Asalamualaikum , kadang kadang kita tak pasti wujud atau tidak dinosaur ini tetapi
Diketahui umum ada berita menyatakan bahawa Tinggalan fosil daripada dinosaur karnivor pemakan ikan telah ditemui di Malaysia, di mana Universiti Malaya bersedia untuk mendedahkan bukti tersebut, Dalam pencarian dan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik , ianya merumuskan bahawa fosil tulang itu ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, fosil dinosaur spesis spinosauridae yang dipercayai dari lewat era Mesozoic , dipercayai berkemungkinan besar berasal dari zaman Cretaceous di antara 65 juta dan 145 juta tahun lalu.
Ada sumber menyatakan bahawa kajian yang dilakukan telah menemui fosil itu dan adalah julung kalinya Ini dipercayai kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia.
Penemuan ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone di mana jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar reptilia paleontologi Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo .(Sumber Berita Harian)
Untuk pengetahuan Umum , jenis fosil dan tulang itu dipercayai milik dinosaur jenis
Spinosauridae dan ia adalah sebuah keluarga yang tertentu dinosaur karnivor mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon yang sama ada sangat kecil atau tanpa gigi langsung.
Satu lagi fosil spinosauridae juga telah ditemui di Australia pada tahun 2011 , di mana spesies ini sebelum ini dipercayai wujud hanya di hemisfera utara.
Ahli-ahli sains telah menemui tulang leher berusia 125 juta tahun haiwan yang sama di Baryonx, Victoria , Australia.
Apa yang kita ketahui selama ini tulang tulang dinosaur dan fosil banyak dijumpai di luar Negara , dan mana tahu suatu masa nanti kita mampu menjumpai lagi fosil fosil yang boleh diguna untuk kajian masa akan datang ..wallahuaklam..
0 Comments:
Post a Comment