Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Wednesday, May 17, 2017

Phsyiotherapy dan Bahaya memusingkan badan.

Bahaya memusingkan badan ketika Duduk.



Bismillahirahmanirahim, semalam merupakan hari yang mencabar dalam kehidupan saya sebagai seorang fisioterapi , didatangi oleh seorang pemuda yang dahulunya aktif bersukan dan juga bebas didalam melakukan apa apa kerja serta aktiviti , tetapi sekarang terlantar lebih dari 2 minggu kerana sakit belakang yang teramat sangat.
Mr x seorang jurutera muda di syarikat swasta , dalam seminggu 2 kali dia melakukan aktiviti yang sihat seperti bermain badminton dan juga berjoging tetapi dalam masa 4 hari ini tiba tiba dia merasakan ada perubahan yang kurang selesa telah berlaku pada tubuh badan beliau. Pada mulanya kaki beliau hanyalah merasa sakit dan juga menarik dari betis sehingga pergelangan kaki, tetapi hari ini beliau tidak mampu berjalan kerana kaki yang sakit dan juga merasa lemah .
Perjumpaan dengan pakar tulang telah membuka segala teka teki yang tersirat di pemikiran Mr X ini.
Apabila MRI dilakukan pakar tulang mendapati beliau telah mengalami masalah PID L4-L5 with Disc anulus tear.

Pesakit telah berjumpa dengan saya dan mengajukan pelbagai soalan , ini kerana beliau tidak percaya dengan usia yang muda , aktif bersukan dan sihat akhirnya beliau mendapat masalah ini.
setelah saya selidiki dan melakukan assesment terhadap beliau , maka jawapanya adalah ketika beliau di pejabat dan waktu itu ketika beliau memusingkan badan tanpa bahagian bawah badan mengikut pusingan badan tersebut ketika mengambil fail,secara spontan beliau terbatuk dan waktu itu terasa seperti ada renjatan elektrik di bahagian belakang beliau. Pada mulanya Mr X merasakan kaki kanan beliau terasa kebas , dan dia tetap meneruskan tugas seperti biasa , dan di malam harinya dia bermain badminton dengan rakan sekerja , tetapi waktu itu belakang badan beliau sudah mula rasa tegang , akibat merasakan tidak selesa , keesokan harinya Mr X ini pergi melakukan urutan tradisional kerana beranggapan kemungkinan salah urat.

Pada hari kedua keadaan Mr X semakin parah dan kesakitan yang dihadapi oleh beliau sukar untuk berdiri dan juga berjalan sehingga kaki kanan menjadi kebas, sakit dan juga lemah .Ini menyebabkan beliau pergi sekali lagi melakukan urutan tradisional, dengan anggapan kesakitan itu mampu dikurangkan dan beliau akan pulih. Sehinggalah keesokan harinya kesakitan yang dialami oleh Mr X semakin parah sehingga terpaksa dibawa ke hospital dengan bantuan rakan.

Alhamdulillah setelah ditahan di hospital selama 3 hari ,dengan kesakitan yang ditahan akhirnya ianya semakin pulih atas keizinanya serta ubat ubatan yang diberi dan juga rawatan fisioterapi yang konsistant. Para pembaca yang budiman apa yang saya cuba perjelaskan dalam situasi Mr x ini ialah kebarangkalian situasi yang sama ini pun boleh berlaku kepada kita tanpa kita sedar atau sedar.
Puncanya mudah hanya dengan memusingkan badan ,maka PID boleh muncul. Ini kerana tulang belakang kita boleh berada dalam keadaan yang paling tidak stabil ketika kita melakukan aktiviti memusing , ini kerana memusing badan ketika duduk meletakkan anda risiko mendapat sakit belakang yang amat tinggi dan juga merbahaya pada masa yang tertentu.
jika dilihat gambarajah ini


Mr X telah meletakkan dirinya ke bahagian yang paling berisiko untuk mendapat kecederaan pada bahagian belakang iaitu gambarajah yang paling hujung dimana tekanan pada tulang belakang pada waktu itu berada pada tahap maximum iaitu 275kg intradiscal pressure. Dengan ketinggian tekanan pada disc maka tidak hairan jika pelapik rawan tulang belakang ini boleh terkoyak atau tercedera jika berlaku impact yang maksima diruang abdomen seperti terbatuk atau terbesin. Apabila perkara ini berlaku ini bermakna anda berisiko mendapat masalah sakit belakang tanpa anda sedari , kerana kebanyakan individu beranggapan sakit belakang boleh terjadi jika mengangkat objek yang berat dan juga terjatuh. Tetapi dengan perkongsian ini ingin saya nyatakan bahawa sakit belakang ini kebanyakan beraku kepada kakitangan atau pekerja yang banyak duduk dan melakukan aktiviti dengan duduk seperti Pekerja Bank , kerani , Guru dan juga Pekerja Office.
Selain itu ingin saya kongsikan ketika berlakunya kesakitan belakang yang akut iaitu berlaku didalam tempoh 24 jam ,rawatan urutan bukan lah penyelesaian yang tepat ini kerana anda bayangkan jika anda ada luka di bahagian Jari , dan ianya masih berdarah adakah anda akan melakukan urutan dibahagian itu , semestinya tidak bukan , ini kerana kesakitan belakang yang akut mempunyai gejala inflamasi yang tinggi maka urutan tidak dibenarkan sama sekali.
Dalam Blog saya ini banyak info dan juga perkongsian tentang pencegahan , rawatan sakit belakang akut dan juga Kronik , serta tips tips yang anda boleh baca dan juga fahamkan , Di ruangan blog ini anda boleh mendapatkan ilmu ini untuk dikongsi dan juga sebagai persediaan jika menghadapi masalah ini. Wallahuaklam.


Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy dan Bioflavonoid

Bioflavonoid vs Radang (Inflamasi) Bioflavonoid boleh dijumpai di dalam Black Ginger Bismillahirahmanirahim , agak lama juga saya t...