Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Monday, July 9, 2018

10 penyebab perut buncit

10 Penyebab Perut Buncit walaupun badan  anda tidak gemuk


Bismillahirahmanirahim , pernah tak anda tengok cerita arahan pengarah tersohor malaysia Dato Afdlin Shouki, iaitu cerita Buli ,cerita komedi yang santai dan penuh mesej mesej kebaikan yang terselit dalam filem arahan beliau, saya tak nafikan filem filem beliau banyak hidden factor yang menyebabkan saya tertarik untuk menonton dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau.
perkataan yang digunakan dalam filem beliau yang dicakapkan oleh arwah Din Beramboi semasa mempromosikan produk kurus ialah Boyot dan Bintat Toro, sebenarnya ia merujuk kepada masalah buncit atau gemuk.

Dalam tajuk kali ini saya ingin kongsikan kenapa kita buncit walaupun tidak gemuk,didalam kajian yang telah dilakukan oleh pakar pakar kesihatan terdapat 10 faktor yang boleh mengakibatkan seseorang itu buncit walaupun tidak gemuk antaranya.


1. Kehadiran lemak tepu (Viseral)
Istilah perubatan untuk lemak tidak sihat di bahagian perut adalah "lemak viser". Lemak ini mengelilingi hati dan organ lain dalam perut anda. Jika dibiarkan secara berterusan akan menyebabkan pelbagai faktor risiko untuk penyakit seperti metabolisme, diabetes jenis 2, penyakit jantung, bahkan kanser boleh menyerang individu yang sihat itu .

2. Faktor genetik
Faktor Genetik atau keturunan memainkan peranan penting dalam risiko obesiti. Oleh itu, kecenderungan tubuh untuk menyimpan lemak dalam perut sebahagiannya dipengaruhi oleh faktor genetik. Termasuk gen reseptor yang mengawal selia tahap hormon kortisol dan gen yang memberikan isyarat reseptor leptin untuk mengawal penyerapan kalori dan berat badan. selalunya bagi mereka yang mempunyai keluarga yang buncit kecenderungan untuk mendapat masalah ini lebih tinggi.

3. Pengambilan makanan dan minuman manis yang kerap
ini biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia ,Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka mengambil gula berlebihan setiap hari. Kek dan gula adalah makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Di samping itu, minuman seperti air soda, teh manis, kopi, atau minuman dengan pelbagai rasa mengandungi banyak gula dan pemanis tiruan. Satu kajian telah menunjukkan kesan pengambilan gula tinggi akan menukarkan ia kepada lemak perut yang berlebihan ini disebabkan, kandungan fruktosa tinggi gula yang ditambah kepada makanan atau minuman.Maka pengumpulan lemak ini akan berlaku 10x ganda di dalam tubuh badan manusia.

4. Faktor Kurang bergerak
Gaya hidup yang tidak sihat adalah salah satu faktor risiko kesihatan yang paling buruk. Gerakan tidak aktif, kekurangan latihan, makan makanan tidak sihat boleh menyumbang kepada peningkatan obesiti termasuk obesiti abdomen. Tinjauan yang besar dari 1988 hingga 2010 di Amerika Syarikat mendapati terdapat peningkatan yang ketara antara aktiviti, berat badan, dan lilitan perut pada lelaki dan wanita yang kurang bergerak dan juga gemar duduk dan tidur.

5. Postur yang buruk 
Masalah postur merupakan masalah yang kerap berlaku kepada sesetengah individu , kebanyakan individu yang mempunyai masalah postur yang kurang baik kerap kelihatan seperti buncit , ini kerana kedudukan badan mereka yang tidak simbang memungkinkan mereka kelihatan seperti buncit disebabkan kedudukan otot otot perut yang lemah.

6.. Faktor menopaus
Penyebab perut menjadi buncit juga boleh disebabkan oleh faktor menopaus. Kerana sesetengah wanita mengalami peningkatan lemak perut semasa fasa menopaus. Menopaus biasanya berlaku satu tahun selepas seorang wanita mempunyai haid yang terakhir. Pada masa itu, paras estrogen menurun secara dramatik, ini akan menyebabkan lemak disimpan di dalam perut, bukannya pinggul dan peha. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang mempunyai menopaus awal cenderung mendapat lemak perut tambahan.

7. Pengambilan Alkohol 
Tidak dinafikan pengambilan alkohol merupakan penyumbang kepada masalah buncit , ianya kerap terjadi kepada mereka yang gemar mengambil tanpa kawalan , sebab itu masalah buncit ini juga dikenali Beer belly bagi mereka yang kuat meminum beer.

8. Tekanan
Cortisol adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan dikenali sebagai hormon stres kerana ia membantu badan bertindak balas kepada tekanan. Faktor tekanan sangat mempengaruhi berat badan yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam perut. Pada ramai orang terutama wanita, ketika mengalami tekanan, selera makan akan meningkat terutama makan makanan manis tanpa mereka sedari.

9.Tidur yang Kurang
Mempunyai masalah  tidur yang kurang adalah salah satu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Banyak kajian mendapati bahawa kurang tidur dapat meningkatkan risiko kenaikan berat badan, yang mempengaruhi lemak perut. Gangguan tidur juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Salah satu gangguan yang paling biasa ialah gangguan apnea tidur adalah keadaan di mana nafas berhenti berulang kali pada waktu malam kerana tisu lembut di tekak menghalang saluran udara.selalunya tubuh badan menjadi stress dan ini memungkinkan risiko pengumpulan lemak terjadi.

10 .Kehadiran bakteria di dalam usus serta Cacing
Beratus-ratus jenis bakteria hidup di dalam usus anda, terutama di usus besar. Sesetengah bakteria wujud yang bermanfaat untuk kesihatan, terdapat juga bakteria yang tidak baik. Mengekalkan kesihatan kolon sangat penting untuk mengekalkan sistem imun yang sihat untuk mengelakkan penyakit ini. Para Penyelidik telah mendapati bahawa orang gemuk cenderung mempunyai lebih banyak bakteria Firmicutes di usus daripada pada orang yang mempunyai berat badan normal. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa jenis bakteria ini dapat meningkatkan jumlah kalori yang diserap dari makanan sehingga dapat meningkatkan berat badan, termasuk lemak perut. Tidak menolak kemungkinan bakteria ini bersarang di kalangan orang yang kurus  juga. Selain itu penyakit kecacingan merupakan faktor penyebab kebuncitan pada perut bagi orang dewasa.

oleh itu amalan gaya hidup yang sihat merupakan pekara yang paling mudah , murah dan juga berkesan didalam mengatasi masalah ini . lakukan aktiviti olahraga yang baik , makanan yang simbang dan postur badan yang baik mampu mengubah penampilan anda . Wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers