Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Tuesday, December 25, 2018

Punca Peparu Bocor (Pneumothorax)

Paru Paru Bocor dan Kesan pada tubuh manusia.

Bismillahirahmanirahim , 3 Minggu lepas seluruh negara menangisi pemergian Wira kita iaitu Allahyarham Adib , Anggota Bomba yang terlibat di dalam rusuhan kuil seafield tempoh hari , semoga Allah Merahmati beliau sebagai seorang Syahid  (Al Fatihah). Kita semua dimaklumkan antara kecederaan yang dialami oleh arwah ialah tulang paru paru patah dan kebocoran paru paru .
Dalam blog saya , ingin saya kongsikan info apa itu yang dikatakan paru paru bocor , dan kesan terhadap tubuh badan manusia.



Kebocoran peparu adalah keadaan yang amat berbahaya. Sekiranya anda mengalami sakit dada atau bahu yang melampau disertai, sesak nafas, degupan jantung yang cepat, dan kulit berwarna bertukar kebiru dan kehitaman kerana kekurangan oksigen, anda mungkin mengalami kebocoran paru-paru tanpa anda sedari.
Dalam istilah dunia perubatan ,maslah  paru-paru bocor ini dikenali dengan istilah pneumothorax. apabila ini terjadi, Anda tetap boleh bernapas, akan tetapi paru-paru  anda tidak dapat mengembang secara normal, sehingga oksigen yang cuba diserap  akan berkurang serta mengakibatkan anda mengalami komplikasi pernafasan yang teruk.

Faktor terjadinya Peparu Bocor?
Secara umumnya ,Setiap orang mempunyai sepasang paru-paru, yang berfungsi untuk menerima serta menyerap oksigen untuk disalurkan ke sel darah merah dalam aliran darah. Tambahan pula, sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan, untuk digunakan dalam sel-sel badan bagi kelansungan kehidupan manusia. Bagi kami yang terlibat di dalam bidang perubatan , masalah kebocoran paru tidak boleh dianggap remeh dan mudah.Ini kerana keadaan ini, udara yang memasuki ruang antara paru-paru dan dinding dada boleh mengakibatkan Udara ini menekan dan memampatkan paru-paru dari luar, dengan itu ia  menghalang paru-paru untuk berkembang semasa bernafas. Kebiasaannya kebocoran hanya berlaku dalam satu bahagian paru-paru kecuali ianya boleh berlaku multiple atau banyak tempat jika terjadinya trauma atau kemalangan.

Punca Paru paru Bocor  boleh terjadi .

  1. Kecederaan pada bahagian dada,kecederaan akibat luka tembak atau luka dan luka yang tumpul, patah tulang rusuk, dan kemalangan kereta dimana stereng kereta menghentak kedada, Pukulan objek tumpul secara kuat di dada antara penyumbang masalah terjadinya peparu bocor ini.
  2. Terdapat penyakit paru-paru yang menyebabkan tisu paru-paru menjadi rosak dan bocor. Sebagai contoh, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan radang paru-paru,Pesakit Tibi dan Kanser Paru Paru.
  3. Kebocoran Paru-paru yang teruk boleh berlaku pada orang yang sihat. Sebagai contoh,Tekanan udara yang penuh dengan bentuk udara di luar paru-paru anda, kemudian pecah, menyebabkan tekanan secara tiba tiba seperti batuk yang terlalu kuat , Keadaan ini adalah paling biasa pada lelaki berusia di bawah 40 tahun dan selalunya mereka ini ialah Perokok Tegar.
  4. Pesakit yang Bernafas menggunakan mesin atau alat pernafasan, seperti ventilator dalam satu jangka masa yang lama.(Komplikasi)
  5. Pesakit yang Telah menjalani pembedahan pada dada atau perut.(Komplikasi)
  6. Pesakit yang mengalami saluran pernafasan yang tersumbat ,atau lemas di dalam air serta asap.

Paru paru yang bocor  adalah keadaan yang serius yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan serta-merta. Jika kebocoran hanya terjadi di bahagian kecil paru-paru, maka anda mungkin tidak mengalami gejala. Tetapi jika paru-paru yang bocor dalam kebanyakan  bahagian paru-paru anda, anda mungkin merasakan sesak nafas dan degupan jantung yang cepat tanpa dapat dikawal dan akan menyebabkan anda tercungap cungap. Kesan daripada Paru paru yang bocor boleh mengganggu proses penghapusan karbon dioksida yang biasanya akan dikeluarkan semasa kita menghembus nafas. Sekiranya tidak dikeluarkan, karbon dioksida boleh menyebabkan pH dalam darah dan cecair badan lain berkurang, dan boleh menyebabkan anda mengalami keracunan pernafasan yang dipanggil Metabolic Acidosis.

Apakah langkah pencegahan serta tindakan yang perlu anda tahu 
Pengendalian serta perawatan masalah paru paru bocor adalah untuk mengurangkan tekanan udara di rongga paru-paru dan untuk mengekalkan tekanan udara yang biasa di dalam paru-paru, Bagi menyokong proses pernafasan yang optimum. Jika perlu, doktor akan memasukkan jarum atau paip ke rongga paru-paru untuk mengeluarkan udara yang berlebihan.Dalam prosedur ini , pesakit perlu mendapatkan pemerhatian di hospital untuk mengelakkan komplikasi paru-paru akan bocor semula.

Dalam dunia perubatan ,Sebenarnya, tidak ada cara untuk mencegah paru-paru daripada bocor. Seseorang yang telah mengalami kebocoran paru-paru, dapat mengalaminya lagi jika mempunyai masalah serta risiko seperti yang saya nyatakan diatas. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko bocor paru-paru yang berulang.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda perhatikan, termasuk:
  • Jika anda seorang yang aktif merokok, anda boleh mula berhenti dari sekarang. Tanya doktor anda untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami kesukaran untuk berhenti , ini kerana rokok antara penyebab punca kebocoran paru paru ini
  • Jika anda mempunyai penyakit paru-paru tertentu, berunding dengan doktor anda dengan kerap.
  • Elakkan aktiviti berisiko yang boleh menyebabkan perubahan tekanan dalam paru-paru, seperti menyelam atau selam skuba.
  • Jika anda mengalami hentakan didada yang kuat dan diikuti dengan kesukaran bernafas pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera
Oleh itu Jika anda mengalami beberapa gejala yang berkaitan dengan paru-paru yang bocor, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, kerana rawatan yang cepat dapat memulihkan anda. Jika keadaan paru bocor anda teruk, rawatan lewat boleh menyebabkan komplikasi yang membawa maut . Wallahuaklam.



0 Comments:

Another Blogers