Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Sunday, September 17, 2017

Kebaikan Bioflavonoid melawan Radang sendi

Bioflavonoid vs Radang (Inflamasi)


Bioflavonoid boleh dijumpai di dalam Black Ginger


Bismillahirahmanirahim , agak lama juga saya tidak update blog kesihatan saya ini , jika di ikutkan kesibukan harian didalam rutin harian saya ianya agak mencabar bagi penghujung tahun 2017 ini.
dalam entry saya kali ini ada beberapa pekara yang amat menarik perhatian saya mengenai satu bahan yang dikenali sebagai Bioflavonoid, Sebagai ahli fisioterapi saya gemar membaca kajian kajian perubatan yang dilakukan sama ada dari segi perubatan moden dan juga perubatan alternatif , ini kerana saya suka kongsikan ilmu ini kepada masyarakat dan juga umum.

Banyak persoalan yang selalu ditanya kepada saya apakah sumber makanan yang boleh  membantu untuk mengatasi masalah sakit sakit sendi ini. Jika ianya dijawab dari segi perubatan ianya harus lah melalui atas nasihat doktor dan juga pakar kesihatan , tetapi pengalaman saya sebagai ahli fisioterapi ianya melibatkan dua faktor iaitu sakit pada bahagian sendi melibatkan kronik dan juga akut , pada peringkat awal sebagai contoh sakit sendi pada bahagian lutut adalah disebabkan faktor yang selalu berlaku dan dihadapi oleh masyarakat ialah Osteoporotik dan juga Osteoarthritis.

Antara soalan yang biasa saya terima dalam apa jua ceramah health talk saya ialah apakah makanan tambahan yang boleh membantu mencegah masalah sendi ini. Di dalam bacaan saya yang terbaru dan amat menarik perhatian saya ialah bioflavonoid  yang dikaji oleh Pihak MARDI , kajian ini menyatakan beberapa faktor yang positif yang boleh dikatakan membantu mencegah serta memberikan manfaat bagi pesakit yang mempunyai masalah sendi di peringkat awal antaranya

1. Bioflavonoid bersifat  Anti Oksidan.



Kajian yang dilakukan oleh pihak MARDI bioflavonoid merupakan bahan anti penuaan ,dimana ianya melindungi sel sel anda daripada radikal bebas yang boleh mengakibatkan radang pada sendi dan juga pelbagai sakit kronik yang lain.

2.Bersifat Anti Keradangan 
Bioflavonoid juga mengurangkan risiko keradangan pada bahagian salur darah yang boleh mengakibatkan bengkak serta kesakitan pada bahagian bahagian sendi.

3.Bermanfaat kepada sistem kardiovaskular.
Kesan bioflavonoid yang diambil secara berterusan atau konsistent ianya mampu membantu didalam mengurangkan penghasilan kolestrol jahat didalam badan .

4. Bersifat anti kanser .
tidak salah saya katakan kajian umum tentang bahan ini bersifat anti tumor atau anti kanser kerana bahan yang terkandung didalam bioflavonoid ini bersifat anti oksida.

5.Bermanfaat didalam membantu Mengurangkan risiko Keradangan Osteoporosis dan juga Osteoarthritis.
ini amat menarik perhatian saya kerana bioflavonoid merupakan salah satu pemakanan alternatif tambahan yang berbeza dengan supplement dimana jika diambil tubuh badan manusia akan mendapatkan manfaat dari pengambilan makanan ini ,dan jika tidak diambil badan kita tidak akan kehilangan apa apa , berbanding dengan supplement jika diambil tubuh badan akan mengalami proses kebaikan ,jika diambil dan berhenti sacara tiba tiba tubuh badan kita akan merasa kehilangan sesuatu dalam proses pembaikkan .
Dalam kenyataan diatas apa yang ingin saya tekankan bahawa bioflavonoid memberikan kesan yang baik jika ditambah di dalam pemakanan harian kita dan ianya tidak memberikan kerugian pada tubuh manusia jika ianya tidak diambil atau diberhentikan.
Dalam masalah keradangan sendi ini bioflavonoid adalah salah satu sumber alternatif yang boleh dicuba bagi mengatasi dan juga mencegah masalah sendi diperingkat awal.

Tujuan perkongsian saya ini adalah lebih untuk memberitahu manfaat serta kebaikan bioflavonoid itu , Kajian yang dilakukan oleh pihak MARDI tiada bukti kesan ketoksidan atau keracunan kepada pengambilan makanan yang mengandungi bioflavonoid ini
antara kajian yang boleh pembaca buat rujukan bagi bioflavonoid ini ialah
Journal Food Chemistry. Anti -Inflammatory effects of compounds from kaempferia parviflora and Boesenbergia pandurata. Volume 115 ,issue2,15 July 2009, Pages 534-538.

American Journal of pharmacology and Toxicology .anti -stress effects of kaempferia parviflora (2013)., 8(1):31-38.
bagi pembaca sekalian , apa yang ingin saya tekankan di dalam penulisan saya ini , bahawa ianya hanyalah sebagai salah satu alternatif yang boleh kita lakukan didalam mengatasi masalah sendi terutama sakit pada bahagian lutut dan juga anggota badan yang lain

wallahuaklam.



0 Comments:

Another Blogers