Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Saturday, March 31, 2018

Cara mencegah kaki melecet

10 cara Elakkan kaki melecet 

Bismillahirahmanirahim , dalam entry saya kali ini , saya ingin membincangkan masalah yang paling mudah berlaku kepada Kulit terutama di bahagian kaki dan tumit ialah  melecet,
Bagi pelari atau atlet sukan lari , masalah melecet adalah musuh yang paling ditakuti oleh mereka . Gejala gelembung berair yang pedih dan timbul akibat pergeseran di antara stokin atau kasut dengan kulit kaki akan menghasilkan rasa yang pedih dan sakit , tetapi ianya menjadi parah sehingga boleh menyebabkan luka dan berdarah jika tidak diambil berat.


Bagi atlet atau pun orang biasa masalah Kulit melecet pasti akan menjejaskan prestasi  ketika melakukan aktiviti seperti larian dan juga berjalan ini kerana walaupun sekecil mana lukanya disebabkan lapisan kulit paling atas merupakan bahagian yang paling sensitif , dan jika melecet ini berlaku ianya akan menyebabkan rasa sakit.
Tahukah anda disebabkan permintaan yang tinggi maka terdapat pelbagai produk yang mendakwa dihasilkan untuk digunakan bagi  mengatasi masalah kulit melecet ini di pasaran, dari  yang jenis serbuk, pelicin, insole sehinggalah kepada bahagian stokin yang mahal.
Tetapi bagaimankah cara yang paling berkesan untuk mencegah kaki daripada melecet ketika melakukan aktiviti atau semasa menggunakan sepatu yang baru ?
Disini saya kongsikan tentang tips dan juga antara pekara yang boleh kita lakukan bagi mencegah melecet , Dalam bacaan saya di  kajian Clinical Journal of Sport Medicine (UK) , Penggunaan pita surgikal atau dalam bahasa yang mudah handy plast ,adalah solusi atau cara yang paling mudah, murah dan berkesan untuk mecegah kulit melecet. Dalam jurnal ini menyatakan Ia terbukti mengurangkan kejadian kulit melecet, sekurang-kurangnya 40% di kalangan pelari ultramarathon dan juga Ironman.
Selain daripada itu  jangan kita lupa untuk balutkan bahagian kaki yang mudah melecet sebelum meyertai atau melakukan perlumbaan jarak jauh yang memerlukan anda memakai kasut dalam tempoh yang agak lama ketika berlari. Selain daripada kita menguunakan pita surgikal, anda juga boleh mengambil langkah-langkah tambahan bagi mencegah serta mengelakkan kulit melecet.
1) Pastikan penggunaan kasut yang padan dengan saiz kaki anda.Secara umunya walaupun tidak ada kasut yang boleh menjamin kaki anda tidak melecet,tetapi kajian menunjukkan, penggunaan saiz kasut yang sesuai dan juga ikatan tali kasut yang stabil adalah penting untuk mengekalkan kaki dalam kedudukannya. Ini adalah kerana Jika saiz kasut terlalu kecil, maka kaki akan melecet di bahagian jari kaki dan pula Jika ia teralu besar maka, ia akan bergeser dengan tumit dan menyebabkan melecet di bahagian achilis , atau belakang tumit.
2) Antara Tips yang mudah ialah anda kalau boleh jangan memakai kasut baru untuk melakukan larian jarak yang jauh ,sebaiknya ialah anda gunakan secara berperingkat dengan menggunakan kasut baru itu ketika melakukan aktiviti yang ringan dan apabila kasut itu mula lembut barulah anda gunakan semasa hari perlumbaan atau larian yang memerlukan jangka yang panjang.
3) Cuba cari dan Pakai stokin dari jenis “drifit” yang mudah menyejatkan peluh dan cepat kering ini kerana Kulit lebih cenderung untuk melecet dalam keadaan lembap serta  Elakkan memakai stokin kapas yang mudah dibasahi peluh kerana ianya mengundang masalah melecet ini.
4) Pastikan anda Gunakan pelembap. ini kerana kajian menunjukkan  Kulit kaki yang kering juga mudah luka dan melecet. Sapukan losyen atau krim setiap hari bagi mengekalkan kelembapan kulit kaki anda
5) Anda juga boleh Sapukan bahan pelincir seperti Vaseline, Bodyglide dan sebagainya untuk bahagian-bahagian badan termasuk jari kaki bagi mengurangkan kesan pergeseran antara kulit .

6) Tahukah anda penggunaan deodoran juga amat membantu dalam mengurangkan masalah melecet ini , dimana anda hanya perlu lalukan deodoran itu di bahagian belakang kaki anda dan juga celah jari bagi mengelakkan melecet ini berlaku.

7) Penggunaan plaster luka , seperti yang saya terangkan dibahagian atas tadi.

8) Penggunaan Silikon , produk ini anda boleh dapati di farmasi seperti Guardian dan juga watson dimana cara pemakain silikon ini amat mudah dan membantu mencegah kaki anda melecet.

9) Jika kasut anda baru , anda boleh meletakkan plastik yang berisi air di bahagian dalam kasut dan dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk ,kerana ianya akan membantu mengembangkan kasut baru anda dan mampu mengurangkan risiko melecet.

10) Cara tradisional dan biasa dipakai ialah menaburkan bedak di dalam kasut anda , ini kerana ianya mampu mengurangkan kadar geseran serta juga mampu menyerap lembapan peluh.
Baiklah itu antara tips dan juga cara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan masalah melecet ini , dan saya rasa banyak lagi petua dan juga cara yang digunakan tetapi terpulang kepada anda mana yang mudah dan membantu kerana setiap orang berbeza dari segi tekstur kulit dan juga kadar untuk melecet .wallahuaklam.

0 Comments:

Another Blogers