan belajar berkata TIDAK.



Saya mendapatkan Tips ini dari Guru saya sendiri dimana dia mengetahui kelemahan saya ialah kerap mengasihi orang dan mudah sangat berkata Ya, disini saya ingin kongsikan sekiranya kita kerap berkata YA setiap kali seseorang memninta bantuan kita ianya sebenarnya  kita telah menambahkan beban kepada diri kita sendiri , ada waktunya pengawalan kerja yang efektif ialah kita mampu mengawal tugasan tugasan yang perlu kita lakukan dan kita perlu belajar bertegas dengan adakalanya berkata tidak , dengan kita hendaklah memastikan matlamat yang jelas dan fikirkan akibat jika mengambil terlalu banyak tugasan serta belajar menjadi adil kepada diri kita sendiri.

Ada waktu sendiri bersama pasangan dan keluarga.



Jika dilihat keadaan masa kini , kehadiran gadjet membuatkan kita semakin lupa cara yang paling mudah bersosial dengan keluarga , ada ketika HP lebih penting dari masa yang perlu diluangkan bersama dengan keluarga , jika  perlu apabila berkumpul dengan keluarga terutama di meja makan HP anda itu silentkan dan simpan di laci ,kunci jika perlu ambil kembali sesudah makan bersama , permulaanya agak sukar tetapi hasilnya saya boleh katakan itulah waktu yang paling dihargai oleh keluarga kita.

Tidur yang Cukup

Manusia memerlukan sekurang kurangnya 6 jam ke 8 jam untuk waktu tidur , tetapi fenomena ini semakin berubah dengan kehadiran gadjet yang semestinya menyebabkan kita akan melakukan aktiviti ini dahulu sebelum tidur dan tanpa sedar cahay ultra biru yang terpancar di screen HP akan mengakibatkan otak kita menerima gelombang supaya tidak tidur dan ini akan mengakibatkan kita kekurangan tidur tanpa sedar , quality tidur kita menjadi semakin lemah dan akan mengakibatkan fizikal kita semakin stress , oleh itu disiplinkan diri kita dengan menyimpan HP pada tempat yang sukar dijangkau seperti di hujung katil dan di dalam almari baju.

Mulakan Dengan Hobi baru .



Salah satu cara yang boleh menguruskan stress kita ini ialah melakukan sesuatu hobi yang baru dan hobi ini boleh saya katakan hobi yang berkaitan dengan sosial sesama manusia seperti menjadi ahli sukarelawan bagi badan badan kebajikan , di mana jika kita melakukan aktiviti ini sedikit sebanyak ianya menimbulkan rasa positif yang membawa kita keluar dari kotak pemikiran kita sendiri , sedikit sebanyak kita akan dapat merasakan satu kepuasan pada diri kita sendiri.

Luangkan Masa Bersama Rakan Rakan 

Ianya merupakan satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah stress ini , luangkan masa bersama sama rakan rakan dengan mengelakkan bercerita tentang perihal di tempat kerja , biasakan berjumpa rakan rakan ,kerana kajian menunjukkan hubungan bersama rakan rakan yang positif akan menghasilkan satu hormon penenang iaitu endorphin yang membantu kita merasa selesa dan juga terhibur.

Senyum dan Ketawa .

Kata orang putih Laughter is the best medicine , ianya memang betul dan selalunya kita akan rasa rileks dan happy jika diri kita dihiburkan , salah satu cara yang mudah ialah downloadkan apa jua bahan lawak yang boleh kita lihat ketika waktu stress dan selalunya apabila kita melihat cerita atau membaca himpunan bahan bahan jenaka ianya akan memberi sedikit kelegaan jika waktu itu kita mengalami stress.

Lakukan Riadah dan aktiviti fizikal.



Ianya merupakan satu rutin yang amat baik jika dapat diamalkan , lakukan aktiviti seperti berjoging , berbasikal , berjalan kaki di taman atau pusat riadah dan bersukan di Gym , apabila kita melakukan senaman seperti kick boxing dan juga muay thai , kita dapat lepaskan stress kita ke Punching Bag , ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kita hilang stress dan juga badan kita mendapat bonus iaitu Otak yang cerdas badan yang cergas.

Melihat Kehijauan Alam.

Sukar untuk pergi ke hutan dan juga menikmati pemandangan hijau , disini saya ingin kongsikan bahawa gunakan teknologi yang ada seperti laptop atau komputer kita ini dengan dekstop yang melihatkan pemandangan flora dan fauna , jika boleh gunakan screen saver yang mempunyai bunyi ombak ,air terjun dan juga kicauan burung , kerana bunyi dan suasana ini merupakan sajian kepada otak kita .

Dekatkan diri kita dengan Pencipta iaitu ALLAH SWT.



Inilah penawar yang paling berkesan didalam merawat penyakit stress ini , Kita ada ALLAH untuk mengadu dan memohon bantuan , 5 kali sehari untuk berjumpa dan meluahkan segala apa yang terjadi , tetapi kita lupa kepadanya dan kita lebihkan fikiran kita dengan bebanan kerja, banyakan berzikir dan mendengar alunan al quran atau membaca nya Insha Allah hati akan menjadi tenang.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza beza didalam mengawal stress mereka , tetapi cara yang saya lakukan ini adalah lebih kepada menasihati diri saya sendiri dan juga ingin berkongsi kepada umum andai kata ianya membantu alhamdulillah ,apa yang penting punca penyakit kronik sperti Hipertensi , kencing manis dan jantung berkait rapat dengan STRESS . Wallahuaklam..

Saturday, February 6, 2016

Manfaat dan Kebaikan Habatus sauda

Habbatus sauda

Bismillahirahmanirahim.
Tahukah anda apa itu jintan hitam , kadang kadang dalam masyarakat kita apabila berlaku satu fenomena tentang pemakanan ianya akan menjadi satu viral dan juga hebahan yang cepat , jika melihat keadaan masa kini  , terdapat bermacam macam penyakit dan juga kuman yang suatu ketika dulu dianggap sudah berjaya di kekang sekarang muncul kembali.

Pernahkah anda mendengar hadis ini


Saya tidak nafikan pada mulanya saya seorang yang percaya tentang perubatan dan juga ubat ubat moden , tetapi alangkah cantiknya islam kerana Allah telah mengutuskan rasulnya untuk membimbing kita dan juga menunjukkan contoh yang baik dan harus kita ikuti .
kepercayaan saya pada habatus sauda adalah bermula ketika 2009 iaitu waktu itu saya menghidap demam viral dan juga acute tonsilitis yang amat teruk sekali , sepanjang saya terlibat dalam bidang kesihatan ini saya amat bergantung kepada antibiotik yang diberikan oleh Dr , tetapi demam dan tonsil saya menjadi semakin parah sehinggakan rasa waktu itu hilang segala nikmat makan , bau, dan juga rasa . sehinggalah saya terbaca suatu artikel mengenai habatus sauda ini.
Dengan bantuan isteri dan ibu saya mereka pergi membeli kapsul habatus sauda dan bermulalah saya mengamalkanya sebagai salah satu pemakanan sunnah . Alhamdulillah dengan izin Allah SWT selepas mengambil habatus sauda dalam 2 hari saya sudah boleh makan dan juga minum tanpa rasa sakit yang teruk pada bahagian tekak serta tonsil. Saya percaya kebaikan habatus sauda sebenarnya jarang masyarakat kita mengambil tahu , dan ianya telah dikaji oleh saintis yang khasiatnya amatlah banyak disini saya nyatakan antara kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik dari seluruh dunia tentang khasiat habbatus sauda ini serta manfaat nya yang boleh kita ambil bagi salah satu cara mencegah penyakit yang terlalu banyak dan sukar diatasi pada zaman ini

Tumbuhan Habatus sauda dan Bijian hitam dari bunganya.

Meningkatkan Imuniti dan kekebalan tubuh .
Ini saya akui sendiri dengan pengambilan habatus sauda secara konsistant dan juga mengamalkan pemakanan sunnah ini , saya dapati batuk dan selsema agak sukar datang dan menyerang saya ,jika terkena dengan izin Allah 3 atau 4 hari ianya akan kebah cuma pengambilan masa jangkitan saya tambahkan 4 kali sehari .
  • Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
    US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 71
  • “ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser. Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona,USA 

  • Surat Khabar pernah menyiarkan suatu masa dulu
Meningkatkan penghasilan hormon yang baik .
Kajian yang dilakukan oleh saintis ianya mengakui , khasiat habbatus sauda ini merupakan salah satu alternatif rawatan kemandulan kerana bahan bahan semula jadi di dalam bijian hitam ini meningkatkan otak dalam merangsangkan penghasilan hormon kesuburan.
  • “ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
    Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
    Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt 
Anti Kanser dan tumor
Diakui bahawa kajian terbaru para saintis ,mereka melakukan kajian kepada beberapa jenis kanser dan tumor , hasil dari pengambilan habatus sauda ini ianya mampu mencegah dan juga mengelakkan kanser berlaku pada tubuh badan manusia , ini kerana bijian hitam ini mengandungi bahan bahan anti kanser serta radang .
  •  Habbatus sauda’ merangsang aktiviti sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perosak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
    Cancer Immuno-biology, South Carolina 
Mengurangkan Penat Dan lesu badan.
Ini diakui oleh saya sendiri , sebagai juruterapi anggota apabila merawat pesakit stroke dan juga spinal cord injuries ianya betul betul memakan tenaga , sehingga ada ketika saya rasa badan saya menyerap segala keletihan dan kelesuan yang dialami oleh pesakit saya , tetapi apabila mula mengamalkan habatus sauda ini , masalah kelesuan ini berjaya saya atasi dan alhamdulillah saya dapat memberikan fokus kepada kerja saya , 
  • ” Dengan pengambilan Nigella Sativa dapat melawan kelesuan ”.
    ” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Madu dengan perbandingan 2:1 ”. Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
Melawan kuman selsema dan batuk serta allergic
Seperti saya nyatakan tadi khasiat habatus sauda ini mampu melawan dan mengatasi kuman bawaan airbone kerana bahan bahan di dalam bijian ini merupakan anti histamin yang boleh mengatasi masalah alergic , adik bongsu saya mempunyai masalah alergic yang serius sehingga perlu bergantung kepada ubat ubatan , tetapi dengan habatus sauda masalah alergic serta selsema beliau berjaya diatasi .
  • “ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penentang Bronchitis”. 
    Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
  • ” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
Penambahan Susu Ibu
Isteri saya mengalami pengalaman ini sendiri , dengan pengambilan air rebusan habatus sauda ini alhamdulillah penghasilan susu badan buat anak saya mampu dihasilkan dengan baik , ianya diakui sendiri oleh pengeluar milk booster , jika anda lihat isi kandungan ianya pasti menggunakan bahan dari bijian hitam ini , tetapi saya lebih gemar merebus air habatus sauda ini dan mencampurkan sedikit madu bagi membantu penghasilan susu ibu ini buat anak saya.
  • “ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui” 
    University Pochefstroom
Membantu mengatasi masalah sembelit
Sahabat baik saya mempunyai masalah sembelit yang serius kerana pola pemakanan beliau amatlah tidak seimbang kerana kesibukan bekerja , sebab itu beliau mengalami masalah ini , kadang kadang dia menceritakan kepada saya pelbagai minuman susu kultur sudah diminum dan beliau juga memakan serat bagi mengatasi masalah sembelit ini , apabila membuat pemeriksaan dengan Dr , ianya normal , sehinggalah beliau memakan habatus sauda sebagai rutin pagi dan malam , alhamdulillah dengan izin Allah proses pembuangan air besar beliau menjadi normal.
  • ” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”. 
    Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
Habatus sauda dari nilai sejarah dan perawatan islam

  • Sejarah telah menceritakan kelebihan bijian hitam ini dimana Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”
  • Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”

Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan kadar kandungan gula didalam darah. bijian hitam  ini juga berguna dalam pengawalan diabetes militus. Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan hempedu dan mendorong peraliran (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing serta parasit pada saluran usus.
Habbatus Sauda merupakan makanan sunnah yang dapat digunakan oleh setiap orang. Bahan ini tidak memiliki efek sampingan dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun ini dibuktikan para ilmuwan islam dahulu 
  • Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengobatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim AlJauziyah ). Habbatus Saudah yang dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda dapat mengubati sekitar 50 macam penyakit tanpa kesan samping. Subhaanallah.
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. 
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Subhanallah hebatnya tumbuhan yang diciptakan oleh Allah ini , apa yang ingin saya tekankan habatus sauda ini hanyalah Asbab atau perantara sahaja , tetapi segala bentuk kesembuhan adalah datang dari Allah SWT , kerana setiap penyakit yang dirturunkan Allah pasti ada penawarnya , dan Rasulallah sendiri telah menggunakanya ,rugilah kita sebagai umat nya kerana tidak mengamalkanya sedangkan di negara barat mereka mengkaji dan menggunakan ia sebagai salah satu alternatif rawatan mereka. Wallahuaklam..





Friday, February 5, 2016

Punca Kecederaan Lutut

Kecederaan Pada Bahagian lutut .

Bismillahirahmanirahim ,  Semakin dekat tahun baru cina nie , tempat kerja saya agak kurang la pesakit , maklumlah cuti panjang , bagi kawan kawan saya yang berbangsa cina kata kalau masuk hospital tak ada ONG terutama kalau nak dekat tahun baru .
Tetapi hari ini saya nak menceritakan sedikit tentang mekanisma kecederaan lutut yang secara kita tidak sengaja melakukanya dan ianya mungkin akan mendatangkan kesan kesan yang buruk dan juga boleh mengakibatkan kecederaan yang berulang.

Masalah sakit lutut ini berlaku berbeza beza dengan setiap individu , tetapi ingin saya nyatakan kebanyakan kecederaan lutut ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Kecederaan lutut akan terjadi apabila

Bebanan pada bahagian lutut.

Tahukah anda bahawa masalah sakit lutut ini kerap berlaku kepada individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan iaitu obesiti, ini kerana jika kita lihat secara semula jadi pada tubuh badan kita bahagian yang paling banyak menerima beban ketika kita bergerak ialah pada anggota lutut , oleh itu peningkatan berat badan yang tidak normal boleh mengakibatkan sendi lutut mudah cedera dan juga menjadi haus.


Twisting atau Terpusing .

Mekanisma kecederaan ini paling mudah berlaku terutamanya dalam bersukan dan juga boleh berlaku dalam keadaan sedar dan juga tidak sedar , kerana pada waktu ini kedudukan sudut lutut berada pada keadaan yang lemah dan juga menyebabkan apa apa daya daripada bahagian atas badan akan mengakibatkan tujahan beban yang kuat pada bahagian lutut , selalunya keadaan ini diikuti dengan bunyi POP dan juga kebas.

Jatuh pada permukaan Lutut.

Kecederaan ini kerap terjadi apabila kita terjatuh dengan beban berat badan kita akan terus ke bahagian tempurung lutut kita , kesan dari tujahan ini mengakibatkan bahagian lutut akan mengalami kecederaan dan juga kesakitan.

Impact dari pelbagai Arah 

selalunya mekanisma kecederaan ini terjadi apabila kita bersukan dengan contact sport seperti ragbi , bola sepak dan juga futsal , dari pemerhatian saya kebanyakan kecederaan lutut kerap terjadi apabila kita secara tiba tiba menukar arah larian dengan cepat dan juga kedudukan lutut di waktu itu dalam posisi mengiring atau hyper extend. Tackle yang keras dari semua arah juga boleh menyumbang kepada masalah kecederaan lutut ini , selalunya ianya merupakan punca kecederaan itu berlaku.

Perubahan Struktur tulang

Semakin peningkatan usia maka bahagian anggota badan kita juga akan mengalami perubahan , oleh itu lutut merupakan bahagian yang paling cepat haus dan juga cedera , ianya selalu dikaitkan dengan Osteoarthritis dan juga Osteoporosis, ini kerana keadaan permukaan tulang pada bahagian lutut akan mula mengalami perubahan seperti kekurangan kartilage dan kelemahan pada ligament dan juga otot.

Mengangkat Barang atau beban yang berat

Kekerapan mengangkat beban atau barang barang yang berat juga boleh menjadi penumbang utama kepada berlakunya kecederaan lutut ini , bayangkan jika anda mengangkat beban yang berat tanpa teknik yang betul berat beban itu bukan hanya memberikan kemudaratan kepada lutut tetapi juga pada bahagian tulang belakang.

Genetik dan keturunan

Saya melihat faktor keturunan dan juga genetik memainkan peranan kepada penyumbang masalah lutut ini , jika dilihat seseorang yang mempunyai masalah hyper extend  pada bahagian lutut , selalunya anak anak mereka juga mempunyai ciri ciri genetik yang sama, hyper extend merupakan penyumbang kepada masalah abnormality pada bahagian lutut ,valgus dan varus terjadi disebabkan masalah ini juga.

Jangkitan 

Bagi sesetengah individu , mereka tidak perasan tentang masalah sakit lutut ini juga boleh berpunca dari masalaha jangkitan kuman , kerana ada sesetengah kuman seperti kuman TB boleh menjangkiti pada bahagian bahagian tulang tanpa kita sedari yang boleh membawa kepada masalah kecederaan kepada lutut.

Apa yang saya kongsikan ini adalah antara punca boleh terjadinya kesakitan lutut ini , diharapkan ianya memberikan serba sedikit info tentang bagaimana terjadinya sesuatu kecederaan itu wallahuaklam.

Thursday, February 4, 2016

Best technique for Diaphragmatic Breathing

What is Diaphragmatic Breathing ?


Bismillahirahmanirahim , For today I want post some of the simple exercise that will give you a lot of benefit for your brain , lungs , heart and bodies . It Call diaphragmatic breathing.

What is Diaphragmatic breathing ?
For your understanding this Diaphragmatic breathing helps you to breathe more easily and uses less
energy. People with lung disease often have enlarged lungs because air gets trapped in the lungs. Diaphragmatic breathing helps get the stale, trapped air out of your lungs.

Anatomy of Diaphragm ?
The diaphragm is a large curved muscle separating your lungs from your abdomen. The studies shows   It does about 80% of the work of breathing. Normally, when your diaphragm lowers, your lungs expand and your abdomen pushes out. When your diaphragm rises, your abdomen moves in, and you lungs relax and empty


Why your breathing become poor ?
Lung disease often causes the diaphragm to flatten and become weak. This causes you to use accessory muscles to breathe. These muscles are found in the upper chest, neck and along the ribs. Using these muscles is less effective than using your diaphragm because it takes more
energy and this requires more oxygen.


What you need to do?
Diaphragmatic breathing will help strengthen your diaphragm and abdominal
muscles. Using this breathing technique along with pursed lip breathing will
help get more of the stale air out of your lungs.

How to do Diaphragmatic breathing ?
Step 1.
Try to get comfortable and relax your neck and shoulder muscles.  There is have variation of position as you can lie down. Sit or stand to practice this type of breathing.



Step 2

To facilitate the movement place one hand on your upper chest and place the other hand at the bottom of your ribs, just above your waistline. Its important to Use your hands to feel the movements as you breathe.

Step 3

Try to take a breath in through your nose and feel your hand on your stomach move outward. Do not let your shoulders move up.  The most important thing of this key ,You should not feel movement of your hand on your chest. Think of expanding your lungs down toward your toes.


Step 4

Let try to Breathe S-L-O-W-L-Y and gently through your mouth with pursed lips, as if you were going to whistle or blow out a candle during birthday . The hand on your stomach moves in as you breathe out. Another tips  You may need to pull in your stomach muscles at first to help move your diaphragm up. Exhale or breathe out at least twice as long as you inhale or breathe in.

Its simple to practise and I am sure it will give a lot of benefit if this exercise become one of the habit,  Try to make this Practice diaphragmatic breathing for at least 10 to 15 minutes each day. Rest as needed between breaths. We need to understand that  Learning diaphragmatic breathing takes patience and practice. As you become more comfortable breathing with this technique, you will notice that you will be using it all the time. It is the natural way to breathe.
Did you know I always mention to my patient that Whenever you get anxious, upset or short of breath, use this breathing technique. Also, use it with activities, such as walking, climbing stairs or carrying objects you can see a different wallahuaklam.




Wednesday, February 3, 2016

Plantar Fasciitis exercise at home



PLANTAR FASCIITIS EXERCISE


Bismillahirahmanirahim this is one of the common injuries that always make your heel pain is caused by a traction injury with some inflammation of the tissues of the heel and the underside of the foot. Usually patients have a flat foot, i.e. loss of the instep (long arch of the foot). Plantar fasciitis commonly causes stabbing pain that usually occurs with your very first steps in the morning. Once your foot limbers up, the pain of plantar fasciitis normally decreases, but it may return after long periods of standing or after getting up from a seated position. I always mention to my patient that is the treatment is aimed at relieving your pain and restoring this arch. Another alternative my advice to Patients often find that trainers or similar shoes give most relief. These shoes are shock absorbing and have an arch support. You have been supplied with a pair of Sorbothane arch supports with heel pads (cushioning insoles). These should be transferred to all your shoes/boots – even your slippers.
If you have a problem with only one heel please use both insoles.

  • Try to minimize walk around in bare feet and It is important to do stretching exercises for both your Achilles tendon and your plantarfascia.


  •  Please try to perform the exercises overleaf at least twice a day as this will speed the healing process and reduce the pain more quickly and also help to strengthen the arch .

Achilles tendon and
plantar fascia stretch

First thing in the morning, loop a towel, a piece
of elastic or a tubigrip around the ball of your
foot and, keeping your knee straight, pull your
toes towards your nose, holding for 30 seconds.
Repeat 3 times for each foot.


Wall push-ups or stretches
for Achilles tendon
The Achilles tendon comes from the muscles at the
back of your thigh and your calf muscles. These
exercises need to be performed first with the knee
straight and then with the knee bent in order to
stretch both parts of the Achilles tendon. Twice a
day do the following wall push-ups or stretches:

(a) Face the wall, put both hands on the wall at
shoulder height, and stagger the feet (one foot
in front of the other). The front foot should be
approximately 30 cm (12 inches) from the wall.
With the front knee bent and the back knee
straight, lean into the stretch (i.e. towards the
wall) until a tightening is felt in the calf of the
back leg, and then ease off. Repeat 10 times.

(b) Now repeat this exercise but bring the back
foot forward a little so that the back knee is
slightly bent. Repeat the push-ups 10 times.

 
Stair stretches for Achilles
tendon and plantar fascia
Holding the stair-rail for support, with legs slightly
apart, position the feet so that both heels are off
the end of the step. Lower the heels, keeping the
knees straight, until a tightening is felt in the calf.
Hold this position for 20–60 seconds and then
raise the heels back to neutral. Repeat 6 times, at
least twice a day

Dynamic stretches
for plantar fascia
This involves rolling the arch of the foot over a
rolling pin, a drinks can or a tennis ball etc, while
either standing (holding the back of a chair for
support) or sitting. Allow the foot and ankle to
move in all directions over the object. This can
be done for a few minutes until there is some dis
comfort. Repeat this exercise at least twice a day.
The discomfort can be relieved by rolling the foot
on a cool drinks can from the fridge.
Its simple to practice and insha Allah it will help you to minimize the symptom and also help to reduce the pain..wallahuaklam.

Senaman Kegel untuk kaum lelaki




Bismillahirrahmanirrahim .....


OBJEKTIF
Pada permulaan post ini objektif saya adalah untuk menerangkan  setiap orang harus faham
· Kenapa otot lantai pelvik boleh lemah bagi  lelaki.
· Bagaimana untuk melakukan pemeriksaan otot lantai pelvik Untuk lelaki.
· Bagaimana untuk melakukan senaman otot lantai pelvik untuk lelaki.

PENGENALAN DAN ANATOMI OTOT PELVIK
Lantai pelvis terdiri daripada lapisan otot yang menyediakan a'hammock 'atau' sling 'dari tulang kemaluan di bahagian hadapan untuk tulang ekor di belakang. Fungsinya adalah untuk menyokong organ-pelvik pundi kencing dan juga rektum, ianya  membantu untuk mengekalkan struktur ini dalam kedudukan yang betul dan untuk menjaga pundi kencing dan cawangan bahagian dubur agar secara automatic ianya ditutup. Ini menghalang kebocoran air kencing atau najis dan bertindak sebagai mekanisme perlindungan pada lelaki.





APAKAH PUNCA TERJADINYA KELEMAHAN PADA OTOT PELVIK INI?
Dalam kajian menyatakan bahawa Otot lantai pelvis boleh menjadi lemah disebabkan oleh:
1.       Kesan daripada pembedahan pada bahagian prostat seperti pembedahan pembuangan kanser prostate. Kesan pembedahan pembuangan batu karang.
2.       Kekerapan Meneran  yang dilakukan secara berterusan untuk mengosongkan usus anda, biasanya disebabkan oleh sembelit yang kronik.
3.       Batuk yang berpanjangan  seperti batuk perokok  ,penyakit paru paru bronkitis kronik atau asma
4.       Mempunyai masalah Berat badan yang  berlebihan atau obesity
5.       Pekerjaan yang memerlukan  Mengangkat berat yang berterusan sebagai rutin pekerjaan.
6.       Masalah Neurological  (contohnya, selepas strok atau kecederaan tulang belakang, atau akibat daripada multiple sclerosis atau keadaan lain) juga boleh terhasilnya fungsi otot pelvik yang lemah.

BAGAIMANAKAH KITA MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENDIRI BAGI MENGETAHUI KELEMAHAN OTOT PELVIK INI.?
Di sini ingin saya kongsikan teknik yang biasa saya lakukan kepada pesakit saya dimana cara cara berikut mampu membantu anda untuk mengenal pasti otot lantai pelvik anda:
Perlaksanaan ujian ini saya lakukan bagi pesakit saya memahami bahawa Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengenal pasti dengan betul otot yang perlu dilaksanakan nanti


1.Teknik pertama ialah ketika anda sedang membuang air kecil , anda cuba untuk menghentikan aliran air kencing pertengahan aliran (ujian berhenti).
1.       Bayangkan atau  anda sedang membuang air kecil, cuba untuk menghentikan aliran  air kecil anda di pertengahan aliran, kemudian memulakan semula ia.
2.       (Anda boleh melakukan ini "dalam keadaan sebenar" jika anda mahu, tetapi berbuat demikian hanya untuk belajar dengan menggunakan otot yang  betul untuk tujuan latihan: jangan melakukan ia sebagai  amalan atau kerana ia boleh mengganggu pundi kencing normal dari mengosongkanya.)
3.       Jika teknik anda adalah betul , setiap kali anda mengetatkan otot lantai pelvis anda, anda mungkin merasa pangkal zakar anda bergerak ke atas sedikit ke arah abdomen anda.

2.Teknik yang kedua ialah anda cuba untuk menahan angina supaya tidak dilepaskan dari dubur anda.
1.       Duduk atau berbaring dengan selesa dengan otot-otot paha, punggung dan abdomen  berada di dalam keadaan santai.
2.       Cuba  Ketatkan cincin otot sekitar laluan belakang seolah-olah anda cuba untuk mengawal cirit-birit atau angin. Kemudian Lepaskannya.
3.       Mengamalkan pergerakan ini beberapa kali sehingga anda pasti yang anda bersenam otot yang betul. Cuba untuk tidak memerah otot  punggung anda atau mengetatkan paha atau otot perut.fokus pada bahagian otot laluan dubur sahaja.

Apabila anda tidak dapat merasakan himpitan yang pasti dan mengangkat tindakan otot lantai pelvik anda (atau tidak dapat walaupun melambatkan aliran air kencing seperti yang dinyatakan dalam teknik kedua), ini menunjukkan anda perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mendapatkan otot lantai pelvik anda berfungsi dengan betul

BAGAIMANAKAH KITA MELAKUKAN LATIHAN SENAMAN INI ?
Jika anda mula merasa otot pelvik ini bekerja, anda sudah  boleh untuk memulakan latihan senaman ini.
Cara yang pertama ialah
1.       cuba ketatkan dan menarik secara dalam dengan kuat pada bahagian otot di sekitar dubur dan uretra semua sekali gus.
2.       Mengangkat otot otot ini dengan arah ke dalam. Seperti menahan angin (kentut) dari terlepas.
3.       Cuba dan tahan penguncupan ini kuat dengan kiraan 1-5saat, kemudian lepaskan perlahan-lahan dan berehat untuk beberapa saat.
4.       Anda harus mempunyai perasaan bahawa otot itu dilepaskan tanpa ada rasa tarik dibahagian sekeliling dubur.
5.       Ulang ( "memerah dan angkat") dan berehat.
6.        Adalah penting untuk berehat di antara setiap kontraksi otot. Jika anda mendapati ia mudah untuk menahan penguncupan untuk kiraan lima, cuba untuk bertahan lebih lama - sehingga sepuluh saat
7.        Ulang ini seberapa banyak kali yang anda mampu sehingga maksimum 8-10 kali ,Cuba lakukan penguncupan yang kuat, perlahan dan terkawal.
8.       Anda boleh variasikan senaman ini dengan pengecutan pendek, cepat, tetapi kuat, menarik dan segera melepaskan.
9.       Teknik  senaman ini dilakukan rutin sekurang-kurangnya 3-4 kali setiap hari. Anda boleh melakukannya dalam pelbagai posisi sama ada - berbaring, duduk, berdiri, berjalan.

adalah penting untuk melakukan kedua-dua set latihan sebagai pengecutan perlahan membantu membina stamina otot dan latihan pesat membantu otot lantai pelvik untuk bertindak balas dengan cepat apabila diperlukan.

TEKNIK INI TIDAK BERKESAN JIKA
Ketika melakukan senaman:
1. JANGAN tahan nafas anda.
2. JANGAN tolak ke bawah dan bukannya memerah dan mengangkat.
3. JANGAN mengetatkan perut, punggung atau paha.

 APAKAH PEKARA YANG PERLU DIINGAT?
·         Cuba lakukan senaman secara teratur.
·         Monitor berat badan anda. Ini kerana peningkatan berat badan anda akan meningkatkan jumlah tekanan pada otot lantai pelvik anda.
·          Anda perlu ingat latihan akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan pada waktu malam  apabila otot anda mengalami keletihan. Jika anda mendapati ini adalah masalah untuk anda, cuba untuk melakukan latihan anda di siang hari.
·         Dapatkan diet yang seimbang dengan pengambilan makanan yang berserat dan cuba elakkan sembelit dan juga mengelakkan tabiat  meneran semasa membuang air besar.
·         Dapatkan nasihat perubatan untuk Demam, asma atau bronchitis bagi mengurangkan bersin dan batuk.
·         Postur yang betul dan mengangkat barang berat dengan teknik yang betul boleh membantu mengelakkan otot pelvik menjadi lemah .

APAKAH MANFAAT TAMBAHAN SENAMAN INI  UNTUK LELAKI ?



Secara amnya senaman otot lantai pelvik untuk lelaki didapati sangat berkesan dalam memulihkan fungsi erektil menurut kajian baru-baru ini diterbitkan. Penyelidikan di Fakulti Kesihatan dan Keselamatan di University of the West of England, Bristol, menunjukkan bahawa senaman otot lantai pelvik menyebabkan kadar peningkatan yang positif  dalam membantu keseluruhan seperti memberi kesan yang  sama dilihat seperti rawatan mengambil Viagra. Wallahuaklam ..

Another Blogers