Bunyi Sendi Jari
Bismillahirahmanirahim , hari ini agak sunyi sikit di tempat kerja saya , mungkin sebab Chinese New Year akan jatuh hari sabtu ini , maka ramai pesakit pantang untuk datang ke hospital terutama pesakit cina.
Dalam blog saya hari ini saya nak kongsikan tentang , letupkan Jari , ada yang panggil Retak sendi ia adalah merupakan satu fenomena yang menarik dan kurang difahami oleh kalangan masyarakat kita sehingga menimbulkan terlalu banyak teori tentang mengapa sendi jari ini berbunyi pop jika dibengkokkan maksimum , tetapi punca sebenar masih lagi masyarakat tidak mengetahui bagaimana ianya terhasil..
Melalui pengalaman saya sebagai ahli fisioterapi saya ingin menerangkan kepada umum tentang fenomena membunyikan sendi ini dari segi kajian perubatan membunyikan setiap sendi sendi di anggota badan terutama jari ianya tidaklah merbahaya dan memberikan kesan yang buruk tetapi jika menghasilkan letupan sendi ini mula mendatangkan kesakitan dan juga kelemahan pada bahagian yang dibunyikan ianya haruslah diberhentikan serta merta .
Sekali lagi ingin saya katakan melalui kajian perubatan membunyikan sendi tidak merbahaya dan juga tidak memberikan apa apa manfaat kerana ianya masih belum terbukti berbahaya kepada tubuh badan manusia . Banyak teori yang terhasil tanpa kajian mendalam mengatakan bila kita selalu membunyikan sendi jari maka jari kita akan mudah terkena arthritis.Teori ini tidak benar , jika anda belajar apa itu arthritis banyak faktor faktor yang memungkinkan perkara ini terjadi. Sebab itu apa bila pesakit bertanya saya hanya memberitahu jika ianya tidak menyakitkan anda teruskan kerana ada pesakit memikirkan bila membunyikan sendi di jari mereka merasakan sesuatu kelegaan , tetapi bagi saya ianya lebih kepada perasaan pesakit itu sendiri.
Disini saya ingin ceritakan secara ringkas bagaimana bunyi itu dihasilkan di dalam sendi, Bunyi pada bahagian sendi ini adalahdisebabkan oleh tekanan yang berlawanan arah dimana ianya menarik gas nitrogen sementara ke dalam sendi, apa bila berlaku mampatan pada bahagian sendi deperti jari dibengkokan secara kuat maka gas ini akan dilepaskan dan bunyi POP terhasil.Selain itu bunyi sendi juga boleh didengar jika tendon pada sendi bergesel antara satu sama lain kerana penyesuaian kecil di laluan meluncur mereka. Ini boleh berlaku atas faktor usia dan juga diatas perubahan tindakan yang berlaku serta merta seperti dari bersila terus berdiri.
Saya ingin sarankan dan juga memberitahu jika bunyi sendi ini disertai dengan rasa sakit, mungkin ada asas keabnormalan struktur sendi, seperti rawan longgar atau kecederaan kepada ligament. Sesetengah pesakit yang menghidap masalah arthritis , Gout , Bursitis dan juga Osteoarthritis bunyi yang terhasil adalah menunjukkan ketidak abnormalan pada permukaan sendi dan tisu itu sendiri , selalunya ia disertai dengan bengkak dan juga rasa sakit.
Inshaallah , saya harap penerangan serba ringkas ini memberikan sedikit gambaran dan juga pemahaman kepada umum agar memahami asas tubuh badan manusia ini .wallahuaklam.
Bismillahirahmanirahim , hari ini agak sunyi sikit di tempat kerja saya , mungkin sebab Chinese New Year akan jatuh hari sabtu ini , maka ramai pesakit pantang untuk datang ke hospital terutama pesakit cina.
Dalam blog saya hari ini saya nak kongsikan tentang , letupkan Jari , ada yang panggil Retak sendi ia adalah merupakan satu fenomena yang menarik dan kurang difahami oleh kalangan masyarakat kita sehingga menimbulkan terlalu banyak teori tentang mengapa sendi jari ini berbunyi pop jika dibengkokkan maksimum , tetapi punca sebenar masih lagi masyarakat tidak mengetahui bagaimana ianya terhasil..
Melalui pengalaman saya sebagai ahli fisioterapi saya ingin menerangkan kepada umum tentang fenomena membunyikan sendi ini dari segi kajian perubatan membunyikan setiap sendi sendi di anggota badan terutama jari ianya tidaklah merbahaya dan memberikan kesan yang buruk tetapi jika menghasilkan letupan sendi ini mula mendatangkan kesakitan dan juga kelemahan pada bahagian yang dibunyikan ianya haruslah diberhentikan serta merta .
Sekali lagi ingin saya katakan melalui kajian perubatan membunyikan sendi tidak merbahaya dan juga tidak memberikan apa apa manfaat kerana ianya masih belum terbukti berbahaya kepada tubuh badan manusia . Banyak teori yang terhasil tanpa kajian mendalam mengatakan bila kita selalu membunyikan sendi jari maka jari kita akan mudah terkena arthritis.Teori ini tidak benar , jika anda belajar apa itu arthritis banyak faktor faktor yang memungkinkan perkara ini terjadi. Sebab itu apa bila pesakit bertanya saya hanya memberitahu jika ianya tidak menyakitkan anda teruskan kerana ada pesakit memikirkan bila membunyikan sendi di jari mereka merasakan sesuatu kelegaan , tetapi bagi saya ianya lebih kepada perasaan pesakit itu sendiri.
Disini saya ingin ceritakan secara ringkas bagaimana bunyi itu dihasilkan di dalam sendi, Bunyi pada bahagian sendi ini adalahdisebabkan oleh tekanan yang berlawanan arah dimana ianya menarik gas nitrogen sementara ke dalam sendi, apa bila berlaku mampatan pada bahagian sendi deperti jari dibengkokan secara kuat maka gas ini akan dilepaskan dan bunyi POP terhasil.Selain itu bunyi sendi juga boleh didengar jika tendon pada sendi bergesel antara satu sama lain kerana penyesuaian kecil di laluan meluncur mereka. Ini boleh berlaku atas faktor usia dan juga diatas perubahan tindakan yang berlaku serta merta seperti dari bersila terus berdiri.
Ruang Gas yang berada pada sendi jari sebelum diletupkan dan selepas yang diambil melalui pengimejan gambar. |
Inshaallah , saya harap penerangan serba ringkas ini memberikan sedikit gambaran dan juga pemahaman kepada umum agar memahami asas tubuh badan manusia ini .wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment